Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai


Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai  | Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes. Penyakit pembunuh nombor satu di negara kita. Penghidap diabetes mesti mengamalkan pemakanan yang dibolehkan dan hendaklah mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

Kita cerita sikit tentang diabetes atau kencing manis..

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan. Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Penghidap kencing manis juga amat sensitif apabila terkena luka kerana kuman cepat merebak melalui luka yang terdedah tersebut. Jadi, mereka memang harus berhati-hati jika terluka. Kena mendapatkan rawatan dengan segera.

Untuk info, tanda-tanda orang yang diserang diabetes adalah kerap kencing, selalu dahaga yang luar biasa dan berat badan turun dengan mendadak. Tidur malam yang terganggu. Kulit kelihatan kering. Selain itu, penglihatan menjadi kabur dan rasa kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa letih, cepat marah. Bagi wanita... gatal di bahagian kemaluan.So, sekiranya anda ada tanda-tanda yang disebutkan, segeralah buat pemeriksaan kesihatan anda.

Jenis-jenis Diabetes
Diabetes terbahagi kepada jenis 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer) kerana penyakit ini boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang SesuaiMakanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap diabetes
1. Buah-buahan seperti mangga, anggur, betik, aprikot, buah tembikai, nenas dan pisang.

2. Semua jenis makanan / minuman manis dan mengandungi gula yang tinggi seperti semua jenis gula, kuih muih, biskut manis, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman alkohol.

Makanan Yang Baik Untuk Penghidap DiabetesMakanan bagi pesakit diabetes perlulah seimbang, berzat dan asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai
1. Buahan seperti Epal, limau barli, buah pir, buah peach, buah ceri, buah limau, lemon, buah kiwi dan semua jenis buah-buahan berri seperti Cranberi, Raspberi, Bluberi. Berbagai macam berri mengandung anti-oksidan yang sangat baik. Selain itu, berri mengandung serat, rendah karbohidrat, dan berbagai vitamin. Mengambil tiga suku cawan buah beri cukup untuk memenuhi keperluan menu harian anda.

2. Semua jenis makanan yang berkhasiat seperti:
(a) Semua jenis sayuran kecuali ubi – sawi, kangkung, bayam, kobis, buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan segala jenis sayur yang lain.
(b) Semua cecair & minuman tanpa gula – sup air, air kosong, teh & kopi-o tanpa gula, teh cina, air limau, air barli tanpa gula.
(c) Perasa & perencah – cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan lain-lain.
(d) Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala & perut. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut & organ dalaman.

3. Beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.

4. Sayur dan ulaman - Seperti taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai/kelo.

5. Minyak & lemak - Seperti minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.

Koleksi Resepi Bagi Penghidap Kencing Manis
Rangkuman koleksi resepi berikut saya ambil daripada pelbagai majalah, facebook dan juga buku-buku kesihatan serta blog masakan.

1. Jus Tembikai Buah Naga (istimewa untuk pesakit Diabetes) Istimewa resepi air minuman untuk pesakit diabetes ini saya kongsikan dari blog Mutiara Kehidupan

Jus Tembikai untuk Pesakit Diabetes
Bahan-bahan:
150g tembikai dipotong kecil
150g buah naga dipotong kecil
100 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan
Nilai gizi per hidangan:Tenaga: 125 kkcalProtien : 0.9 gramLemak : 0.9 gramKarbohidrat : 10.3 gramSerat : 1.4 gram

2. Jus Pisang Lemon (istimewa untuk pesakit Diabetes)
Bahan-bahan:
100g pisang ambun dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
150 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan
Nilai gizi per hidangan:Tenaga: 120 kkcalProtien : 1.5 gramLemak : 0.2 gramKarbohidrat : 31.2 gramSerat : 0.7 gram
Resepi seterusnya merupakan hidangan harian yang saya ambil dari blog Maklongs kitchen. Mungkin anda juga boleh melakukannya dalam merawat pesakit diabetes. 
3. Nasi Tiruan Daripada Bunga Kobis
Bahan-bahannya:
Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)kelapa parut (setengah biji )Air mendidih1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)secubit garamlada putih
Cara-caranya:

1. Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya. 
2. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. 
3. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. 
4. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.

5. Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu

4. Contoh Menu Harian Untuk Pesakit Diabetes
Idea menu harian untuk pesakit diabetes daripada blog mom station.
Sarapan Pagi:1 cawan nasi / mee / bihun / 3 keping roti / 1 keping capati.
1 biji telur / 1 keping daging.
Teh / kopi + 2 sudu paras susu tepung
Minum Pagi:2 keping kuih tanpa gula
Makan Tengahari:1 cawan nasi.1 ikan (sederhana) / 1 ketul ayam / 1 daging.
1 ½ cawan sayur
1 biji limau / tembikai / betik / nanas

Makan Malam:½ cawan nasi / mee / bihun / kue teow.1 ikan / ayam / daging (masak sup).1 cawan sayur
1 potong buah

** boleh juga ambil 1 cawan oat & segelas susu segar jika tak makan nasi waktu malam


5. Murtabak Telur Campur Sayur 
(Resepi oleh Mutiara Kehidupan).


Bahan-bahan:

100g daging lembu tanpa lemak, dicincang dan ditumis
4 bji telur itik
50g daun bayam, hiris halus
1 batang daun bawang dihiris halus
1 biji bawang bombay, hiris nipis
20 keping kulit popiah
Minyak secukupnya
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk pala
1 sudu garam

Cara Membuat:

1. Campur daging lembu cincang yang sudah ditumis dengan semua bahan lain. Kacau rata.
2. Ambil sekeping kulit popiah , isi adunan telur secukupnya. Lipat semua sisinya sehingga berbentuk segiempat (atau ikut citarasa).
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning kecoklatan. Ketika membalik-balikkan,tusuk-tusuk murtabak menggunakan garfu.
4. Angkat dan toskan

Tip/Nota:Murtabak ini boleh dimakan oleh pesakit diabetes mellitus yang kolesterolnya normal dan tiada obesiti. Selain digoreng, murtabak ini juga boleh dikukus.

Selamat mencuba. Semoga rangkuman info tentang diabetes atau kencing manis dan menu harian yang sesuai ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 
Seeloknya rujuk kepada mereka yang pakar sebelum melakukan sesuatu diet pemakanan kepada penghidap kencing manis
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/10/info-tentang-diabetes-dan-menu-makanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Menu Olahan Sardin Ni Sungguh Sedap Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

2 Menu Olahan Sardin Ni Sungguh Sedap Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 630 hits
Berita baik untuk penggemar ikan sardin tin Asyik bosan dengan menu sardin tumis gulai dan goreng kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru ala ala fusion kononnya Tapi admin yakin ramai yang suka tak caya cuba ya IKAN SARDIN PERC...
5 Resipi Seafood Ini Sesuai Untuk Menu Shellout Yang Meriah Sedap

5 Resipi Seafood Ini Sesuai Untuk Menu Shellout Yang Meriah Sedap

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 638 hits
Korang tahu tak sea food antara lauk pauk yang sedap dan paling senang nak masak campak campak dalam kuali kemudian kacau kacau dah siap Sesuai sangat kalau korang jenis yang sentiasa sibuk dan ahli keluarga gemar makan sea food Oleh itu RA...
Talas Bisa Jadi Alternatif Makanan Sehat Bagi Penderita Diabetes

Talas Bisa Jadi Alternatif Makanan Sehat Bagi Penderita Diabetes

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 197 hits
Talas menjadi istimewa karena indeks glikemiknya yang rendah yakni di bawah 55 Artinya talas baik untuk dikonsumsi bagi penderita diabetes ucap pakar gizi Institut Pertanian Bogor Prof Ir Ahmad Sulaeman
Senarai 13 Makanan Jimat Dan Murah Selain Maggi

Senarai 13 Makanan Jimat Dan Murah Selain Maggi

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 486 hits
Bagi pelajar kolej dan universiti mahupun bujang yang selalu pokai di sini admin ingin berkongsi tips iaitu senarai 5 makanan yang jimat dan murah selain maggi Sebolehnya jauhilah maggi kerana ianya tidak bagus untuk kesihatan dalam jangka ...
5 Makanan Khas Yang Wajib Dicoba Di Kota Malang

5 Makanan Khas Yang Wajib Dicoba Di Kota Malang

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 192 hits
5 Makanan khas yang wajib dicoba di Malang antara lain bakso dan orem orem
Makanan Makanan Penyebab Kanser

Makanan Makanan Penyebab Kanser

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 494 hits
Makan makanan ringan adalah faktor risiko utama untuk kanser walaupun ia sememangnya tidak dinafikan sedap apabila dimakan namun ingatlah dalam jangka panjang ia dapat merosakkan kesihatan anda secara serius dalam banyak cara Tetapi ada jug...
Chef Arnold Omeli Pengguna Twitter Yang Minta Resep Makanan Warganet Jangan Julid

Chef Arnold Omeli Pengguna Twitter Yang Minta Resep Makanan Warganet Jangan Julid

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 314 hits
Julidnya Chef Arnold tersebut semata mata cuma mau bikin mental warganet kuat kok Hmm udah kayak Masterchef aja nih
Teknik Heimlich Manuver Panduan Jika Tercekik Makanan

Teknik Heimlich Manuver Panduan Jika Tercekik Makanan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 767 hits
Apabila seorang kanak kanak sedang tersedak atau tercekik ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea menyebabkan gangguan dalam aliran udara ke paru paru membuatkan kanak kanak itu tidak boleh bernafas den...
3 Jenis Makanan Dalam Neraka

3 Jenis Makanan Dalam Neraka

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 242 hits
Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati Jika baik amal seorang manusia itu dengan rahmat Allah dia akan masuk ke syurga dan jika buruk am...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik