Kembar 3 Ceriakan Keluarga Ibu Anggap Rezeki Dari Allah Akui Hamil Biasa Kembar Sangat Berbeza


Kehadiran kembar tiga ini menceriakan keluarga. Ibunya mengakui yang proses kehamilan lebih mencabar.
Puan Mastura Azhari, ibu kepada Ayra Aydina, Adra Areesya dan Azra Asyfa ini memberikan keceriaan kepada keluarga.
Lahir pada usia kandungan 30 minggu iaitu pramatang,  kembar pertama Ayra lahir dengan berat badan 1.2kg, kembar kedua Adra  1.2kg manakala kembar ketiga Azra seberat 885gram.
“Apabila diberitahu kandungan kembar tiga,  perasaan saya berbelah bagi. Gembira, risau, takut dan bermacam-macam lagi. Saya rasa  tidak yakin boleh jaga 3 bayi sekali. Tapi Alhamdulillah suami sangat positive dan dia yang paling happy. Bila dapat support dari husband, saya jadi positif,” kata Mastura mengimbau kembali saat awal tahu hamil kembar.

ALAHAN & MUNTAH TIDAK TERUK. JADI KUAT MAKAN
Hamil dengan tiga bayi dalam kandungan, mungkin ramai yang menjangkakan alahan dan muntah teruk. Tapi ibu ini tidak mengalaminya.
“Alhamdulilah alahan tidak teruk sangat. Saya mula muntah minggu ke-8 pregnant sampai minggu ke 11. Selepas tu dah ok. Tidak mengidam tu,  tapi rasa nak makan semua benda. Saya jadi kuat makan.”

BEZA HAMIL BIASA & HAMIL KEMBAR
Mastura mengakui memang ada perbezaan ketara antara kehamilan biasa dan kehamilan kembar.
“Perbezaan pregnant single, badan kuat boleh bekerja sampai bersalin, sentiasa aktif tidak sakit-sakit, tidak pernah minum air gula. Saya juga tidak mengalami kencing manis.
“Namun bilamengandung kembar ni saya mengalami macam-macam sakit. Awal-awal pregnant suspek hyperthyroid, sentiasa berdebar. Saya boleh rasa jantung sendiri berdenyut laju. Badan sakit terutamanya tulang belakang. Juga alami masalah untuk tidur.
“Ketika hamil kembar 3 ini pada minggu ke-20, saya disyaki kencing manis. Ujian menunjukkan keputusan border Line. Jadi kena selalu ambik darah kawal pemakanan. Saya selalu rasa nak pitam,”kata Mastura.

PROSES KELAHIRAN
Proses kelahiran kembar tiga ini turut diceritakan. Mastura dimasukkan ke hospital hospital pada minggu ke-30. “Doktor sudah menjadualkan caeser pada minggu ke-33. Hari pertama duduk ward ok je tapi memikirkan anak-anak kat rumah, jadi stress, saya tak suka duduk ward.
“Hari kedua perut dah mula mengeras, tapi still ok,masih boleh bertahan, hari ketiga makin kuat mengeras je. Pagi-pagi doctor check, mengeras makin kerap, doctor pakar datang, suruh prepare OT room, masa tu sy dah nangis.  Husband kat sebelah. Say aminta ampun kat dia, saya ckp kalau apa2 jadi kat sy, ampun kan salah silap saya, tolong jaga anak-anak saya dengan baik emosi, sebab  tidak pernah lalui apa-apa pembedahan sebelum ini.

7 ORANG PAKAR SUDAH BERSEDIA
“Masa je dewan bedah, seingat sy ada 7 doctor pakar, setiap satu doctor explain kat saya, Ketua pakar bedah ni, cakap saya tidak boleh half bius sebab saya baru disuntik DEXA dan cair darah. Kalau sy half bius risiko tinggi, jadi doktor kena pengsankan saya (bius penuh).
Saya masuk OT ROOM pukul 2 petang, ketiga-tiga kembar keluar pukul 2.57 petang masa yang sama, T1 berat 1.28 kg, T2 1.267 kg dan T3 886 gram.  Saya sedar dari pengsan pukul 4.30 ptg dan ditolak ke CCU selama 2 hari. Doktor kata masa pembedahan tekanan darah saya tiba-tiba turun.
SI KEMBAR DALAM INKUBATOR, KEMBAR KETIGA ALAMI BENGKAK DI KEPALA
Alhamdulilah T1 n T2 ok, mereka diletakkan dalam inkubator selama 1 bulan dan dipindahkan ke SCN selama 1 bulan.
“Kembar ketiga iaitu Azra diberitahu ada pembengkakan di kepala. Mungkin kerana badannya kecil, doktor suspek Azra Hydrocephalus. Masa dia lahir pun dah biru, doctor masukkan darah saya, Alhamdulilah dia ok, 2 bulan dia di NICU duduk dalam incubator, 1 bulan transfer ke SCN
“Pernah sekali di SCN tiba-tiba dia di jangkiti kuman, tiba-tiba dia tidak boleh bernafas. Mujur nurse-nurse dia SCN sangat terlatih. Alhamdulilah Azra ok lepas ambik antibiotik.

LAHIRKAN KEMBAR 3 SATU PENGALAMAN MANIS
Apabila ditanya apa kenangan pada awa bersalinkan anak kembar. MastUra mengakui iamemang meletihkan kerana perlu menjaga sendiri.
“Di awal nya memang sangat letih. Lagi-lagi masa tu saya tidak mempunyai pembantu. Ibu dan ibu mertua  kedua-duanya sudah meninggal dunia. Tapi mujurlah anak-anak yang dah besar banyak membantu.
“Bila husband kerja mlm, anak sy yang umur 12 dan 10 tahun, akan tolong saya mandikan dan buatkan susu adik-adik kembar mereka. Pernah juga bila ketiga-tiga menangis serentak, sampai saya pun rasa nak nangis sekali. Sebab tidak boleh tahan. Kepala sakit, penat dan mengantuk.

SELALU JADI PERHATIAN BILA KE MANA-MANA
Mastura kini semakin lega kerana si kembar sudah makin membesar.Momen dan kenangan tidak dapat dilupakan. “Moment sangat banyak, lagi-lagi kalau keluar rumah. Pergi mall ke, klinik ke, kalau orang nampak, ada je yang nak bergambar dengan kembar. Ada yang siap bagi duit sebab katanya tak pernah nampak kembar 3. Kembar ini memang sentiasa jadi perhatian,”kata Mastura tentang anak-anaknya kembarnya.

NASIHAT KEPADA IBU HAMIL KEMBAR
Setelah melalui sendiri pengalaman hamil, melahirkan dan menjaga anak kembar, Mastura turut berkongsi nasihat dan saranan.
“Nasihat saya pada yang nak anak kembar atau yang sedang pregnant kembar, kita kena kuat. Kita ni insan yang di pilih Allah utk jaga amanah ni. Jangan sesekali merungut sebab kita tidak tahu, apa hikmah Allah berikan untuk kita. Suami pun kena banyak membantu,” kata Mastura.
 
 
The post Kembar 3 Ceriakan Keluarga, Ibu Anggap Rezeki Dari Allah. Akui Hamil Biasa & Kembar Sangat Berbeza appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kembar-3-ceriakan-keluarga-ibu-anggap-rezeki-dari-allah-akui-hamil-biasa-kembar-sangat-berbeza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 457 hits
Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah Ketika bayi dalam kandungan hati...
Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 479 hits
Doktor jelaskan 8 punca ini boleh meningkatkan risiko plasenta previa pada ibu hamil Risiko pendarahan semasa hamil dan kelahiran sangat tinggi Ibu perlu berwaspada Menurut plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian...
Sangat Dianjurkan Untuk Ibu Hamil Dan Anak Anak Inilah Manfaat Tersembunyi Buah Srikaya

Sangat Dianjurkan Untuk Ibu Hamil Dan Anak Anak Inilah Manfaat Tersembunyi Buah Srikaya

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 354 hits
Buah srikaya sekilas nampak seperti buah sirsak Namun dari segi rasa keduanya jauh berbeda Buah berdaging putih ini rasanya manis Buah srikaya kaya akan nutrisi termasuk vitamin C dan vitamin B6 yang tinggi Selain itu juga mengandung kalsiu...
Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 441 hits
Kebanyakan ibu hamil terutamanya yang sedang hamil pertama kali akan melakukan kesilapan semasa kehamilan Walaupun anda sudah bersedia dengan semua aturan makanan atau senaman anda masih berpotensi untuk melakukan kesilapan Ikuti artikel in...
Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 350 hits
Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim Ia terdiri daripada beberapa tahap tahap tertentu Dr Siti Esah Bahari Pakar Obstetrik Ginekologi menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ...
Ibu Hamil Perlu Tahu Apa Yang Perlu Dimakan Semasa Hamil 6 Superfood Ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu Kandungan

Ibu Hamil Perlu Tahu Apa Yang Perlu Dimakan Semasa Hamil 6 Superfood Ini Mampu Tingkatkan Kesihatan Ibu Kandungan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 341 hits
Selaku ibu hamil anda perlu tahu apa yang perlu dimakan dan begitu jugalah sebaliknya Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar ia menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan Makanlah apa...
4 Kata Kata Yang Menurutmu Biasa Saja Tapi Ternyata Membuat Perasaan Ibu Terluka

4 Kata Kata Yang Menurutmu Biasa Saja Tapi Ternyata Membuat Perasaan Ibu Terluka

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 379 hits
Karena kadang ke aku an dirimu membuatmu lupa dengan jasa ibu selama ini lalu kamu bersikap dan berbicara sesuka hati
Masha Allah Inilah 6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu Rileks Media

Masha Allah Inilah 6 Keberkatan Doa Ibu Yang Kita Perlu Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 419 hits
Seperti mulianya taraf seorang ibu begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting d...
Aksi Heroik Ibu Hamil Taklukan Begal Yang Paling Dicari Polisi

Aksi Heroik Ibu Hamil Taklukan Begal Yang Paling Dicari Polisi

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 342 hits
Kehebatan Rahman warga Desa Pesisir Kecamatan Gending Kabupaten Probolinggo Jawa Timur berakhir pada Selasa Pria berbadan kekar itu merupakan kawanan begal yang paling dicari polisi di wilayah Probolinggo Adalah Azizah seorang warga Kecamat...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya