Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya


Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis. Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan. Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.
Ketika bayi dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila sudah dilahirkan, bayi sendiri akan membuat proses pembuangan tersebut. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin maka sebab itu bayi biasanya akan kena jaundis.
Bilirubin berasal dari sel darah merah. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

Biasanya memang sukar hendak mengelakkan bayi baru lahir daripada terkena jaundis tetapi ada juga bayi yang memang bebas daripada jangkitan jaundis selepas lahir. Dikatakan semasa mengandung, ibu mengamalkan beberapa amalan berikut sehingga bayinya tidak dijangkiti jaundis langsung. Tak salah untuk cuba, mana tahu bayi anda selamat daripada jangkitan jaundis.
1. Jaga kesihatan
Ibu mengandung hendaklah menjaga kesihatan diri sepanjang kehamilan terutama semasa trimester ketiga. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa makan suplemen yang diberikan oleh doktor.
2. Elak penggunaan ubat bersalin
Sebaiknya cuba elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.
3. Bersedia!
Buat persediaan rapi secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan air kencing.

4. Minum air kelapa
Semasa mengandung terutama pada trimester ketiga, banyakkan minum air kelapa asli tanpa campuran bahan lain seperti gula dan ais. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.
5. Kurangkan makan halia
Kurangkan pengambilan halia di penghujung kehamilan dan selepas bersalin. Walaupun halia bagus untuk ibu baru lepas bersalin tetapi ia adalah herba yang boleh meningkatkan paras jaundis dalam badan bayi. Oleh itu jangan makan halia pada minggu-minggu awal selepas bersalin.
Walaupun amalan tersebut bukan 100 peratus dijamin tetapi ia tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.
The post Biasa Bayi Baru Lahir Mesti Ada Kuning. 5 Amalan Ketika Ibu Hamil Boleh Kurangkannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/biasa-bayi-baru-lahir-mesti-ada-kuning-5-amalan-ketika-ibu-hamil-boleh-kurangkannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

Makan Dalam Kuantiti Yang Banyak Semasa Hamil Boleh Atau Tidak 7 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 432 hits
Kebanyakan ibu hamil terutamanya yang sedang hamil pertama kali akan melakukan kesilapan semasa kehamilan Walaupun anda sudah bersedia dengan semua aturan makanan atau senaman anda masih berpotensi untuk melakukan kesilapan Ikuti artikel in...
Ibu Mengalami Masalah Kelenjar Tiroid Ketika Hamil Bayi Berisiko Alami Kecacatan Otak

Ibu Mengalami Masalah Kelenjar Tiroid Ketika Hamil Bayi Berisiko Alami Kecacatan Otak

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 371 hits
Masalah kelenjar tiroid ketika hamil lebih berisiko dan mungkin akan menjejaskan kehamilan bagi wanita Ini kerana rawatan semasa hamil lebih sukar berbanding sebelum hamil Menurut masalah kelenjar tiroid yang tidak dirawat dengan baik sudah...
Objek Berwarna Merah Dan Putih Paling Sesuai Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir

Objek Berwarna Merah Dan Putih Paling Sesuai Rangsang Penglihatan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 297 hits
Dia seperti melihat kita tetapi hakikatnya bayi kecil itu masih kabur penglihatannya Bayi yang baharu dilahirkan hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20 25 sm dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibu yang me...
Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 370 hits
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke 12 kehamilan Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi Dr Siti Aishah Da...
Fahami Bahasa Tubuh Dan Tangisan Bayi Lepas Lahir Penting Untuk Pastikan Emosi Ibu Stabil

Fahami Bahasa Tubuh Dan Tangisan Bayi Lepas Lahir Penting Untuk Pastikan Emosi Ibu Stabil

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 419 hits
Orang pantang emosinya tak stabil Kalau bayi menangis tolong tenangkan Ada cara yang boleh dilakukan Tapi sebelum nak tenangkannya kena faham dulu isyarat dari bayi Seboleh bolehnya jangan biar si ibu sahaja yang hadapi masalah ini Orang te...
Lapisan Seakan Lemak Warna Putih Yang Melekat Pada Kulit Bayi Baru Lahir Itu Bukan Kotoran

Lapisan Seakan Lemak Warna Putih Yang Melekat Pada Kulit Bayi Baru Lahir Itu Bukan Kotoran

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 583 hits
Tu dia hari ni nak jadi doktor tak bertauliah boleh ka hahahahaha Ok sabar ye Yang nak kecam tu berbaris tepi skrin Habis baca entri ni satgi baru kecam sorang sorang Kalau kecam serentak satgi tak dengar pulak hangpa dok maki apa Alang ala...
Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

Biasa Ada Anak Kecil Ibu Selalu Terlambat Solat Suami Isteri Ini Kongsi Cara Solat Dengan Bayi

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 969 hits
Selalu ibu ibu bila ada anak kecil tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan kawan Puan dan suami berkongsi cara solat dengan bayi sebagai panduan untuk ibu bapa lain yang mempunyai anak ...
Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

Ikan Serta Daging Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dimakan Ketika Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 364 hits
Memang banyak pantang larang semasa berpantang termasuklah dari segi pemakanan kan Dari sinilah bermulanya kekurangan nutrisi dan makanan yang seimbang sedangkan semasa dalam pantanglah ibu ibu kena mendapatkan semula nutrisi untuk mengemba...
Kes Bayi Jatuh Dari Stroller Ketika Guna Eskalator Buka Mata Ramai Ibu Ini Ambil Tindakan Awal

Kes Bayi Jatuh Dari Stroller Ketika Guna Eskalator Buka Mata Ramai Ibu Ini Ambil Tindakan Awal

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 538 hits
Baru baru ini viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara gara ibu bapanya bawa stroller dan menggunakan eskalator Kejadian tersebut berlaku di Kenanga Wholesale City Bagi ibu bapa yang membawa stroller adalah dilar...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik