Jauhi 5 Perkara Ni Inshaallah Dipermudahkan Jodoh


Jauhi 5 Perkara Ni, InshaAllah Dipermudahkan Jodoh. Dalam soal pemilihan jodoh ada yang mudah dan ada yang sulit. Soal rezeki, hidup, mati mahupun jodoh sukar diramalkan kerana ia menjadi rahsia Allah SWT. Biarpun diri berusaha gigih dan berdoa untuk dipercepatkan jodoh, namun andai tidak berhasil semua itu sudah menjadi ketetapan Allah SWT.

Kena Redha Sebagai umat Islam, kita kena redha dengan ketentuan-Nya dan menerimanya dengan ikhlas. Kadangkala tanpa disangka jodoh ada di depan mata. Tidak perlu bercinta lama. Semua itu sudah tertulis akan takdirnya. Sememangnya kita mengharapkan dipertemukan jodoh yang baik dalam hidup. Kadangkala kita sukar untuk bertemu jodoh disebabkan masih tersisa dosa yang menghalang kita untuk menemui jodoh oleh-Nya.

1. MENINGGALKAN SOLAT Solat merupakan ibadah umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan ataupun jarang menunaikan solat, ia juga merupakan salah satu penyebab kenapa Allah SWT tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh. Selain meninggalkan solat, mereka yang sering menunda-nunda solat hingga ke akhir waktu itu juga harus mengubah sikap ini. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan urusan duniawi sehingga membuatkan manusia lupa akan ibadah wajib. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah SWT tidak mengutamakan doa-doa yang dipanjatkan orang tersebut termasuk dalam soal jodoh.

2. MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK Umum sudah mengetahui bahawa perbuatan syirik merupakan perbuatan yang berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kelewatan dalam bertemu jodoh, mereka meminta pertolongan daripada bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Malah ada juga yang mengamalkan sesuatu perkara yang tidak tertulis dalam dalil Al Quran mahupun sunnah Rasul-Nya. Dengan melakukan perkara ini, seseorang itu benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.

3. DOSA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG TUA Ibu dan bapa menjadi sebab hadirnya kita ke muka bumi ini. Dengan melakukan dosa terhadap kedua-duanya ataupun salah satu daripadanya maka Allah SWT akan murka dan menutup segala sumber rezeki. Sumber rezeki yang dimaksudkan itu juga termasuk dengan ‘jodoh’. Hal ini kerana keredaan ibu bapa adalah sangat penting. Tanpa reda ibu bapa, Allah SWT juga tidak akan membantu hamba-Nya.

4. MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua-dua ibu bapa. Namun mengekalkan hubungan silaturrahim sesama manusia juga akan mempermudahkan kita dalam mendapatkan rezeki berupa jodoh.

5. MELAKUKAN ZINA Mereka sering menyalahkan akan takdir ilahi apabila sering berdepan dengan ujian dan cabaran hidup. Walhal mereka tidak sedar dengan setiap tindakan mereka yang berterusan melakukan perbuatan zina. Zina adalah salah satu perbuatan keji yang dibenci oleh Allah SWT. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang kerana dosa tersebut. Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat yang bersungguh-sungguh pada Allah dan memohon ampun atas perbuatan itu. Dengan izin dan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Allah SWT akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan tidak akan mengulangi kesalahannya.
Sumber: Tazkirah.net
Artikel Lain

Tanda-Tanda Dia Dah Jatuh Cinta. Kalau Ada Semua Ni Memang ‘Confirm’ Dia Dah Sayang! Namun, kadang-kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci. Kerap kali kita mendengar orang berkata ‘cinta itu buta’ tapi benarkah cinta itu buta? Atau manusia yang terlalu taksub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta.

Pertama kali berasa nikmat cinta Cinta sememangnya indah. Penyatuan dua hati menjadi satu antara lelaki dan perempuan menjadikan hidup kita sempurna. Saat pertemuan dengan jantung hati sememangnya tidak dapat dilupakan. Dari mata turun ke hati. Itulah perasaan yang melanda jika baru pertama kali berasa nikmat cinta.

Cinta Itu Buta Cinta hadir tanpa diundang dan kita sebagai manusia tidak mampu menolak rasa cinta itu. Lebih-lebih lagi jika itu ialah cinta pertama kita. Mungkin kita berasa cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal rupa, tidak mengenal harta, tidak mengenal sesiapa. Saat itulah semuanya indah sehinggakan sanggup melarikan diri daripada keluarga demi buah hati tersayang.

Mudah Percaya ‘Lautan berapi sanggup ku renangi demi cintaku padamu’. Itulah antara kata-kata manis yang sering diucapkan oleh pasangan ketika saat bercinta. Pada kebiasaannya, kata-kata ini sering diucapkan oleh lelaki. Lantas, si gadis pula pertaruhkan sepenuh kepercayaan pada lelaki tersebut walaupun pada hakikatnya baru beberapa bulan berkenalan.

Terburu-Buru Sikap terburu-buru itulah yang menjadikan pasangan pada masa kini mudah terpedaya akan kata-kata manis yang diberikan. Saat itulah yang dikatakan cinta itu buta walhal kita sebagai manusia yang buta memandang cinta.

Tidak cukup kenal pasangan Sesudah mendirikan rumah tangga, barulah kita mengenal sepenuhnya segala tindak-tanduk pasangan. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, semuanya tidak kena di mata dan hati masing-masing. Saat itu, semuanya sudah terlambat kerana ikatan perkahwinan sudah pun dibina.

Tidak Ambil Tahu Mengapa perkara ini boleh berlaku? Semuanya kerana tidak mengenali dengan sepenuhnya diri pasangan. Oleh itu, kenali dan dalamilah sikap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Sangat penting supaya kita boleh bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Cintailah Pasanganmu Kerana Allah Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah, merudum jika isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang atau dibenci oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.

Bagaimana Hendak Mencintai Allah? Cinta ialah keterpautan hati kepada seseorang kerana kebaikan orang tersebut. Lebih baik orang itu, lebih kuat pautan hati kepadanya. Lawan kepada cinta ialah benci, iaitu penolakan hati seseorang kerana kejahatan orang tersebut. Lebih jahat orang itu, lebih kuat tolakan hati terhadapnya. Seolah-olah hati memiliki sepasang tangan yang dapat memaut dan menolak.

Tidak Boleh Tandingi Allah SWT Apa jua kebaikan orang lain, tidak ada tandingannya jika dibanding dengan kebaikan Allah. Allah memberikan kita kehidupan ini, nikmat Islam, rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi yang tidak mampu kita hitung. Sekali sekala Allah menguji kita dengan kesusahan, bukan bererti Allah membenci kita tetapi menyayangi kita dan ingin memberikan peringatan kepada kita serta menarik kita agar lebih rapat kepada-Nya.

Kebaikan Alllah Oleh itu apabila seorang muslim ingin mencintai Allah, hendaklah dia memikirkan sekian banyak kebaikan Allah kepadanya. Hendaklah dia berfikir dan merenung secara jujur dan berhati-hati terhadap kecenderungan manusia untuk lebih mudah melihat kejahatan daripada kebaikan.
The post Jauhi 5 Perkara Ni, InshaAllah Dipermudahkan Jodoh.. appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jauhi-5-perkara-ni-inshaallah-dipermudahkan-jodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 468 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah marahkan anak Kalau boleh sebenarnya semua ibu bapa tidak mahu marahkan anak tetapi kadang kala bila sudah hilang kesabaran termarah juga si anak Lepas marah anak anda mesti rasa menyesal dan kasihan dengan si ...
Elakkan Berkata 6 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka

Elakkan Berkata 6 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 389 hits
Elakkan Berkata 6 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka Mungkin pada si isteri anggapannya hanya bercakap biasa tiada mempunyai maksud yang tersirat Bila si suami diam seribu bahasa barulah anda tahu kata kata atau perbuatan terse...
Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 366 hits
Adakalanya bila anak kita demam lepas sahaja beri ubat kita biarkan sahaja dia main seperti biasa Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat Sebenarnya hal ini salah mama papa perlu pantau suhu anak Selai...
Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 303 hits
SUMBER UTUSAN ONLINESHAH ALAM 13 Nov Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang telah termaktub dal...
4 Perkara Pelik Yang Berlaku Selepas Kematian Selebriti

4 Perkara Pelik Yang Berlaku Selepas Kematian Selebriti

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 641 hits
Apabila orang yang terkenal dan kaya raya seperti selebriti dan ikon yang disayangi mati mereka mengharapkan supaya harta mereka diagihkan kepada waris yang ditinggalkan Walau bagaimanapun ini bukanlah kes bagi semua selebriti Sekiranya mer...
Kahwin Dengan Anak Bongsu Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap

Kahwin Dengan Anak Bongsu Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 612 hits
Kahwin Dengan Anak Bongsu Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap Kahwin Dengan Anak Bongsu Ini 10 Perkara Yang Mungkin Korang Kena Hadap Siapa pasangan dia anak bongsu Korang boleh ready la untuk segala kemungkinan yang ada ni Anak B...
7 Perkara Baharu Yang Kami Pelajari Mengenai Netflix Di Acara See What S Next Asia 2018

7 Perkara Baharu Yang Kami Pelajari Mengenai Netflix Di Acara See What S Next Asia 2018

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 292 hits
Terdapat banyak perkhidmatan penstriman yang boleh diakses pengguna di seluruh dunia YouTube di tangga teratas kerana ia antara yang paling awal dilancarkan dan boleh digunakan secara percuma Bagi yang ingin menonton rancangan bersiri dan f...
10 Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah

10 Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 790 hits
Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah 14 Ogos ini Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025