Iktibar Pembatalan Darurat Tanpa Perkenan Ydpa



Iktibar pembatalan darurat tanpa perkenan YDPA. Enam Ordinan Darurat yang diumumkan secara terperanjat pada 26 Julai, hari pertama Parlimen bersidang sejak darurat sekarang telah menjadi drama yang berpanjangan sehingga Isnin, 1 Ogos.
Terlebih dahulu saya menyambut baik keputusan kerajaan membatalkan Ordinan-ordinan Darurat ini termasuk Ordinan Darurat No 5 yang membawa kompaun RM10,000 dan RM50,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) serta Darurat No 2 yang membawa hukuman maksimum penjara enam tahun dan denda RM50,000 untuk kesalahan berkaitan berita palsu.
Tanpa pembatalan oleh kerajaan atau pengungkaian oleh Parlimen, mengikut Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan, ordinan-ordinan ini akan terus berkuat kuasa selama enam bulan selepas tamatnya darurat iaitu sehingga 1 Februari 2020.
Pembatalan atau pengungkaian ini penting kerana ordinan-ordinan itu dibuat semasa Parlimen tidak bersidang.
Kerana undang-undang dibuat tanpa mengikut lunas demokrasi, maka mereka bukan sahaja mesti dibentang di Parlimen apabila ia bersidang semula, malah Perkara 150(3) memberikan Parlimen kuasa untuk sama ada menerima atau mengungkaikannya kecuali ia terlebih dahulu dibatalkan oleh kerajaan.
Nyata sekali, kerajaan memilih pembatalan oleh dirinya daripada pengungkaian oleh Parlimen untuk mengelak sebarang pengundian di Parlimen.
Pengungkaian Ordinan Darurat lebih bersifat teknikal dan tidak boleh dilihat sebagai gantian undi tidak percaya.
Akan tetapi jika Parlimen turut mengungkaikan Proklamasi Darurat di bawah kuasa 150(3), maka ia bermakna darurat itu dinafikan keabsahannya oleh Parlimen.
Kalau kerajaan menolak pengungkaian Proklamasi Darurat tetapi gagal, maka kekalahan itu boleh ditakrifkan sebagai kerajaan telah kehilangan majoriti. Sekurang-kurangnya kerajaan akan tertekan untuk mengemukakan usul percaya kepada dirinya.
Tidak hairanlah jika kabinet benar-benar telah memutuskan pembatalan ordinan-ordinan itu pada mesyuarat 21 Julai.
Dua persoalan penting dari segi prosedur. Mengapa ia tidak diumumkan minggu lalu? Lebih penting lagi, apakah pembatalan itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong sunggh pun itu cuma formaliti dalam monarki berparlimen?
Terdapat juga soalan yang lebih substantif – bilakah tarikh berkuat kuasa pembatalannya? Apakah implikasi-implikasi jika ordinan-ordinan itu terbatal sementara darurat masih berkuat kuasa iaitu dari 21 Julai hingga 1 Ogos kalau kenyataan menteri tidak berubah?
Apakah kompaun yang telah dikeluarkan pihak berkuasa mesti dibatalkan? Adakah ia menyulitkan sebarang perbelanjaan kerajaan atau operasi mengambil alih sumber swasta untuk melawan wabak?
Paling dramatik, Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah pun habis tempohnya pada 6 Jun tetapi telah ditangguhkan kepada 1 Ogos semata-mata kerana Ordinan Darurat No 1.
Kini dengan terbatalnya Ordinan Darurat itu, DUN pun terbubar pada 21 Julai dan pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 19 September.
Nyata sekali, drama-drama itu dapat dielakkan jika kabinet tidak cuba berpandai-pandai memerangkap pembangkang dalam persidangan Parlimen, sebaliknya duduk berbincang dengan pembangkang untuk memanfaatkan persidangan tersebut.
Cabaran lebih besar untuk kerajaan pada sidang akan datang iaitu 2 hingga 23 September. Jika titah Yang di-Pertuan Agong disediakan oleh kerajaan dan mewakili kerajaan – bukan pandangan peribadi Seri Paduka – ditolak, maka ia sama kesannya dengan undi tidak percaya. Tiada speaker yang boleh menghalang ahli Parlimen mengundi.
Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Drama kali ini memberi iktibar kepada kerajaan untuk merendah diri, lantas berunding dengan pembangkang untuk menyediakan kandungan titah Yang di-Pertuan Agong yang mewakili aspirasi kebanyakan rakyat dan bukan penyokong kerajaan semata-mata.
Jangan terseliuh kerana berlari,
Jangan bermain dalam ombak,
Kerajaan harus merendah diri,
Bersama pembangkang mengatasi wabak.
*Prof Wong Chin Huat ([email protected]) ialah seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.
 
Baca Artikel Menarik :
Bina Hospital Di Lapangan Terbang Usul rujuk Takiyuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diteliti Polis tak akan biar wartawan bunuh diri, ceroboh MAEPS – Arjunaidi SOP ‘ke laut’, PPV KL dibanjiri ratusan warga asing cetus kerisauan Paras antibodi vaksin Pfizer, AstraZeneca menurun selepas 2-3 bulan Batal ordinan darurat ‘senyap-senyap,’ perundangan negara dalam kedudukan cacamarba, kata Zahid Layari Laman Facebook MYKMU
Istana Negara Kecewa dengan Kenyataan Kerajaan Di Dewan Rakyat

 
The post Iktibar pembatalan darurat tanpa perkenan YDPA appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/29/iktibar-pembatalan-darurat-tanpa-perkenan-ydpa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 227 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9371 KOS PENGURUSAN VAKSIN MELAMBUNG SIAPA KAUT UNTUNG 2 PONTENG SESI PARLIMEN ITU POLITIK ISLAM KAH 3 PENJUALAN VAKSIN JENAYAH TERHADAP KEMANUSIAAN 4 AHLI PARLIMEN DILARANG BUAT KERJA TAMBAHAN
Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 304 hits
Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Has...
Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 354 hits
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin PETALING JAYA Walaupun diasak berkali kali oleh pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ...
Penggumuman Tidak Sambung Darurat Tanpa Perkenan Agong Satu Penghinaan

Penggumuman Tidak Sambung Darurat Tanpa Perkenan Agong Satu Penghinaan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hasan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebagai satu penghinaa...
Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 295 hits
Jawab Isnin depan Pembangkang asak Takiyuddin soal ordinan daruratSebagai rakyat dan warganegara kita tentunya ada hak untuk berasa malu dengan kerajaan dan perangai pemimpin PN yang ada sekarang berhubung isu pembatalan proklamasi darurat ...
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 258 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 262 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 381 hits
Dewan Rakyat sesi pagi digemparkan dengan pembacaan kenyataan daripada Yang di Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S...
Pembatalan Ordinan Darurat Macam Buat Di Pasar Malam Anwar

Pembatalan Ordinan Darurat Macam Buat Di Pasar Malam Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 261 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam kerajaan yang menurutnya tidak mengikut prosedur dalam pembatalan semua peraturan ordinan darurat Anwar berkata peraturan ordinan tersebut diisytiharkan melalui Yang di Pertuan Agong dan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin