Keluar Bertiga Sebelum Pkpb Bermula


Assalamualaikum...
HARI ini Sk mengambil giliran bertugas di pejabat. Sempena PKPB 2.0 ni lebih sebahagian staf akan bertugas dari rumah dan bagi staf pentadbiran akan ada giliran mengikut pilihan dan Sk memilih setiap Selasa dan Rabu untuk bertugas. Waktu bertugas juga dipendekkan antara jam 10 pagi hingga 4 petang sahaja tapi sebab dah biasa keluar kerja pagi-pagi terasa janggal sungguh keluar pukul 9 lebih, haha. Yang bestnya, jalan terus aje.. tiada kesesakan dan tiada juga sekatan jalanraya yang Sk temui di mana-mana.


Petang.. sehari sebelum PKPB 2.0, Sk mengajak Pak Inche keluar makan di cawangan Hua Mui Kopitiam Eco Botanic Nusajaya. Sebenarnya dah beberapa kali kami nak ke sini, tapi cafe ini ditutup awal sepanjang PKPP yang lepas. Pukul 8 lebih tu dah diletakkan tanda tutup, kerusi dah dinaikkan ke atas meja dan kelihatan beberapa pekerja sibuk mengemop lantai. Jadi, kalau masa PKPP tutup awal, masa PKPB ni, lagilah, kan.. pulak tu dah tak boleh duduk ramai-ramai semeja, marilah kita pergi sebelum PKPB bermula


Lama dah Sk tidak makan di Hua Mui ni terutama kafe nostalgianya yang terletak di pusat bandar. Ini pula kali pertama Sk ke cawangan di Eco Botanic. Dekorasi dalamannya benar-benar menggamit memori dengan kemasan jubin ala 60-an, bangku kayu dan meja yang disusun memanjang serta kerusi sandar zaman filem hitam putih


Tidak sah kalau ke kopitiam tidak pekena Roti Kaya Bun Bakar yang mengapit kepingan mentega yang masin. Roti gebu + Kaya Manis + Mentega Masin, wallawehhh. Cuma kali ini SK sengaja tidak memesan kopi, dah beberapa hari ni memang dok layan Honey Lemon panas, rasa good mood aje


Yang sebenar, SK rindu Mee Mamak di Hua Mui
Terdapat tiga pilihan Mee Mamak iaitu ayam, daging dan seafood, Sk pilih daging. Banyak sungguh hirisan daging lembu dalam mee ni, teringat Mee Goreng Daging Pak Mus, dua-dua saling tak kalah. Duluuuuu.. arwah abah suka makan Mee Mamak ni, tu yang terbawa-bawa sampai sekarang, suka sangat makan Mee Mamak


Iman pilih Nasi Goreng dan Chicken Buttermilk. Ternyata pilihan yang mengecewakan sebab nasi gorengnya agak muak. Mungkin kalau dimasak ala kampung yang pedas ia lebih menyelerakan cuma tak berapa sesuailah kalau nak digandingkan dengan ayam mentega tu


Tengahari tu, Pak Inche dah mengulang makan Nasi Lemak. Sk juga ada gorengkan cekodok pisang. Sudahnya, Chicken Chop yang dipesan tidak terhabiskan. Takpa, Iman dan Sk boleh jadi tong sampahnya, huwa huwa huwa

Hua Mui Eco Botanic
20, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, 79100 Nusajaya, Johor
Telefon 07 522 6404
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/keluar-bertiga-sebelum-pkpb-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpusu Pusu Pulang Ke Rumah Sebelum Pkpb

Berpusu Pusu Pulang Ke Rumah Sebelum Pkpb

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 315 hits
Keadaan trafik yang masih dipenuhi kenderaan walaupun PKPB telah dikuatkuasan lewat malam tadi BAYAN LEPAS Keadaan trafik di beberapa laluan menuju ke kawasan Mukim 12 Daerah Barat Daya sesak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat t...
Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang bermula 9 Nov sehingga 6 Dis ini diputuskan kerana pendekatan lebih tegas dan b...
Pkpb Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan Pahang Perlis Bermula 9 November

Pkpb Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan Pahang Perlis Bermula 9 November

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 554 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020 Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia Datuk Ismail ...
Ini Sop Pkpb Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November

Ini Sop Pkpb Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 654 hits
Memandangkan kerajaan Malaysia bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis Pahang dan Kelantan yang bermula pada 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 Tempoh perlaksanaa...
Pkpb Kami Pun Bermula Di Melaka

Pkpb Kami Pun Bermula Di Melaka

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 882 hits
Hari ni 9 November 2020 hari pertama kami di Melaka dah start PKPB In Sha Allah dah sedia fizikal mental Yang utama berkenaan PKPB adalah sekolah pun tutup Maka minggu ni minggu berjimba dulu la anak anak kat rumah Minggu depan baru mama st...
Degil 519 Individu Ingkar Pkpb Ditahan

Degil 519 Individu Ingkar Pkpb Ditahan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 275 hits
MENTERI Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 519 individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Beliau berkata daripada jumlah itu kegagalan untuk mematuhi penjarakan sosial...
Sekolah Di Tutup Dalam Tempoh Pkpb Dilaksanakan

Sekolah Di Tutup Dalam Tempoh Pkpb Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 486 hits
Kredit Majlis Keselamatan Negara Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat Sebentar tadi Menteri Pendidik Malaysia Yang Berhormat Radzi Jidin telah mengumumkan penutupan sesi persekolah selama seminggu bermula 9 November...
Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 399 hits
PROF DATUK DR LOKMAN HAKIM SULAIMANSaya tidak faham mengapa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diam...
Bagaimana Jika Saya Melanggar Pkpb

Bagaimana Jika Saya Melanggar Pkpb

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 518 hits
Bagaimana Jika Saya Melanggar PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau CMCO mula dikuatkuasakan di seluruh negeri kecuali Pahang Perlis dan Kelantan PKPB ini adalah untuk tempoh dari 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020 Kerajaan gi...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes