Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka


Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin  yang perlu sentiasa dipantau. Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.
Artikel Menarik: [Makan 6 Biji Kurma Sehari, Sebulan Sebelum EDD. Bukaan Servik Lebih ‘Cepat’, Bersalin Pun Mudah]
Dalam kebanyakan kes, jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang menakutkan. Bakal ibu juga akan merasa ‘seriau’ jika membayangkan hal ini. Ikuti penerangan daripada Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkaitan topik ini.
RISIKO JAHITAN TERBUKA
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourish) dan kurang daya tahan penyakit. Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka.  (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka.

Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut.
Artikel Menarik: [Hanya Posisi Duduk, Tak Sangka Bersalin Tanpa Koyakan. Mudah Sangat Baby Keluar]
Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tanda-Tanda Jahitan Terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan  nampak terbuka.
Jika tidak dirujuk kepada doktor, kemungkinan akan ada beberapa komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka:
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.

APA PERLU BUAT?
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan mencadangkan ibu membersihkan sendiri, kadang-kala digalakkan rendam dengan air garam  dan ubat sapuan akan diberikan supaya luka sembuh dengan sendiri (secondary wound healing) . Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula setelah luka tersebut bersih.
Artikel Menarik: [Bersalin Semua Elok, Tahu-Tahu Anak Meninggal Kerana GBS. Bahaya Sebab Tak Ada Sebarang Simptom]
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika  jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan.  Oleh kerana itu, ada sesetengah kes,  luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti  dibersihkan setiap hari atau  pengambilan  makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
TEMPOH UNTUK SEMBUH
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat dan diserap/reput semulajadi. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam  minggu.
BANYAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN C
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.

Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
JAGA KAWASAN LUKA
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://ift.tt/2q3eNRr



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/jangan-ingat-diri-tu-kuat-terus-lasak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 503 hits
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya Mungkin juga kerana terlalu banyak mendengar cerita tentang kesukaran jika selalu melahirkan secara Caesarean ...
Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 420 hits
Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan para wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital Pada waktu itu kita akan mengimbas kembali apakah yang kita makan semalam atau sepanjang minggu itu Kenaik...
Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 478 hits
Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin Ia adalah discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah mukus tisu rahim Darah nifas boleh berla...
Ramai Isteri Tak Tahu Suami Boleh Meroyan Lepas Si Isteri Bersalin Ini Penjelasan Pakar

Ramai Isteri Tak Tahu Suami Boleh Meroyan Lepas Si Isteri Bersalin Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 422 hits
Bersalin adalah pengalaman buat wanita yang sangat menakjubkan Dalam masa yang sama juga ia boleh jadi mengerikan Sudah pasti anda pernah terbaca atau terdengar mengenai wanita meroyan selepas bersalin kan Ya ia adalah perkara yang mungkin ...
Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 469 hits
Ada sesetengah ibu mengandung yang tidak boleh minum susu yang diformulasi khas untuk wanita hamil Mungkin kerana rasanya yang berlemak atau perisanya yang tidak kena dengan selera membuatkan mereka merasa muak ketika meminumnya Bolehkah se...
Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 459 hits
Setiap ibu pasti menyimpan hasrat untuk menyusukan anak sendiri selepas melahirkan Ia bergantung kepada rezeki masing masing tetapi tidak salah berusaha untuk memperbanyakkan susu badan selagi tidak membahayakan kesihatan si ibu atau bayi U...
Rajinkan Diri Urut Anak Selepas Mandi Urutan Boleh Rangsang Perkembangan Anak

Rajinkan Diri Urut Anak Selepas Mandi Urutan Boleh Rangsang Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 565 hits
Sensori sentuhan adalah antara deria yang paling awal berkembang pada manusia Sentuhan dapat menyampaikan seribu satu maklumat Kanak kanak akan berkembangan dengan baik bila mendapat sentuhan dan belaian yang mencukupi Baca Selanjutnya URUT...
4 Tahun Tunggu Zuriat Hamil Kembar Ada Komplikasi Kritikal Lepas Bersalin Besar Sungguh Pengorbanan Seorang Ibu

4 Tahun Tunggu Zuriat Hamil Kembar Ada Komplikasi Kritikal Lepas Bersalin Besar Sungguh Pengorbanan Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 538 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat yang akan melengkapi kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta Tapi bukan semua yang berkahwin itu terus dikurniakan cahaya mata ada yang bertahun tahun menunggu barulah dapat re...
Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 544 hits
Bila masa kena mandi wiladah Bila masa pula kena mandi nifas Apa pula hukum dan cara mandi nifas dan mandi wiladah selepas bersalin ni Mandi Wajib Nifas VS Mandi Wajib Wiladah eh mana satu patut di buat Kena mandi kedua duanya sekali ke Jik...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong