Ramai Isteri Tak Tahu Suami Boleh Meroyan Lepas Si Isteri Bersalin Ini Penjelasan Pakar


Bersalin adalah pengalaman buat wanita yang sangat menakjubkan. Dalam masa yang sama juga, ia boleh jadi mengerikan. Sudah pasti anda pernah terbaca atau terdengar mengenai wanita meroyan selepas bersalin, kan? Ya, ia adalah perkara yang mungkin biasa terjadi. Namun, lain pula ceritanya kalau lelaki yang meroyan! Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.
Lelaki pun boleh meroyan? Buat anda yang belum tahu, lelaki juga boleh mengalaminya. Kemurungan selepas bersalin dalam kalangan lelaki ini dikenali sebagai paternal postpartum depression (PPPD). Menurut Dr Yen Teck Hoe yang merupakan pengarang laman sesawang Positive Parenting, kira-kira 1 daripada 10 lelaki berisiko mengalami masalah ini.
Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menegaskan bahawa kebarangkalian lelaki mengalami masalah ini adalah 2.5 kali ganda berbanding wanita. Meskipun ia tidak begitu diketahui umum, fenomena ini kian teruk berlaku. Jadi, lelaki di luar sana perlu lebih berhati-hati.
Apa punca ia berlaku? Menurut kajian yang dilakukan oleh laman sesawang Parents.com, punca ia berlaku adalah sama seperti wanita juga iaitu perubahan paras turun naik hormon yang akan menyebabkan gangguan emosi. Untuk lebih mendalam, lelaki akan mengalami masalah ini jika hormon testosteron menurun manakala hormon estrogen, prolaktin dan kortisol meningkat.
Bukan itu sahaja, ramai pakar psikologi turut berpendapat bahawa lelaki mungkin mengalaminya ekoran daripada tekanan hidup yang makin meningkat. Mana tidaknya, mereka kini perlu menanggung tanggungjawab untuk menjaga anak yang baru lahir. Jadi, kos sara hidup sudah pasti akan melambung lebih tinggi.
Apa tanda ia berlaku? Ia tidak banyak berbeza dengan wanita. Lelaki yang meroyan akan menunjukkan tanda seperti berikut:
Mudah marah, gelisah, tidak boleh duduk diam Lesu, tidak bermaya, tidak bertenaga Selalu bersedih dan menangis Menjauhkan diri dari bayi dan isteri Lebih kerap berada di luar rumah Lebih gemar bekerja lebih masa Selalu bercakap mengenai kematian Jadi, apa yang perlu dilakukan? Ia adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, jangan sesekali menyalahkan dirinya atau diri anda sendiri. Jika dia cuba mengelak dari tanggungjawab sebagai bapa atau suami, jangan memarahinya, ia hanya akan membuat keadaan lebih teruk. Sebaliknya, beri sokongan, dorongan dan galakan kepada mereka.
Selain itu, mungkin ada beberapa rawatan klinikal & tradisional buat lelaki meroyan:
Terapi perlakuan kognitif – mengajar strategi harian mengatasi masalah ini Terapi seni ekspresif – menyokong proses pertumbuhan mental, emosi dan pemikiran individu. Perawatan tradisional – urutan selepas bersalin serta ‘pantang’ juga tidak boleh diabaikan. Jadi, jangan terkejut jika anda terdengar, terbaca atau anda sendiri sebagai lelaki mengalami masalah meroyan selepas isteri bersalin. Ia adalah perkara yang mungkin tidak biasa, namun boleh dialami oleh beberapa lelaki. Jika berlaku, segera dapatkan bantuan pakar, ya?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/05/ramai-isteri-tak-tahu-suami-boleh-meroyan-lepas-si-isteri-bersalin-ini-penjelasan-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekeras Keras Hati Suami Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata

Sekeras Keras Hati Suami Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 513 hits
Jika seorang suami melihat peritnya isteri nak melahirkan anak mesti air mata jantan akan menitik Sekuat segagah seorang lelaki pun belum tentu boleh berada dalam situasi ini Walaupun orang kata wanita ni ada kelemahannya tetapi kekuatan ya...
Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 508 hits
Kadang kala yang baru pertama kali bergelar ibu tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka Dalam hal ini episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau Kebanyakan kes jahitan terbuka boleh berlak...
Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Suami Sepanjang Tempoh Kehamilan Isteri

Antara Doa Yang Boleh Diamalkan Suami Sepanjang Tempoh Kehamilan Isteri

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 520 hits
Buat pasangan yang dikhabarkan berita dengan kehadiran bakal cahaya mata pastinya hati mereka melonjak lonjak kegembiraan Pastinya banyak persediaan yang akan dilakukan sama ada dari sudut mental si ibu kewangan keluarga dan juga amalan pem...
Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

Waktu Hamil Jangan Hentam Makan Sampai Berat Naik Mendadak Boleh Kemurungan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 448 hits
Masalah kenaikan berat badan yang berlebihan pastinya akan menyebabkan para wanita hamil ditegur oleh kakitangan klinik atau hospital Pada waktu itu kita akan mengimbas kembali apakah yang kita makan semalam atau sepanjang minggu itu Kenaik...
Tak Payah Banyak Suami Ringan Mulut Ucap Terima Kasih Hilang Semua Penat Isteri

Tak Payah Banyak Suami Ringan Mulut Ucap Terima Kasih Hilang Semua Penat Isteri

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 502 hits
unable to retrieve full text content Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harusThe post appeared first on
Masa Kecil Suka Bergaduh Kini Dah Jadi Suami Isteri

Masa Kecil Suka Bergaduh Kini Dah Jadi Suami Isteri

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 408 hits
Masa Kecik Bukan Main Benci Bila Dah Besar Jadi Suami IsteriPernah tak dengar ayat jangan terlalu benci dengan seseorang takut nanti jadi sayang pula Tipulah kalau tak ada yang pernah alami situasi atau perasaan macam ni Shahrul Izham berko...
Berlaku Pendarahan Abby Abadi Terpaksa Dibedah Suami Mohon Doa Isteri Amp Bayi Selamat

Berlaku Pendarahan Abby Abadi Terpaksa Dibedah Suami Mohon Doa Isteri Amp Bayi Selamat

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 517 hits
Setelah beberapa kali mengalami keguguran pelakon Gerak Khas Abby Abadi disahkan hamil sekali lag Namun menerusi perkhabaran di IG suami selebriti memaklumkan masalah kesihatan isterinya Sebelum ini Abby telah dimasukkan ke hospital kerana ...
Amaran Jangan Bawa Kenderaan Ketika Sedang Bergaduh Suami Isteri

Amaran Jangan Bawa Kenderaan Ketika Sedang Bergaduh Suami Isteri

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 419 hits
Ada masanya semua nampak bahagia tapi tidak dinafikan ada masa pertengkaran pasti berlaku Dan sebaiknya jika sedang bertengkar sesama suami isteri janganlah memandu kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah nyawa orang lain ju...
Khasiat Vitamin E Untuk Suami Isteri

Khasiat Vitamin E Untuk Suami Isteri

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 300 hits
Tahukah anda bahawa Vitamin E adalah vitamin kegemaran ramai orang Dan adakah anda tahu tentang khasiat vitamin E untuk suami isteri Walau pun ia sinonim dengan vitamin untuk kecantikan kulit yang bebas dari kesan cela parut jerawat namun k...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future