Berpusu Pusu Pulang Ke Rumah Sebelum Pkpb


Keadaan trafik yang masih dipenuhi kenderaan walaupun PKPB telah dikuatkuasan lewat malam tadi.




BAYAN LEPAS: Keadaan trafik di beberapa laluan menuju ke kawasan Mukim 12 Daerah Barat Daya sesak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mula dikuatkuasa bermula jam 12 tengah malam tadi.

 
Tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat ratusan kenderaan dilihat masuk melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah untuk pulang ke rumah mereka yang terletak di dalam Mukim 12.

 
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan berkata, melalui pemeriksaan yang dilakukan mendapati ramai membuat keputusan pada saat akhir untuk pulang ke rumah bagi menjalani tempoh penguatkuasaan PKPB yang bermula hari ini.

 
Menurutnya, kesemua mereka diberi penerangan mengenai SOP yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh PKPB termasuk memastikan sebuah kenderaan tidak dinaiki melebihi dua orang.

 
Malah beliau mengingatkan penduduk sekitar kawasan terbabit agar sentiasa membawa surat pengesahan untuk bekerja dan mempunyai bukti kukuh lain sekiranya mereka mahu masuk atau keluar ke dalam kawasan PKPB.

 


Sebanyak 10 sekatan jalan raya dibuat di sekitar kawasan PKPB Mukim 12 Daerah Barat Daya bermula malam tadi.




"Bermula jam 12 tengah malam tadi kita telah mula kuatkuasakan PKPB dan saya berharap semua penduduk yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk kebaikan semua.

 
"Sekiranya kita dapat kesan individu yang melanggar dan gagal mematuhi SOP, tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang kompromi," katanya ketika ditemui media semasa membuat tinjauan di lokasi sekatan jalan raya PKPB malam tadi.

 
Anbalagan berkata, seramai 328 pegawai dan anggota polis serta beberapa agensi bantuan lain akan bertugas sepanjang tempoh PKPB di kawasan berkenaan.

 
Katanya, antara agensi yang terlibat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

 
"Semua anggota yang terlibat akan bersama dalam 10 sekatan jalan raya yang dibuat di beberapa laluan utama untuk masuk ke kawasan Mukim 12.

 
"Dua SJR akan dilaksanakan di susur keluar dan masuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Batu Maung, Queensbay dan Jalan Teluk Kumbar.

 
"Manakala di Lebuh Raya Dr. Lim Choong Eu dekat Pantai Jerejak, Shell Sungai Nibong dan Jalan Dato Ismail Hashim masing-masing membabitkan hanya satu sekatan," katanya.

 
Ditanya sama ada pihaknya akan membuat tambahan sekatan jalan raya di kawasan lain, Anbalagan berkata ia bergantung kepada keadaan semasa dan akan dilakukan sekiranya diperlukan.

 
Anbalagan berkata, orang ramai khususnya penduduk yang terlibat di kawasan PKPB diingatkan sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan atau bakal berdepan dengan tindakan kompaun.

 


Anbalagan membuat pemeriksaan dalam sekatan jalan raya berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah lewat malam tadi.




Sementara itu, beliau berkata,pergerakkan keluar dan masuk pekerja di Zon Perindustrian Bayan Lepas (FTZ) perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada majikan masing-masing atau mempamerkan pas pengesahan pekerja di lokasi SJR.

 
"Bagi penumpang perkhidmatan udara, mereka yang akan memasuki ke kawasan PKPB ini juga perlu mempamerkan surat kebenaran daripada majikan.

 
"Hanya mereka yang mempunyai kecemasan atau atas urusan kerja sahaja yang dibenarkan merentasi kawasan PKPB dan sebarang penganjuran majlis kenduri atau hari jadi tidak dibenarkan,"katanya.

 
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang berkuat kuasa pada 6 November sehingga 19 November depan.

 
Ini berikutan sehingga 3 November lalu, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan.

 
--sinarharian

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/berpusu-pusu-pulang-ke-rumah-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Bertiga Sebelum Pkpb Bermula

Keluar Bertiga Sebelum Pkpb Bermula

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 578 hits
Assalamualaikum HARI ini Sk mengambil giliran bertugas di pejabat Sempena PKPB 2 0 ni lebih sebahagian staf akan bertugas dari rumah dan bagi staf pentadbiran akan ada giliran mengikut pilihan dan Sk memilih setiap Selasa dan Rabu untuk ber...
Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

Pendekatan Pkpb Sebelum Keadaan Lebih Parah Pm

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis Kelantan dan Pahang bermula 9 Nov sehingga 6 Dis ini diputuskan kerana pendekatan lebih tegas dan b...
Maruku Sedap Buat Kudapan Duduk Rumah Masa Pkpb

Maruku Sedap Buat Kudapan Duduk Rumah Masa Pkpb

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 449 hits
Hai pembaca kesayangan Sedang work from home kah itu Walau dimana pun pembaca pembaca kesayangan Misz ella berada semoga semua berada di dalam keadaan yang baik baik sahaja Jangan lupa jaga diri incase if you all perlu keluar rumah ye Buat ...
Takut Anak Anak Terdedah Covid 19 Adira Sanggup Tak Keluar Rumah Patuhi Pkpb

Takut Anak Anak Terdedah Covid 19 Adira Sanggup Tak Keluar Rumah Patuhi Pkpb

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 330 hits
Alhamdulilah saya dan anak anak sihat di rumah kerana untuk keadaan sekarang ni bukan sahaja anak anak malah diri saya sendiri tidak galakkkan untuk keluar jika tiada hal penting atau memaksa source
Tak Munasabah Bayar Gaji Elaun Penuh Kepada Pekerja Yang Bekerja Dari Rumah Ketika Pkpb Mef

Tak Munasabah Bayar Gaji Elaun Penuh Kepada Pekerja Yang Bekerja Dari Rumah Ketika Pkpb Mef

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 389 hits
Persekutuan Majikan Malaysia berpandangan adalah tidak munasabah pekerja yang perlu bekerja dari rumah dibayar dengan gaji dan elaun penuh susulan arahan Majlis Keselamatan Negara mengarahkan pekerja sektor awam dan swasta di zon PKPB tidak...
Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa Pkpb

Kembali Bekerja Dari Rumah Dalam Fasa Pkpb

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 313 hits
As Salam Ketika penat dan kelelahan di sekolah kerana hambatan tugas hakiki sebagai guru disamping mengawasi dan memastikan anak anak murid disekolah agar sentiasa menjaga jarak menjaga kebersihan dan patuhi SOP saya memang ada hasrat dan b...
Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

Bekerja Dari Rumah Sila Kemas Pejabat Dan Bawa Pulang Dokumen Kerja Yang Penting

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 355 hits
assalamualaikum salam sejahtera saya di ofis hari ni giliran saya bekerja di pejabat dah ada list dah nak settle kan kerja dgn segera dan sempurna nak kemas kemas bilik next saya bakal bekerja in shaa Allah Selasa depan pertama sekali saya ...
Kerjasama Dengan Anwar Ramai Pemimpin Umno Yang Setuju Sebelum Ini

Kerjasama Dengan Anwar Ramai Pemimpin Umno Yang Setuju Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 227 hits
oleh Dr Aznil Hisham Kalau kita perhatikan dan perhalusi sebenarnya ramai yang tidak kisah sama ada hendak bekerjasama dengan Anwar atau tidak Dan cadangan untuk bekerjasama dengan Anwar bukan perkara baru Terdapat beberapa pemimpin UMNO se...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam