Elakkan Berkata 6 Perkara Ini Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka
Elakkan Berkata 6 Perkara Ini, Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka. Mungkin pada si isteri anggapannya hanya bercakap biasa tiada mempunyai maksud yang tersirat. Bila si suami diam seribu bahasa , barulah anda tahu kata-kata atau perbuatan tersebut membuatnya terasa hati. Lelaki juga punya perasaan dan secara tidak langsung boleh merajuk enggan bercakap atau dengan kata lain protes dengan sikap si isteri. Tenung balik kata-kata anda duhai isteri apa yang membuat rajuk si lelaki berpanjangan. Baiki kesilapan segera agar rumah tangga kembali tenang dan bahagia.
1-“Bila nak dapat kerja?”
Dengan ekonomi sekarang, memang susah nak dapat kerja. Kalau pasangan anda salah satu mangsa dibuang kerja, bersabarlah. Apa anda patut buat: Mereka memerlukan sokongan anda. Jadi, daripada asyik tanya soalan ini, apa kata anda perhati sendiri usaha mereka.
2 – “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua”
Suami mungkin tak pandai nak kemas rumah atau basuh dan susun pinggan macam yang kita nak. Tapi itu tak bermaksud mereka tak tawarkan bantuan kan? Kalau anda terus “halau” mereka macam ni, mereka akan anggap anda tak perlukan pertolongan mereka. Nanti mereka tak mahu menolong dah! Apa patut anda sebut: Biar saja dia nak tolong. Meringankan beban, kot!
3 – “Tak tahu. Ikut awak lah.”
Soalan makan dekat mana (kalau tak masak), ataupun nak makan apa, nak tengok TV berapa, nak tengok wayang apa – semua itu memang kadang-kadang memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya! Pilihan memang banyak, tapi kita lagi suka biar suami yang tentukan. Tapi, mereka pun penat juga lah kalau asyik kena decide soalan-soalan ini! Sepatutnya kan keputusan bersama? Apa patut anda sebut: Cuba bincang dan ambil jawapan paling mudah dipersetujui dua-dua pihak. Senang cerita!
4 – “Saya gemuk.”
Okay, rasanya ini semua isteri akan asyik sebut pada suaminya. Mungkin sebab kita memang gemuk, atau kita sengaja nak pujian. Naik bosan suami nak jawab nanti!
5 – “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Oh no! Bila bergaduh, memang semua benda dari mulut terlepas. Tapi, janganlah terlepas ayat ini. Ia boleh buat pergaduhan jadi lagi besar. Hati suami pun boleh terluka menganggap anda menyesal mengahwini mereka.
6 – “Tak ada apa-apa.”
Silent treatment atau asyik kata yang “tak ada apa-apa” sedangkan anda marah tentang sesuatu adalah benda yang tak sihat dalam perkahwinan. Anda ingat suami akan faham kalau tak diberitahu? Mereka takkan faham punya! Apa anda patut buat: Jadi, lebih baik anda terbuka saja cakap apa yang tidak kena dan selesaikan masalah tersebut.
Artikel Lain
Nak Sesuatu Kena Usaha! Ini Tip Rare Untuk Mudah Dapat Jodoh
Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana? Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara.
Misi Mencari Jodoh
Musim cuti sekolah ni ramai yang kahwin. Kau yang masih #TeamSingle tu pun mesti nak kahwin kan. Jangan risau, jodoh kau pasti akan tiba bila sampai waktu dia. Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana? Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara. Antaranya;
1. Jaga hubungan dengan Allah
Solat tak tinggal. Solat lima waktu. Bukan rasa rajin baru nak solat. Macam mana kau nak jaga jodoh kau, kalau solat pun kau tak mampu nak jaga. Selalu berzikir dan menderma. Dekatkan diri dengan Illahi. Mulakan dengan pekara kecil tetapi berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan Bismillah dan sebagainya.
2. Jaga Tingkah Laku, Pergaulan & Percakapan
Jaga pergaulan dan tingkah laku. Mulut tu jaga. Jangan nak mencarut je kerjanya. Jaga juga hubungan dengan mak ayah adik beradik dan sahabat. Selalulah bermanis muka.
3. Perkukuhkan Simpanan Kewangan
Mulakan menyimpan wang untuk kehidupan selepas kahwin. Kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki ataupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jodoh sampai dah ada simpanan wang, boleh terus kahwin kan. Tak perlu bercinta lama-lama.
4. Menjadi Sang Setia
Kau dah ada calon, tapi nak pasang lain. Nak cari yang sempurna kononnya. Ada yang jenis tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu mengucap sayang. Sampai mudah berjanji manis sumpah setia bagai. Kau mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah jadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia.
5. Banyakkan Berdoa
Jodoh belum sampai di saat kita bersedia mungkin Allah mahu dengar doa kita. Selalu berdoa minta jodoh yang baik-baik. Allah akan tunjukkan jalan. Permudahkan urusan bila jodoh kau dah sampai. Allah juga akan berikan jodoh yang kau perlu. Bukannya yang kau mahu.
6. Bertaaruf
Selain melakukan solat istikharah, kau boleh dapatkan pertolongan kawan-kawan untuk mencarikan. Bertaaruflah mana tahu ada jodoh. Buka hati kau untuk berkenalan hati budi seseorang. Berkenal-kenalan bukan bererti kau kena bercinta dengan dia terus. Tidak mengapa kalau kau perempuan kau mulakan dulu.
The post Elakkan Berkata 6 Perkara Ini, Jika Tidak Mahu Jadi Isteri Derhaka appeared first on Apakes.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/elakkan-berkata-6-perkara-ini-jika-tidak-mahu-jadi-isteri-derhaka/