Tular Di Media Sosial Penduduk Terjejas Aceh Tamiang Rayu Bantuan Kerajaan Aceh Arah Agih Segera


ACEH — Tular di media sosial rakaman menyayat hati memaparkan seorang lelaki warga emas dari Aceh Tamiang merayu bantuan selepas kawasan kediamannya terjejas teruk akibat banjir, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dilihat sebak ketika menyatakan kebimbangan terhadap kelangsungan hidup keluarganya. Katanya, sekiranya bantuan tidak sampai melalui sukarelawan, mereka tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Walaupun diuji dengan musibah banjir, dia tetap reda dengan ketentuan takdir.
Lebih memilukan, lelaki itu turut memaklumkan segala harta benda termasuk kebunnya musnah dibadai banjir. Namun, perkara paling merisaukannya ketika ini adalah keperluan anak-anak yang masih bersekolah.
Kerajaan Aceh Arah Bantuan Disalur Terus Tanpa Ditahan
Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Kerajaan Aceh menegaskan supaya semua bantuan banjir disalurkan segera kepada masyarakat tanpa ditahan di gudang. Penegasan itu disampaikan oleh Wakil Gubernur Aceh, Fadhlullah, dalam mesyuarat pengurusan banjir yang diadakan di Pos Pendamping Nasional Lanud Sultan Iskandar Muda pada Ahad (14 Disember 2025).
Mesyuarat berkenaan turut disertai secara dalam talian oleh para bupati dan datuk bandar dari daerah-daerah yang terjejas banjir di seluruh Aceh.
“Kita mahu permudahkan agihan, terutamanya ke daerah dan kawasan pedalaman yang masih belum menerima bekalan makanan,” tegas Fadhlullah.
Beliau memaklumkan beberapa kawasan masih memerlukan percepatan pengagihan bantuan, antaranya Kabupaten Bener Meriah, Aceh Tengah, Aceh Tamiang, Gayo Lues, Aceh Utara serta kawasan pedalaman Aceh Timur. Menurutnya, maklum balas daripada pihak daerah amat diperlukan bagi memastikan logistik di Lhokseumawe dapat segera dihantar ke kawasan-kawasan tersebut.
Secara khusus, Fadhlullah menegaskan agar tiada lagi bantuan yang ditimbunkan atau ditahan. Kerajaan Aceh turut mengerahkan helikopter bagi menyalurkan bantuan melalui udara ke kawasan yang terputus hubungan darat.
“Penduduk di kawasan terasing tidak boleh lagi tercicir daripada menerima bantuan,” katanya.
Dalam mesyuarat sama, para ketua daerah berkongsi situasi semasa di lapangan. Bupati Bener Meriah, Tagore Abu Bakar, melaporkan enam kecamatan di daerahnya masih terkurung dan tidak boleh diakses melalui jalan darat.
“Enam kecamatan masih terkurung. Bantuan hanya boleh masuk melalui udara. Namun kami masih bertahan di sini,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua BPBD Aceh Timur memaklumkan keperluan mendesak mangsa banjir termasuk khemah bersaiz 4×6 meter, tangki air, kelambu dan tilam. Beliau turut menyatakan ramai penduduk terpaksa tidur di tepi jalan akibat banjir.
Aceh Timur juga memerlukan bekalan generator serta peranti komunikasi satelit seperti Starlink bagi membolehkan pihak berkuasa berhubung dengan semua kecamatan terjejas.
Mesyuarat tersebut menegaskan fokus utama Kerajaan Aceh ketika ini adalah mempercepatkan agihan bantuan, memastikan pengagihan yang adil serta menangani kawasan-kawasan yang masih terasing akibat bencana banjir.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen dizahirkan, termasuk dakwaan bahawa terdapat usaha bantuan dari Malaysia yang belum diluluskan. Namun, rata-rata menegaskan bantuan kemanusiaan diberikan atas dasar ihsan tanpa mengharapkan balasan.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada mangsa banjir di Aceh, selain menyeru agar bantuan dapat disalurkan segera demi meringankan penderitaan mereka. – The Malaysian Update
The post Tular di Media Sosial: Penduduk Terjejas Aceh Tamiang Rayu Bantuan, Kerajaan Aceh Arah Agih Segera appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/17/tular-di-media-sosial-penduduk-terjejas-aceh-tamiang-rayu-bantuan-kerajaan-aceh-arah-agih-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aceh Dilanda Banjir Lumpur Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular Di Media Sosial

Aceh Dilanda Banjir Lumpur Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 171 hits
ACEH Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh hati Bukan sahaja rumah dan kampung musnah dilanda lumpur malah ribuan keluarga kini hidup dalam ketidakpastian sebahagian mencari tempat berteduh sebahagian lagi m...
Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

Aksi Basikal Lajak Merbahaya Yang Tular Di Media Sosial 2 Remaja Ditahan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 124 hits
Bernama nbsp Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wa...
Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR 7 Dis Polis menahan dua remaja lelaki selepas video aksi berbahaya mereka menunggang basikal lajak di persimpangan lampu isyarat Putra Heights Subang Jaya Selangor tular di media sosial Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Az...
Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

Kerajaan Tetap Had Umur Minimum 16 Tahun Bagi Akses Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 121 hits
Kuala Lumpur Langkah menetapkan had umur minimum 16 tahun dan mewajibkan pengesahan identiti mampu menangani peningkatan ancaman bahan eksploitasi seksual kanak kanak Pendekatan tegas berkenaan bagaimanapun memerlukan sokongan ibu bapa seko...
Suasana Pasca Banjir Di Aceh Tamiang Macam Bandar Zombi

Suasana Pasca Banjir Di Aceh Tamiang Macam Bandar Zombi

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 121 hits
Suasana Pasca Banjir Di Aceh Tamiang Macam Bandar Zombi Kejadian banjir dan tanah runtuh di Aceh membangkitkan semula trauma lama dalam kalangan penduduk yang pernah melalui tragedi tsunami Manakan tidak banjir yang berlaku pada kali ini me...
Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 91 hits
Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar berkuat kuasa 1 Januari 2026 Selepas 8216 disifatkan berdaftar 8217 penyedia perkhidmatan terl...
Platform Media Sosial Dianggap Berlesen Automatik Mulai 2026 Skmm

Platform Media Sosial Dianggap Berlesen Automatik Mulai 2026 Skmm

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 91 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 15 2025Semua platform pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP tanpa perlu melalui proses pendaftaran biasa kerangka pelese...
Situasi Terkini Banjir Di Pahang Seramai 875 Penduduk Terjejas Kini Masih Berlindung Di Pps Setakat Jam 7 00 Malam Tadi

Situasi Terkini Banjir Di Pahang Seramai 875 Penduduk Terjejas Kini Masih Berlindung Di Pps Setakat Jam 7 00 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 81 hits
KUANTAN Seramai 875 orang penduduk terjejas banjir di Pahang kini berlindung di lapan Pusat Pemindahan Sementara setakat pukul 7 00 malam tadi Lapan PPS yang dibuka melibatkan dua daerah iaitu Kuantan dan Maran Menurut Portal Bencana Jabata...
Sebenarnya Saya Akan Rasa Takut Bila Setiap Kali Nak Menulis Sesuatu Di Media Sosial

Sebenarnya Saya Akan Rasa Takut Bila Setiap Kali Nak Menulis Sesuatu Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 148 hits
Afiq NordinSaya risau ada kemungkinan yang saya tersilap menilai tersilap fakta atau tanpa sedar menyumbang kepada masalah yang sedang melanda dunia digital hari ini Sebab itu setiap kali saya membaca menilai dan menulis saya selalu berhent...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik