Degil 519 Individu Ingkar Pkpb Ditahan
 HASNURUL MOHAMED

 MENTERI  Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 519   individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi Perintah Kawalan  Pergerakan Pemulihan (PKPP).
   Beliau berkata, daripada jumlah itu, kegagalan untuk mematuhi  penjarakan sosial menjadi kesalahan tertinggi melibatkan 206 individu  manakala 126 individu tidak memakai pelitup muka serta 67 individu gagal  menyediakan peralatan atau rekod butiran diri.
 “Kesalahan lain adalah premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti  pusat hiburan (sembilan) dan lain-lain (88),” katanya dalam satu  kenyataan berhubung PKPP hari ini.
Daripada jumlah yang ditahan itu, 511 individu telah dikompaun, empat direman dan bakinya dijamin.
Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata, enam pendatang asing berjaya diberkas dengan tiga kenderaan darat dirampas.
Beliau berkata, sebanyak 298 sekatan jalan raya Operasi Benteng juga  dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),  Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia  (ATM).
   Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang  cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat  kuasa akan terus mengetatkan kawalan-kawasan sempadan terutamanya di  lorong-lorong tikus,” katanya.
Sementara itu, sejak 24 Julai hingga semalam, 62,490 individu telah  pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan  kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel dan 20 premis lain termasuk  institut latihan awam dan institusi pengajian swasta.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 9,315 individu sedang menjalani  proses kuarantin wajib manakala 384 orang dihantar ke hospital untuk  rawatan manakala 52,791 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan  pulang.
Mereka pulang dari 36 negara iaitu Filipina;  Thailand;  Indonesia;   Kemboja;  Singapura;  Vietnam;  Brunei; Laos; Qatar; Pakistan; Arab  Saudi; Hong Kong; India; Emiriah Arab Bersatu;  Jepun;  Turki;  Korea  Selatan; Iran; Nepal; Bangladesh; Myanmar; Timor  Leste; Taiwan; China; United Kingdom;  Belanda;  Papua New  Guinea; Mesir; Sepanyol; Perancis; Australia; New Zealand; Amerika  Syarikat; Ethiopia; Maldives dan Oman.
   Dalam pada itu, beliau berkata, secara keseluruhan bekalan barangan  keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang  berterusan dan mudah diperoleh. – SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/degil-519-individu-ingkar-pkpb-ditahan.html