Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin


Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan para wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital. Pada waktu itu, kita akan mengimbas kembali, apakah yang kita makan semalam, atau sepanjang minggu itu? Kenaikan berat badan ketika hamil adalah sesuatu yang normal tetapi tidak boleh secara mendadak. Setiap ibu hamil boleh merujuk kepada carta berat badan yang ideal sepanjang mengandung. Ikuti penerangan lanjut tentang topik ini oleh Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Columbia Asia Hospital.
Sebelum kita semua panik, marilah kita lihat apakan kenaikan berat badan yang dianggap ‘normal’ ketika hamil. Kenaikan berat badan ketika hamil secara purata adalah 12 kilogram sepanjang kehamilan. Pun begitu, bagi wanita yang “underweight” iaitu BMI 18.5 atau kurang, anda boleh mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20kg sepanjang kehamilan. Untuk wanita yang mengalami obesiti pula, (BMI lebih dari 30.0), anda hanya boleh naik berat badan sebanyak 5kg sepanjang kehamilan.
Naik Berat Badan Ikut Usia Kehamilan
Pada trimester pertama, keadaan ibu yang kurang selera atau mengalami loya menyebabkan kenaikan berat badan adalah minimum 1kg setiap bulan atau ada yang kehilangan berat badan.

Pada trimester kedua, berat badan akan naik 1kg setiap bulan. Jika berat badan tidak naik disebabkan masalah muntah yang berpanjangan, anda hendaklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut (pastikan tiada masalah tiroid, masalah hati atau masalah usus/pankreas).
Artikel Menarik: [Makan Produk Tenusu Ada Peluang Dapat Anak Kembar? Dr Hamid Beri Panduan]
Pada trimester ketiga, berat badan selalunya naik 1.5 -2kg setiap bulan. Jika, berat badan naik lebih dari bacaan yang dinyatakan, pihak hospital atau klinik akan memastikan anda tidak mengalami masalah kencing manis, darah tinggi atau masalah pemakanan berlebihan.
Jika Berat Badan Naik Mendadak, Akan Dipantau
Ini bagi mengelakkan masalah seperti eklampsia, kematian ibu dan bayi (disebabkan oleh darah tinggi) atau masalah bayi yang obes, atau kematian bayi secara mengejut (disebabkan oleh masalah kencing manis sewaktu hamil). Biasanya doktor akan menasihatkan ibu supaya tidak makan berlebihan sehingga menyebabkan diri ibu dan bayi dalam kandungan menjadi obes.

Jika kita melahiran bayi yang mempunyai berat badan berlebihan, risiko yang kita alami adalah:
Proses kelahiran yang lama Gagal untuk lahir secara normal dan perlu dibedah akhirnya Penggunaan alat seperti vakum dan forsep bagi membantu kelahiran di mana bayi dan ibu boleh mengalami kecederaan. Selepas kepala bayi keluar, bahu pula boleh tersangkut (shoulder dystocia) di mana otot, tulang dan urat saraf bayi boleh cedera dan kecederaan mungkin kekal! Otak bayi juga boleh mengalami kekurangan oksigen. Setelah bayi dilahirkan, uri juga besar jika bayi puan besar. Dalam sesetengah kes, ia sukar dikeluarkan. Selepas uri keluar, rahim pula lambat mengecut dan boleh berlaku masalah tumpah darah. Buat Rekod Kenaikan Berat Badan
Ibu mengandung seharusnya menyimpan rekod kenaikan badan. Dengan cara ini, anda akan peka dengan kenaikan berat badan. Beli mesin penimbang dan timbang berat badan dua kali sehari (waktu pagi dan malam sebelum tidur).
Campur berat badan anda pada hari itu dan bahagi dengan dua untuk mendapat purata berat badan. Simpan rekod berat badan selama seminggu dan kira puratanya.

Jika berat badan naik terlalu cepat ( lebih dari 0.5kg seminggu), makaa anda hendaklah menjaga pemakanan pada minggu seterusnya.
Artikel Menarik: [Check UPT Naik 2 Garis, Tak Payah Excited Pergi Scan. Tunggulah ‘Besar’ Sikit]
Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan juga mempunyai kesan selepas bersalin. Di antaranya ialah masalah stres dan murung. Kesukaran untuk menyusu anak juga dikaitan dengan wanita yang obes selepas kelahiran bayi. Jika mengalami pembedahan caesarean, luka lambat baik, lebih mudah mengalami jangkitan dan lebih mudah dilanda masalah darah beku di kaki (deep vein thrombosis).

Kesimpulannya, jangan panik jika berat badan naik ketika hamil. Sebaliknya, simpanlah rekod berat badan anda sendiri. Jagalah pemakanan dan berjumpalah dengan pakar pemakanan jika perlu. Lakukan senaman setiap hari jika mampu. Ikutlah nasihat doktor kerana jika perlu, pemeriksaan untuk kencing manis dan darah tinggi akan dilakukan bagi memastikan keselamatan puan dan bayi dalam kandungan.
 
The post Waktu Hamil, Jangan ‘Hentam’ Makan Sampai Berat Naik Mendadak. Boleh Kemurungan Lepas Bersalin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/waktu-hamil-jangan-hentam-makan-sampai-berat-naik-mendadak-boleh-kemurungan-lepas-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

Jangan Mengelat Minum Susu Waktu Hamil Takut Lepas Bersalin Nanti Gigi Jadi Longgar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 463 hits
Ada sesetengah ibu mengandung yang tidak boleh minum susu yang diformulasi khas untuk wanita hamil Mungkin kerana rasanya yang berlemak atau perisanya yang tidak kena dengan selera membuatkan mereka merasa muak ketika meminumnya Bolehkah se...
Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 484 hits
Kadang kala yang baru pertama kali bergelar ibu tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka Dalam hal ini episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau Kebanyakan kes jahitan terbuka boleh berlak...
Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

Tumbesaran Anak Berbeza Beza Menyusu Badan Berat Naik Sikit Jangan Pula Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 346 hits
Sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan Selain susu ibu atau susu formula ibu sudah boleh memperkenalkan puri buah atau sayur mahupun bubur kosong untuk melatih deria rasanya Ketika bayi sudah...
4 Tahun Tunggu Zuriat Hamil Kembar Ada Komplikasi Kritikal Lepas Bersalin Besar Sungguh Pengorbanan Seorang Ibu

4 Tahun Tunggu Zuriat Hamil Kembar Ada Komplikasi Kritikal Lepas Bersalin Besar Sungguh Pengorbanan Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 535 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat yang akan melengkapi kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta Tapi bukan semua yang berkahwin itu terus dikurniakan cahaya mata ada yang bertahun tahun menunggu barulah dapat re...
Ramai Isteri Tak Tahu Suami Boleh Meroyan Lepas Si Isteri Bersalin Ini Penjelasan Pakar

Ramai Isteri Tak Tahu Suami Boleh Meroyan Lepas Si Isteri Bersalin Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 410 hits
Bersalin adalah pengalaman buat wanita yang sangat menakjubkan Dalam masa yang sama juga ia boleh jadi mengerikan Sudah pasti anda pernah terbaca atau terdengar mengenai wanita meroyan selepas bersalin kan Ya ia adalah perkara yang mungkin ...
Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 473 hits
Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin Ia adalah discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah mukus tisu rahim Darah nifas boleh berla...
Biar Anak Merangkak Sendiri Jangan Tolong Kalau Berat Badan Perlahan Lahan Dia Mampu

Biar Anak Merangkak Sendiri Jangan Tolong Kalau Berat Badan Perlahan Lahan Dia Mampu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 407 hits
Rupanya ada terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya Ia termasuk melihat anak boleh merangkak Sebenarnya kemampuan bay...
Ibu Hamil Bersihkan Najis Kucing Boleh Jejaskan Pendengaran Penglihatan Bayi Setelah Lahir

Ibu Hamil Bersihkan Najis Kucing Boleh Jejaskan Pendengaran Penglihatan Bayi Setelah Lahir

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 632 hits
Wanita hamil tidak digalakkan untuk berada berdekatan dengan kucing Bukanlah sehingga langsung tak boleh pegang atau bermanja tetapi sebaiknya berhati hatilah ketika mengendalikan najis kucing Di dalam najis kucing terdapat sejenis parasit ...
Anak Tak Mahu Makan Nasi Jangan Paksa Trik Guna Lebihan Nasi Semalam Sediakan Murtabak Nasi Cheese Ni

Anak Tak Mahu Makan Nasi Jangan Paksa Trik Guna Lebihan Nasi Semalam Sediakan Murtabak Nasi Cheese Ni

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 638 hits
Bagi ibu yang mengalami masalah anak tidak suka makan nasi jangan dipaksa anak anak kita Cuba kreatifkan menu sajian setiap hari agar dapat menarik perhatian anak kita Selain bermain dengan warna dan jadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025