Banteras Segera Tindakan Persoal Perkara Asas Perlembagaan Persekutuan Sultan Selangor


SUMBER : UTUSAN ONLINE



SHAH ALAM 13 Nov. - Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.Baginda bertitah, perjanjian yang telah dipersetujui ini telah diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga ke hari ini.“Walau berulang kali beta telah menyentuh tentang isu-isu ini, namun beta akan terus bersuara dan menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur dalam cubaan golongan tertentu mengikis kuasa dan keistimewaan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini.“Peranan raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera tanpa mengetepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan,’’ titah baginda.Sultan Selangor bertitah pada program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme serta Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Ab. Wahid dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.Sultan Sharafuddin dalam pada itu menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin beragama Islam menyokong tuntutan golongan liberal sedangkan pemikiran liberal jelas bertentangan de­ngan ajaran Islam sebenar.“Fahaman liberalisme ini telah berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam sehingga muncul golongan yang me­nuntut kesamarataan gender, perkahwinan sesama jantina, menolak para ulama, wanita menjadi imam solat dan wali perkahwinan, menghalalkan perkahwinan orang Islam de­ngan penganut agama lain serta tuntutan kebebasan beragama dan menukar agama sesuka hati.“Beta amat khuatir jika pemikiran ini tidak dibendung secara serius, ia mungkin akan menjadi satu jalan memudahkan musuh Islam menghancurkan agama Islam di negara ini dan dikhuatiri Allah SWT akan menurunkan malapetaka kepada kita semua,’’ titah baginda.Sultan Selangor bertitah ba­ginda tidak mahu Selangor menjadi pusat penyebaran ideo­logi fahaman-fahaman sesat sebegini.Justeru, baginda mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor supaya memantapkan tindakan penguatkuasaan ter­hadap semua pihak yang didapati cuba menyebarkan sebarang bentuk fahaman bertentangan dengan ajaran Islam atau yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng.“Program-program keseda­ran berkenaan ancaman terhadap akidah umat Islam dan program pengukuhan akidah juga perlu dipertingkatkan bermula dari peringkat sekolah lagi serta di masjid dan surau seluruh Se­langor,’’ titah baginda.Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa amat dukacita apabila mendapati ada umat Islam yang tidak mempunyai kepakaran dalam membicarakan isu berkaitan hukum Islam mempertikaikan fatwa dikeluarkan oleh Selangor yang telah diputuskan dan diwartakan.Baginda bimbang pertikaian itu dibuat secara terbuka dan ia boleh menyebabkan umat Islam menjadi keliru, berbalah dan berpecah-belah.“Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan fatwa ne­geri Selangor yang dikeluarkan, ia tidak perlu dibahaskan secara terbuka sebaliknya terdapat saluran tertentu bagi menyuarakan pendapat mereka berkaitan sesuatu fatwa yang dipertikaikan tersebut.“Beta percaya jika pendekatan ini diambil, perbincangan secara ilmiah akan dapat dilakukan bagi mengatasi sebarang pertikaian dan perbezaan pendapat berkaitan dengan sesuatu fatwa,’’ titah baginda. – BERNAMATerima kasih ke sini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cikmudahimawary.com/2018/11/banteras-segera-tindakan-persoal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Pihak Persoal Asas Perlembagaan Perlu Dibenteras

Sultan Selangor Pihak Persoal Asas Perlembagaan Perlu Dibenteras

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 332 hits
Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera di...
Kerajaan Tetap Pertahan Perkara Asas Perlembagaan

Kerajaan Tetap Pertahan Perkara Asas Perlembagaan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 563 hits
Kerajaan tetap akan mempertahankan perkara perkara asas yang berkaitan dengan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu iaitu Perkara 3 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Loading Berucap pa...
Sultan Selangor Menegur Prihal Papan Tanda Yang Ada Bahasa China Mbsa Terus Ambil Tindakan

Sultan Selangor Menegur Prihal Papan Tanda Yang Ada Bahasa China Mbsa Terus Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 479 hits
MBSA mula buang semua papan tanda jalan dua bahasa PETALING JAYA Majlis Bandaraya Shah Alam mula mengeluarkan semua tanda jalan dua bahasa dan menggantikannya dengan hanya Bahasa Melayu Tindakan segera telah diambil oleh pegawai kami untuk ...
Selangor Sultan Orders Chinese Road Signboards In The State To Be Removed

Selangor Sultan Orders Chinese Road Signboards In The State To Be Removed

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 393 hits
The Sultan of Selangor has decreed that all dual language road signboards in Shah Alam must be removed and replaced with ones featuring only the national language Sultan Sharafuddin Idris Shah s private secretary Datuk Mohamad Munir Bani sa...
Sultan Selangor Dukacita Fahaman Liberal Berleluasa

Sultan Selangor Dukacita Fahaman Liberal Berleluasa

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 290 hits
Ruwaida Md Zaincnews nstp com mySULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Tahun 2018 Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Majlis Pelancaran ...
Edaran Bible Kepada Orang Islam Tindakan Yang Mencemarkan Perlembagaan Ulamak Pas

Edaran Bible Kepada Orang Islam Tindakan Yang Mencemarkan Perlembagaan Ulamak Pas

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 409 hits
oleh nbsp USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD nbsp 4 Rabi Al Awal 1440 12 November 20181 Timbul isu di Pulau Pinang mengenai sebuah NGO yang mengedarkan Bible kepada orang ramai termasuklah kalangan penganut Islam baru baru ini Hal ini mendapat liputa...
Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

Sultan Selangor Titah Remove All Chinese Street Signs

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 425 hits
DYMM Sultan Selangor titah supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam di tanggalkan
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia