7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan
7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan SPM Sementara Menanti Keputusan
Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai lepasan SPM berdepan dengan tempoh menunggu keputusan yang agak lama. Jika tidak dirancang dengan baik, masa ini boleh berlalu begitu sahaja. Hakikatnya, tempoh ini sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti berfaedah yang mampu memberi kelebihan pada masa depan.
Berikut kami kongsikan 7 aktiviti berfaedah untuk lepasan SPM sementara menanti keputusan yang boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.
Mengikuti Kursus Online atau Kelas Jangka Pendek Lepasan SPM boleh mengambil peluang untuk mengikuti kursus online seperti kemahiran komputer, Canva, komunikasi Bahasa Inggeris atau asas coding. Banyak kursus percuma dan berbayar yang boleh diikuti dari rumah. Disamping dapat menambah ilmu dapat juga mengelakkan diri dari membuat aktiviti yang merugikan. Mencari Kerja Part-Time Kerja sambilan seperti di kedai makan, pasar raya atau kafe bukan sahaja memberi pendapatan, malah melatih disiplin, keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
Mempelajari Kemahiran Digital
Antara kemahiran digital yang popular ialah design grafik, suntingan video dan penulisan kandungan. Kemahiran ini sangat berguna dan boleh menjadi sumber pendapatan pada masa hadapan.
Menyertai Aktiviti Sukarelawan Aktiviti sukarelawan di masjid, NGO atau komuniti setempat membantu membentuk sahsiah diri, empati dan tanggungjawab sosial. Ia juga memberi nilai tambah dalam resume.
Meneroka Minat dan Hala Tuju Kerjaya Gunakan masa ini untuk mengenal pasti minat sebenar, membaca tentang kursus universiti, menonton video kerjaya dan membuat perancangan masa depan dengan lebih jelas dan menetapkan hala tuju kerjaya yang diminati.
Mengambil lesen kenderaan.Masa yang terluang lebih baik kalian mengambil lesen memandu agar memudahkan urusan di masa akan datang. Proses belajar memandu memerlukan masa yang lama. Jika dah mula belajar di unuversiti nanti sukar untuk kalian dapat peluang masa yang sesuai untuk pergi belajar dan test lesen
Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental Lakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berjalan kaki, berbasikal dan berehat secukupnya. Kesihatan mental juga penting bagi mengurangkan tekanan sementara menunggu keputusan.
Kesimpulannya, tempoh menanti keputusan SPM bukan alasan untuk membuang masa. Dengan perancangan yang baik, lepasan SPM boleh memanfaatkan masa ini untuk membina kemahiran, pengalaman dan keyakinan diri sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2025/12/7-aktiviti-berfaedah-untuk-lepasan-spm.html