Teknik Heimlich Manuver Panduan Jika Tercekik Makanan


Apabila seorang kanak-kanak sedang tersedak atau tercekik, ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea (laluan pernafasan), menyebabkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru, membuatkan kanak-kanak itu tidak boleh bernafas dengan lancar.


Trakea adalah sebahagian organ pernafasan yang dilindungi satu injap, yang dinamakan Epiglottis. Laluan di bahagian tekak itu dikongsi dengan bahagian esofagus, iaitu laluan bagi makanan dan minuman ke bahagian perut.

Epiglottis memainkan peranan penting sebagai 'penutup' yang membenarkan makanan dan minuman melalui Esofagus tanpa memasuki bahagian trakea.

Bagaimanapun, timbul situasi dimana bahagian Epiglottis ini tidak 'tertutup' dengan cepat (ketika kanak-kanak sedang menelan) yang menyebabkan objek atau makanan memasuki laluan trakea.

Kebiasaannya, makanan atau objek yang menutupi sebahagian laluan trakea itu mampu dikeluarkan apabila anak itu batuk dan pernafasan mereka akan kembali normal.

JIKA SITUASI LEBIH CEMAS

Kadangkala, timbul juga situasi di mana makanan atau objek tersekat di bahagian trakea yang menghalang pernafasan anak.

Laluan udara ke paru-paru yang tersekat akan menyebabkan otak kekurangan oksigen dan ini boleh menyebabkan kematian. Situasi ini serius dan perlu diberi perhatian penuh.

Tanda kanak-kanak sedang tercekik, dan perlu bantuan serta merta:
Tidak boleh bercakap dan menangis.Muka menjadi biru.Memegang tekak dan minta bantuan.Kelihatan panik.Tidak sedarkan diri.
Dalam situasi ini, anda boleh menekan perut, juga dikenali sebagai Manuver Heimlich. Ia adalah prosedur standard menyelamat jika anda sudah dilatih.

TEKAN PERUT (Heimlich Manuver)

Jika anda mempunyai anak, anda digalakkan untuk mengambil latihan dalam bantuan pernafasan (CPR) dan teknik menekan perut (Manuver Heimlich).

Kepada yang tidak mempunyai anak turut digalakkan kerana mungkin pengetahuan dan latihan ini boleh membantu menyelamatkan sesiapa dalam situasi yang mencemaskan.

Teknik menekan perut adalah dimana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.

Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhat-hati terutamanya ke atas kanak-kanak kecil.

Terdapat juga teknik khas dalam menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.

Oleh kerana itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih.

Mereka yang tercekik boleh dilihat melalui tanda:
Sesak nafas secara tiba-tiba dan bunyi nafas seolah bersiul (ada kesekatan berlaku).Spontan menggenggam kerongkong.Kawasan bibir kebiruan tanda kekurangan oksigen.Mereka kelihatan cuba bernafas dengan cepat.Pengsan.Berhenti bernafas.Tersedak tiba-tiba.Batuk dan cuba batuk lebih kuat.
Jika anak/mangsa tercekik:
Kenalkan diri dan tanya jika perlukan bantuan.Minta mangsa untuk batuk dengan kuat.Kalau tak keluar, cuba tepuk belakang mangsa.Minta bantuan jika keadaan tidak terkawal.Buka mulut anak atau minta mangsa membuka mulut bagi melihat lokasi objek yang menyekat.Jika objek JELAS kelihatan, keluarkan dengang menggunakan jari kelingking, jika tidak, JANGAN jolok jari kedalam tekak (dibimbangi akan menyebabkan objek menyebabkam kesekatan yang mudarat).Tepuk belakang mangsa (antara tulang belikat) dengan menggunakan tapak tangan dan kepala mangsa menunduk kebawah.JANGAN mendongakkan kepala mangsa.
Jika tercekik tidak dapat diberikan bantuan segera, beberapa komplikasi boleh berlaku antaranya radang di paru-paru, kerosakan otak kerana kekurangan oksigen ke otak dan kematian.

APA ANDA BOLEH BUAT?


Ini bergantung kepada beberapa jenis situasi.

Kanak-kanak masih boleh bernafas:
Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.
Apa yang anda perlu lakukan jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?

Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.

Tidak sedar dan tidak bernafas:
Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.Teruskan dengan teknik CPR jika anda atau sesiapa sudah dilatih.
Bagi bayi yang berumur di bawah 1 tahun dan dalam keadaan sedar:
Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan paha.Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jadi di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.Lakukan teknik CPR, jika perlu.
BILA ANDA PERLU BAWA ANAK KE KECEMASAN?

Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.

Selain itu, anda harus untuk bawa ke hospital jika:
Batuk yang berterusan, susah untuk bernafas dan menelan.Kanak-kanak mula menjadi biru; tidak sedarkan diri, walaupun kelihatan seperti sudah pulih.Jika anda berasa kanak-kanak itu menelan objek yang bahaya seperti mainan atau bateri.
LANGKAH PENCEGAHAN

Semua kanak-kanak mempunyai risiko untuk tersedak dan tercekik, terutamanya anak yang berumur di bawah 3 tahun.

Anda boleh mengurangkan risiko ini dengan:
Elakkan memberi makanan yang berisiko (seperti buah anggur, kismis, gula-gula, kacang) - makanan yang mempunyai saiz dan bentuk sama dengan laluan pernafasan kanak-kanak.Ketika makan, berikan kanak-kanak makanan dalam kuantiti sedikit, mudah dikunyah. Ini bermaksud kita perlu memotong makanan itu kepada saiz yang kecil. Kanak-kanak juga perlu diajar untuk duduk ketika makan dan tidak bercakap atau ketawa ketika makanan di dalam mulut.Mainan dan barang rumah juga boleh menjadi merbahaya terutamanya duit syiling, manik, mainan yang kecil, dan lain-lain. Pastikan barangan seperti ini tidak berada di kawasan anak sedang berada.Pilih mainan yang sesuai untuk umur kanak-kanak. Pastikan mainan itu menepati cadangan umur dari pihak pengeluar kerana beberapa mainan mungkin terlalu kecil. Sebarang mainan atau objek yang lebih kecil dari saiz bola golf berpotensi menyebabkan kakank-kanak tersedak atau tercekik.
Tonton video dibawah.

BACA INI JUGA:
Inilah Sebabnya Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Diberikan MakananPanduan Penting Jika Bayi Tersedak Atau Tercekik Ibu Bapa Wajib Tahu






-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/10/teknik-heimlich-manuver.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Anak Nak Elak Tercekik Tersedak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 481 hits
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak anak makan Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak anak Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka Bila anak dah boleh makan itu...
Senarai 13 Makanan Jimat Dan Murah Selain Maggi

Senarai 13 Makanan Jimat Dan Murah Selain Maggi

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 481 hits
Bagi pelajar kolej dan universiti mahupun bujang yang selalu pokai di sini admin ingin berkongsi tips iaitu senarai 5 makanan yang jimat dan murah selain maggi Sebolehnya jauhilah maggi kerana ianya tidak bagus untuk kesihatan dalam jangka ...
Chef Arnold Omeli Pengguna Twitter Yang Minta Resep Makanan Warganet Jangan Julid

Chef Arnold Omeli Pengguna Twitter Yang Minta Resep Makanan Warganet Jangan Julid

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 308 hits
Julidnya Chef Arnold tersebut semata mata cuma mau bikin mental warganet kuat kok Hmm udah kayak Masterchef aja nih
5 Makanan Yang Bisa Membuat Ingusmu Jadi Meluber

5 Makanan Yang Bisa Membuat Ingusmu Jadi Meluber

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 179 hits
Produksi ingus yang terlalu banyak ini bisa disebabkan karena paparan iritan seperti bakteri virus dan polutan Walau begitu meningkatnya produksi ingus ini juga bisa disebabkan oleh makanan
Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 581 hits
Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes Penyakit pembunuh nombor satu di negara kita Penghidap diabetes mesti mengamalkan pemakanan yang dibolehkan dan hendaklah mengelak daripada meng...
5 Makanan Khas Yang Wajib Dicoba Di Kota Malang

5 Makanan Khas Yang Wajib Dicoba Di Kota Malang

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 187 hits
5 Makanan khas yang wajib dicoba di Malang antara lain bakso dan orem orem
Makanan Makanan Penyebab Kanser

Makanan Makanan Penyebab Kanser

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 488 hits
Makan makanan ringan adalah faktor risiko utama untuk kanser walaupun ia sememangnya tidak dinafikan sedap apabila dimakan namun ingatlah dalam jangka panjang ia dapat merosakkan kesihatan anda secara serius dalam banyak cara Tetapi ada jug...
Talas Bisa Jadi Alternatif Makanan Sehat Bagi Penderita Diabetes

Talas Bisa Jadi Alternatif Makanan Sehat Bagi Penderita Diabetes

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 196 hits
Talas menjadi istimewa karena indeks glikemiknya yang rendah yakni di bawah 55 Artinya talas baik untuk dikonsumsi bagi penderita diabetes ucap pakar gizi Institut Pertanian Bogor Prof Ir Ahmad Sulaeman
11 Makanan Sihat Untuk Jantung Yang Penting Untuk Anda Amalkan

11 Makanan Sihat Untuk Jantung Yang Penting Untuk Anda Amalkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 433 hits
Penyakit jantung sangat tidak asing lagi terkenal sebagai pembunuh nombor satu masyarakat dunia termasuk Malaysia Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada statistiknya Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malay...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri