Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin


 
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin.PETALING JAYA: Walaupun diasak berkali-kali oleh pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada keputusan kerajaan menarik balik semua Ordinan Darurat pada 21 Julai.
Sebaliknya Takiyuddin berkata, beliau akan hanya mengupas isu itu pada Isnin.
Penjelasan Takiyuddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati pembangkang, termasuk Gobind Singh (PH-Puchong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mendesak ia dijelaskan hari ini.
Takiyuddin tidak perlu membuat penjelasan secara terperinci hari ini, kata Anwar, sebaliknya hanya perlu mengesahkan sama ada keputusan kerajaan pada 21 Julai untuk tidak meneruskan darurat dan ordinan darurat telah diperkenan Agong dan diwartakan atau belum.
“Semalam menteri kata batal. Kalau belum (diperkenan Agong dan diwartakan), cakap belum. Jangan nak dolak dalik,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Anwar berkata, jika isu keabsahan penarikan balik Ordinan Darurat itu tidak dijawab segera, ia akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan sama sekali terhadap kepimpinan negara.
Takiyuddin tetap enggan memberi jawapan langsung yang dituntut Anwar dan Ahli Parlimen pembangkang lain, sebaliknya menegaskan bahawa penerangan penuh akan diberikan pada Isnin.
“Saya nak menarik perhatian YB dan Dewan Rakyat bahawa semalam Speaker telah membuat satu ketetapan. Dia sebut menteri undang-undang beri penjelasan pada Isnin.
“Saya meminta, dengan rendah diri, untuk berlaku adil dengan keputusan dibuat Speaker untuk diberi peluang menjelaskan semua (isu) berkait pelaksaaan (Ordinan Darurat) Isnin ini. Ketetapan dibuat Speaker,” kata Takiyuddin pada hari kedua mesyuarat khas Dewan Rakyat.
Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) turut tidak berpuas hati dan meminta Takiyuddin menjelaskan perkara itu hari ini dengan mendakwa hasil semakan beliau berhubung pelaksanaan ordinan itu termasuk kompaun dikenakan dan digunakan pihak pendakwa raya ke atas pelanggar SOP masih mengguna pakai peraturan di bawah Ordinan Darurat selepas 21 Julai.
“Penasihat undang-undang negeri (Pulau Pinang) saya semak masih guna dan mereka masih belum dimaklumkan tentang penarikan balik Ordinan Darurat,” dakwa Rayer
Sementara itu, Timbalan Speaker Azalina Othman Said memaklumkan beliau tidak boleh mengubah keputusan dibuat oleh Speaker melainkan wakil pembangkang perlu memohon supaya isu terbabit dijelaskan lebih awal berbanding Isnin.
Beliau juga turut menegur keengganan wakil pembangkang membenarkannya membuat penjelasan dan ketetapan dengan membuat kecoh di Dewan Rakyat.
“Bagi saya peluang untuk buat kerja saya, beri saya bercakap pula, kalau YB (pembangkang) nak bercakap tak ada guna saya jadi Timbalan Speaker. Speaker sudah buat ‘ruling’, penerangan dibuat Isnin ini, kalau YB ( pembangkang) tak puas hati, boleh pergi jumpa Speaker bincang, atau nanti jam 11 Speaker masuk boleh tanya,” katanya.
Semalam Takiyuddin memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.
Katanya, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.
“Kerajaan sudah menarik balik semua Ordinan Darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” kata Takiyuddin pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam.
Isnin depan merupakan hari terakhir mesyuarat khas Dewan Rakyat ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/jangan-dolak-dalik-jawab-agong-perkenan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 280 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 295 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 351 hits
Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Has...
Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 301 hits
July 26 2021Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin perlu menjelaskan mengapa tiada pemakluman tentang pembatalan ordinan darurat seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan Ketua Pembangkang Da...
Batal Ordinan Darurat Amanah Gesa Polis Siasat Takiyuddin Dan Idrus Harun

Batal Ordinan Darurat Amanah Gesa Polis Siasat Takiyuddin Dan Idrus Harun

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 253 hits
July 29 2021 Biro Undang undang Amanah menggesa polis menyiasat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun Pengerusinya Zulqarnain Lukman berharap polis akan bertindak secara profesional terhadap mere...
Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 351 hits
Jawab Isnin depan Pembangkang asak Takiyuddin soal ordinan daruratSebagai rakyat dan warganegara kita tentunya ada hak untuk berasa malu dengan kerajaan dan perangai pemimpin PN yang ada sekarang berhubung isu pembatalan proklamasi darurat ...
Ordinan Darurat Takiyuddin Kata Sudah Batal Annuar Kata Dalam Proses

Ordinan Darurat Takiyuddin Kata Sudah Batal Annuar Kata Dalam Proses

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 406 hits
Malaysiakini Timbul lagi kekeliruan berhubung status ordinan ordinan darurat susulan dakwaan yang dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu Dewan Rakyat semalam yang ord...
Cara Takiyuddin Jawab Macam Tak Ada Perkenan Agong

Cara Takiyuddin Jawab Macam Tak Ada Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 243 hits
Cara Takiyuddin jawab macam tak ada perkenan Agong kata Anwar Anwar Ibrahim berkata melihat kepada cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menjawab isu pembatalan ordinan darurat pembangkang sangat yakin langkah tersebut b...
Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 416 hits
Dewan Rakyat sesi pagi digemparkan dengan pembacaan kenyataan daripada Yang di Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks