Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil Risiko Pendarahan Sangat Tinggi
Doktor jelaskan 8 punca ini boleh meningkatkan risiko plasenta previa pada ibu hamil. Risiko pendarahan semasa hamil dan kelahiran sangat tinggi! Ibu perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. 8 keadaan ibu boleh menjadi punca kepada komplikasi ini.
Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
DIET UNTUK ELAK PLACENTA PREVIA PUN ADA?
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
APA ITU PLACENTA PREVIA?
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
PLACENTA PREVIA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN TERUK
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
8 FAKTOR TERJADINYA PLACENTA PREVIA
Antara faktor risiko placenta previa adalah:
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya
2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy)
3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat
4. Merokok
5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung
6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage)
7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar
8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat.
Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Again, doula hanya peneman.
Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
Doula bukan bidan
Doula bukan doktor
Doula bukan pakar pemakanan
Doula juga bukan farmasis.
Mohon hati-hati.
Sumber: Dr Amirul Amzar
The post Doktor Jelaskan 8 Punca Boleh Tingkatkan Risiko Plasenta Previa Pada Ibu Hamil. Risiko Pendarahan Sangat Tinggi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/doktor-jelaskan-8-punca-boleh-tingkatkan-risiko-plasenta-previa-pada-ibu-hamil-risiko-pendarahan-sangat-tinggi/