Ini Sop Pkpb Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November


Memandangkan kerajaan Malaysia bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan yang bermula pada 9 November 2020 hingga 6 Disember 2020.
Tempoh perlaksanaan PKPB kali ini adalah selama 4 minggu bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di negara ini.
Dalam sidang media sebentar tadi, Datuk Ismail Sabri ada menyebut bahawa SOP PKPB kali ini tertakluk pada SOP yang telah dikenakan di negeri Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jadi, ini antara senarai SOP yang perlu dipatuhi; 1. Dua orang sahaja yang dibenarkan keluar rumah bagi mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam.
2. Perjalanan rentas negeri dan rentas daerah dari/ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau kematian. Perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu.

3. Para pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripasa majikan. Pekerja yang mana tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang saya tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan. Kerajaan bagaimanapun menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
4. Bagi mereka yang perlu merentas negeri Selangor atau Kuala Lumpur walaupun menggunakan lebuh raya (contohnya dari Johor ke Kedah) perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi mengelakkan kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.
5. Penumpang-penumpang udara yang mana menggunakan lapangan terbang Subang atau KLIA/klia2, perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM terlebih dahulu bagi mengelakkan kesulitan. 6. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.
6. Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

7. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
8. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
9. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
10. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
11. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
12. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam)

13. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.
14. Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
15. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. 17. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
16. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

17. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
18. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
19. Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

20. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
21. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan slam dibenarkan seramai 6 orang sahaja. Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.

22. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
23. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
24. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
25. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
26. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.
27. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini. Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
28. Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.
29. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
30. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
31. Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan
Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita mampu melaksanakan dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sumber: MITI
The post Ini SOP PKPB Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri-Negeri Semenanjung Yang Terlibat Bermula 9 November appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ini-sop-pkpb-yang-perlu-dipatuhi-di-negeri-negeri-semenanjung-yang-terlibat-bermula-9-november/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan Pahang Perlis Bermula 9 November

Pkpb Dilaksanakan Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan Pahang Perlis Bermula 9 November

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 518 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember 2020 Menurut Menteri Kanan Keselamatan Malaysia Datuk Ismail ...
Kena Tahu Apa Sop Pkpb Di Semua Negeri Di Malaysia

Kena Tahu Apa Sop Pkpb Di Semua Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 660 hits
Hai semua Nampaknya disebabkan trend Covid yang semakin meningkat naik sekali lagi Malaysia kena hadapi PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau CMCO untuk semua Negeri kecuali Perlis Pahang dan Kelantan dari 9 November Hingga 6 Dise...
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Di Semenanjung Bermula 9 Nov Hingga 9 Dec

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Di Semenanjung Bermula 9 Nov Hingga 9 Dec

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 552 hits
Perintah kawalan pergerakan bersyarat akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember...
Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

Panas Tidak Berjaya Darurat Muhyiddin Laksana Pkpb Di Seluruh Semenanjung Kecuali 3 Negeri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 314 hits
BOB KELANANGMajlis Keselamatan Negara memutuskan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas MKN pa...
Pkpb Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

Pkpb Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis Pahang Kelantan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 402 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov 6 Disember 2020 PKPB di Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Sabah dan Labuan secara...
Pkpb Di Semenanjung Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

Pkpb Di Semenanjung Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 483 hits
mykmu netPenduduk di Kedah Pulau Pinang Perak Negeri Sembilan Melaka Johor dan Terengganu pastinya terkejut selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di negeri negeri tersebut Menurut Menteri Kanan Perta...
Pkpb Semenanjung

Pkpb Semenanjung

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 461 hits
Duk rumah weii PKPB diperluas ke tujuh negeri kecuali Perlis Pahang KelantanPerintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang Perlis dan Kelantan selama empat minggu hingga 6 Disember ini Menteri Ka...
3 Buah Restoran Tawar Gro Langgar Sop Pkpb

3 Buah Restoran Tawar Gro Langgar Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 359 hits
SERDANG Sedang negara berhempas pulas memerangi wabak Covid 19 Ada lagi yang bersikap pentingkan diri sendiri tidak hiraukan prosedur operasi standard SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Buktinya 3 buah restoran di Bandar Puteri Pucho...
Covid 19 Lebih 90 Peratus Kes Dari Negeri Dikenakan Pkpb

Covid 19 Lebih 90 Peratus Kes Dari Negeri Dikenakan Pkpb

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 400 hits
SHAH ALAM 1 NOV Lebih 90 peratus daripada 957 kes baharu Covid 19 hari ini dikesan dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kata ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 874 itu membabitkan kes Sab...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator