Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini Pendarahan Boleh Berlaku Bila Bila Masa


Plasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan  yang rendah didalam rahim . Ia terdiri daripada beberapa tahap-tahap tertentu. Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi,  menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ini.
Plasenta atau uri adalah organ sementara yang berfungsi menyalurkan keperluan bayi daripada ibu dan menyalur keluar bahan kumuhan daripada bayi yang dikeluarkan menerusi ibu melalui tali pusat. Antara bahan yang disalurkan kepada bayi dan ibu melalui uri ialah;
Nutrien Oksigen dari ibu kepada bayi Karbon dioksida dari bayi kepada ibu Menurut Dr Siti Esah, terdapat beberapa keadaan yang membabitkan plasenta. Antaranya ialah plasenta praevia. Plasenta praevia ialah keadaan di mana kedudukan uri berada rendah di dalam rahim sama ada ia menutupi pembukaan pangkal rahim sepenuhnya (complete placenta praevia), sebahagian pangkal rahim (partial placenta praevia) atau marginal dimana uri berada ditepi pangkal rahim. Plasenta praevia meletakkan kehamilan dalam kategori kehamilan berisiko.
1 dalam 200 kehamilan “Plasenta praevia berlaku satu dalam 200 ( 0.5% ) kehamilan  cukup bulan . 6% dari kandungan pada trimester kedua  mengalami uri yg rendah. Namun 90% kes plasenta praevia akan kembali  kekedudukan yang normal pada trimester terakhir, kata Dr Siti Esah.
Kedudukan uri pada awal kehamilan  tidak perlu dibimbangkan tetapi perlu dipantau. Ini kerana 90 %  uri  rendah akan naik seiring  dengan tumbesaran rahim semasa  pertambahan usia kandungan.
9 punca plasenta praevia Plasenta praevia lebih berisiko  terjadi jika terdapat faktor berikut iaitu;
a)Masalah pada rahim di mana ibu pernah melalui pembedahan pada bahagian rahim seperti;
Pembedahan membuang fibroid. Prosedur dilation and curettage (D&C) atau sejarah keguguran Pembedahan caesarean Apa-apa pembedahan yang menyebabkan dinding rahim berparut. b) Masalah pada uri di mana terdapat masalah;
Uri bersaiz terlalu besar (kehamilan kembar ) Ibu yang merokok Ibu yang telah mempunyai anak ramai Ibu yang pernah mengalami plasenta preavia sebelum ini. Ibu yang berumur 35 tahun ke atas.
Diagnosis Menurut Dr Siti Esah kes plasenta praevia boleh dikesan oleh doktor melalui ujian imbasan atau scan.
“Selain daripada dikesan melalui ujian imbasan, tanda klasik berlakunya plasenta praevia ialah apabila berlakunya pendarahan tanpa rasa sakit dalam kuantiti banyak atau sedikit.
“Kedudukan bayi yang tidak normal juga menjadi petanda berlakunya keabnormalan pada kedudukan uri. Bayi yang songsang, senget atau melintang  boleh menjadi petanda  plasenta praevia berlaku.Hanya 21.7% ibu placenta praevia yang tidak mengalami pendarahan.
7 tip ibu plasenta praevia Ibu hamil yang disahkan mengalami plasenta praevia perlu mematuhi pesanan dan saranan daripada doktor. Dr Siti Esah menyarankan agar ibu yang mengalami plasenta praevia melakukan perkara berikut;
Mengurangkan aktiviti lasak. Mengelakkan hubungan intim suami isteri. Tidak sekali-kali mengurut rahim untuk menaikkan uri! Terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan walaupun sedikit. Ia mungkin warning bleed. Jika kandungan berusia 34 minggu ke atas, anda mungkin disarankan untuk berehat atau bedrest dan terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan. Terus ke hospital apabila mula merasakan kontraksi walau pun tidak kuat. Ibu perlu memastikan tahap haemoglobin (Hb) pada paras yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 11.5 g/dl. Kebanyakan ibu hamil yang mengalami plasenta praevia akan dibekalkan pil zat besi untuk memastikan paras Hb stabil & terkawal.
Komplikasi akibat plasenta praevia Sekiranya anda disahkan mengalami plasenta praevia, mustahak bagi anda untuk mengetahui risiko dan komplikasi yang boleh berlaku. Dr Siti Esah berkata tiga keadaan ini boleh berlaku iaitu;
Pendarahan yang mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Ini mungkin memerlukkan transfusi darah. Bayi dalam kandungan berisiko mengalami terencat pertumbuhan. Kelahiran bayi pramatang. Perkaitan plasenta praevia dengan plasenta accreta Selain plasenta praevia, terdapat juga keadaan dinamakan plasenta acreta di mana uri  melekat /menembusi myometrium. Keadaan ini boleh mengakibatkan uri sukar dikeluarkan dan boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak yang memerlukkan rahim di keluarkan ( histerektomi)
“Kira-kira 0.2 %  ibu hamil  mengalami plasenta accreta. Ibu yang mengalami plasenta praevia yang pernah melalui pembedahan sebelum ini berisiko tinggi untuk mengalami plasenta acreta. Para doktor selalunya akan menerangkan  pesakit tentang risiko ini , ini supaya mereka sentiasa berwaspada dan bersedia jika ianya berlaku ,” kata Dr Siti Esah.
Pengurusan kehamilan plasenta praevia Bagi ibu yang mengalami plasenta praevia, amat mustahak untuk mengetahui info-info ini ketika mendapatkan rawatan sekiranya berlaku pendarahan.
Jenis rawatan plasenta praevia  bergantung pada,
usia janin keadaan janin berapa banyak pendarahan pendarahan berlakui secara berterusan atau telah berhenti kedudukan janin dalam kandungan ibu. Pendarahan bila-bila masa antara minggu ke-34 hingga 36 Menurut doktor, pendarahan boleh berlaku bila bila masa terutama pada minggu ke-34 hingga ke-36 dan kebanyakan ibu yang mengalami plasenta praevia akan dijadualkan untuk dibedah apabila usia kandungan mencecah 37 hingga 38 minggu.
“Sekiranya berlaku pendarahan fokus utama adalah kestabilan ibu dan keadaan janin.Jika bayi pramatang,rawatan secara konservatif dijalankan jika pendarahan berhenti dan kedua dua bayi dan ibu stabil.Walaubagaimanapun jika pendarahan berterusan dan banyak, pembedahan  akan dijalankan  untuk mengeluarkan bayi walau pada usia terlalu pramatang sekalipun.
Oleh itu, ibu-ibu perlu peka dan prihatin dengan keadaan diri sendiri apabila disahkan plasenta praevia. Pendarahan sedikit atau banyak, bersama kontraksi atau tidak perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin untuk meyelamatkan nyawa bayi dan ibu.
The post Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini. Pendarahan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-pesan-ibu-hamil-plasenta-praevia-buat-7-tip-ini-pendarahan-boleh-berlaku-bila-bila-masa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 463 hits
Doktor jelaskan 8 punca ini boleh meningkatkan risiko plasenta previa pada ibu hamil Risiko pendarahan semasa hamil dan kelahiran sangat tinggi Ibu perlu berwaspada Menurut plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian...
Hamil Luar Rahim Boleh Akibatkan Pendarahan Banyak Doktor Ingatkan Scan Minggu 6 8 Pastikan Kedudukan Kandungan

Hamil Luar Rahim Boleh Akibatkan Pendarahan Banyak Doktor Ingatkan Scan Minggu 6 8 Pastikan Kedudukan Kandungan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 704 hits
Hamil luar rahim sangat bahaya kerana boleh akibatkan pendarahan banyak Turut mengingatkan untuk scan pada minggu 6 8 pastikan kedudukan kandungan Kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy adalah situasi yang banyak berlaku di awal kehami...
Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 442 hits
Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah Ketika bayi dalam kandungan hati...
Struktur Ligamen Lembut Boleh Jadi Punca Bukan Epidural Doktor Jelaskan Sakit Belakang Di Kalangan Ibu

Struktur Ligamen Lembut Boleh Jadi Punca Bukan Epidural Doktor Jelaskan Sakit Belakang Di Kalangan Ibu

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 428 hits
Masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya tanya apakah penyebab sebenar di kalangan ibu ibu Ini penjelasan doktor mengenainya Menurut Dr Aminudin Mohamed Pakar dari Jabat...
Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 429 hits
Kebanyakan ibu hamil terutamanya yang sedang hamil pertama kali akan melakukan kesilapan semasa kehamilan Walaupun anda sudah bersedia dengan semua aturan makanan atau senaman anda masih berpotensi untuk melakukan kesilapan Ikuti artikel in...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 416 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat

Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 380 hits
Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman Kenapa...
Kekurangan Nutrien Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang Setiap Ibu Hamil Wajib Tahu Tanda Tanda Kelahiran Pramatang

Kekurangan Nutrien Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang Setiap Ibu Hamil Wajib Tahu Tanda Tanda Kelahiran Pramatang

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 348 hits
Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36 Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang i...
Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 367 hits
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke 12 kehamilan Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi Dr Siti Aishah Da...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense