Penebusan Gcr Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
Penebusan GCR atau Gantian Cuti Rehat adalah kemudahan penting bagi penjawat awam Persekutuan yang membolehkan baki cuti rehat yang tidak diambil dikumpul dan ditebus sebagai ganjaran wang tunai, sama ada semasa persaraan atau secara awal sebanyak 90 hari semasa masih berkhidmat. Untuk semakan lanjut, layari portal rasmi JPA, https://award-gcr.jpa.gov.my/
Selepas penebusan awal 90 hari, baki GCR yang terkumpul sehingga maksimum 180 hari akan digunakan untuk pengiraan Award Wang Tunai GCR semasa persaraan.
Rujuk info penuh mengenai penebusan GCR dan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah.
Maksud Cuti Rehat
Sebelum itu, mari ketahui apa maksud cuti rehat dan tafsirannya mengikut JPA.
Cuti rehat adalah cuti bergaji penuh yang diberikan kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari sehingga Disember dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Perkhidmatan yang melayakkan adalah perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai yang terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat, cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.
Apa Itu GCR & Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat?
GCR atau Gantian Cuti Rehat pula adalah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi penjawat awam Persekutuan yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat mereka disebabkan kepentingan perkhidmatan.
GCR ini dikumpul setiap tahun dan boleh ditebus sebagai ganjaran wang tunai, sama ada semasa persaraan atau secara awal sebanyak 90 hari sekali sahaja sepanjang perkhidmatan.

Bermula 2023, GCR dinaikkan kepada 180 hari dan penebusan awal dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.
Manakala, Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat merujuk kepada bayaran wang tunai yang diberikan kepada penjawat awam berdasarkan jumlah hari GCR yang dikumpul, sehingga maksimum 180 hari.
Pembayaran ini dibuat apabila pegawai tersebut bersara (sama ada bersara wajib atau bersara pilihan).
Bayaran ini dikira mengikut formula tertentu menggunakan gaji akhir dan imbuhan tetap, serta hanya layak ditebus jika syarat seperti tempoh perkhidmatan, umur, dan kelayakan lain dipenuhi.
Siapa yang Layak Kumpul & Dibayar GCR?
Kategori PegawaiStatus KelayakanPenjelasanLantikan Tetap (termasuk percubaan)LAYAKLayak dibayar GCR apabila bersara wajib atau pilihan.Lantikan Sementara (yang disahkan perkhidmatan)LAYAKLayak dibayar GCR apabila bersara wajib atau pilihan, di mana perkhidmatan sementara dihitung.Memilih Skim PencenLAYAKLayak dibayar Award Wang Tunai GCR.Memilih Skim KWSPLAYAKLayak dibayar Award Wang Tunai GCR (dikira mulai 1 November 2004).Bersara PilihanLAYAKLayak dibayar GCR berdasarkan baki terkumpul penuh.Meletak Jawatan (mengikut peraturan)LAYAKLayak dibayar Award Wang Tunai GCR. Ini termasuk situasi di mana pegawai berhenti sebelum mencapai umur persaraan tetapi mematuhi prosedur perletakan jawatan yang sah.Pegawai Kontrak (Contract of Service)LAYAKLayak dibayar GCR apabila tamat kontrak.Lantikan Sambilan/SangkutanTIDAK LAYAKLazimnya merujuk kepada perkhidmatan yang tidak diiktiraf sebagai perkhidmatan boleh dimasukkan kira (bukan faedah persaraan).Pegawai Yang Dibuang KerjaTIDAK LAYAKGCR ditarik balik sebagai hukuman tatatertib Buang Kerja.

Kelayakan Penebusan GCR
Bila Nak Kumpul GCR?
GCR dikumpul pada setiap tahun bergantung kepada kelayakan cuti rehat yang diberikan kepada penjawat awam pada tahun berkenaan.
Pengumpulan GCR hanya boleh dilakukan jika cuti rehat tidak diambil kerana kepentingan perkhidmatan, dan baki cuti tersebut dikira sebagai GCR pada hujung tahun.
Permohonan untuk penebusan awal GCR boleh dibuat dalam tempoh tertentu, contohnya pada tahun 2025, permohonan dibuka mulai 1 Mei hingga 30 September.
Pegawai yang layak boleh mengumpul GCR setiap tahun, tetapi jumlah maksimum yang boleh dikumpul sehingga 180 hari.

Penebusan GCR
Had Pengumpulan & Penebusan GCR
Berikut ialah kadar maksimum cuti rehat tahunan yang boleh dikira sebagai GCR pada tahun tersebut, bergantung kepada kelayakan cuti rehat tahunan pegawai.

Untuk kadar penebusan GCR pula, rujuk jadual dibawah:
PerkaraKadar Maksimum Pengumpulan Keseluruhan GCRDinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari (Berkuat kuasa 1 Januari 2023).Penebusan Awal GCRDibolehkan sehingga 90 hari GCR sebelum bersara (Tertakluk kepada syarat umur dan tempoh perkhidmatan).

Had Pengumpulan GCR
Syarat Penebusan GCR Awal
Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Syarat Permohonan
Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 180 hari.
Penebusan awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki GCR terkumpul sehingga maksimum 180 hari akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.
Tatacara Permohonan GCR

Tatacara Permohonan
Rujuk proses permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR (maksimum 90 hari) atau pengiraan GCR untuk tujuan persaraan di bawah:
Langkah 1: Rujukan Dasar (Pekeliling)
Pemohon (pegawai) dan Unit Sumber Manusia perlu merujuk kepada peraturan dan syarat rasmi yang terkini dalam Pekeliling Perkhidmatan Ceraian PP.1.3.4. Ceraian ini menggariskan syarat kelayakan, kaedah pengiraan, dan prosedur permohonan.
Langkah 2: Penyediaan Borang
Cetak dan isi borang Lampiran PP.1.3.4(B) dalam 2 salinan. Borang ini mengandungi maklumat peribadi, kelayakan, dan pengesahan cuti.
Langkah 3: Pengiraan GCR
Pengiraan jumlah hari GCR yang ingin ditebus atau disahkan (terhad kepada 180 hari atau 90 hari bagi penebusan awal) perlu dilakukan menggunakan kalkulator rasmi yang disediakan oleh Bahagian Pencen, JPA melalui laman web www.jpapencen.gov.my
Langkah 4: Pengesahan Sumber Manusia
Pegawai Sumber Manusia di peringkat Jabatan (Unit HR) akan menyemak dan mengesahkan ketepatan semua butiran dalam borang, terutamanya jumlah cuti rehat tahunan yang telah dikumpul dan status kelayakan pegawai (umur, tempoh perkhidmatan, dan tiada tatatertib).
Langkah 5: Perakuan Ketua Jabatan
Permohonan mesti disokong dan diperakui oleh Ketua Jabatan. Perakuan ini mengesahkan bahawa permohonan GCR adalah sah dan bahawa cuti rehat tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan.
Langkah 6: Penghantaran ke JPA
Setelah semua dokumen lengkap dan disokong, permohonan akan dihantar secara rasmi (melalui Kementerian/SUK) kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang merupakan pihak berkuasa yang meluluskan dan memproses pembayaran GCR.
Dokumen Diperlukan
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan:
1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
1 salinan kenyataan cuti
2 salinan penyata kiraan cuti
1 salinan kad pengenalan
1 salinan surat permohonan pesara/waris.
Cara Pengiraan Gantian Cuti Rehat
Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.
Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Berikut ialah formula pengiraan Pemberian Award Tunai GCR:

Formula
Rujuk contoh pengiraan GCR di bawah:

Contoh pengiraan

Contoh pengiraan
Bilakah Bayaran GCR Dibuat?
Pembayaran ‘award’ wang tunai akan dibuat:
pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
Perkara yang Menjejaskan Pengiraan GCR
Had pengumpulan GCR tidak dipatuhi.
Kenyataan Cuti & Kenyataan Perkhidmatan yang tidak lengkap (ada tarikh yang tidak jelas dan teratur).
Tidak menolak TP yang tidak melayakkan.
Kenyataan Cuti yang meragukan.
Kesilapan pemberian GCR di setiap hujung tahun.
Kenyataan Cuti & Kenyataan Perkhidmatan yang bertaip (isu tiada cop pengumpulan GCR & pengesahan PSM)
Kesilapan menentukan kelayakan Cuti Rehat

Perkara yang menjejaskan GCR
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini mengenai Penebusan dan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, sila rujuk/layari:
Portal rasmi My GOV
Portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke
[email protected].
Rujuk juga soalan-soalan lazim di bawah:

Muat turun juga bahan taklimat Gantian Cuti Rehat di bawah:
03-Slaid-Pengiraan-GCRDownload
Soalan Lazim Penebusan GCR
Apakah itu GCR? GCR (Gantian Cuti Rehat) adalah jumlah hari cuti rehat tahunan yang tidak dihabiskan kerana keperluan perkhidmatan, yang dibenarkan untuk dikumpul.
Berapa hari maksimum GCR boleh ditebus? Penjawat awam boleh mengumpul dan dibayar GCR sehingga maksimum 180 hari secara keseluruhan sepanjang perkhidmatan. Penebusan awal hanya dibenarkan sekali sahaja sehingga 90 hari, manakala baki selebihnya akan dibayar semasa persaraan.
Adakah penebusan awal GCR boleh dibuat lebih daripada sekali? Tidak. Pemberian awal Award Wang Tunai GCR hanya boleh diluluskan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan seorang pegawai. Sebab itu, pegawai digalakkan membuat pertimbangan teliti sebelum memohon.
Saya dalam Skim KWSP, adakah saya layak menebus GCR? Ya, pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak mengumpul dan menebus GCR selagi memenuhi semua syarat kelayakan seperti tempoh perkhidmatan, umur minimum dan jumlah GCR terkumpul.
Apa jadi kalau jumlah GCR saya kurang daripada 90 hari? Jika GCR terkumpul kurang daripada 90 hari, pegawai belum layak memohon penebusan awal. Walau bagaimanapun, hari GCR tersebut tetap dikekalkan dan akan diambil kira semasa pengiraan GCR ketika persaraan.
Apakah syarat utama untuk penebusan awal 90 hari? Pegawai mesti memenuhi tiga (3) syarat utama: 15 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira, mencapai umur sekurang-kurangnya 45 tahun, dan mempunyai GCR terkumpul sekurang-kurangnya 90 hari semasa permohonan.
Adakah pegawai yang letak jawatan layak dibayar GCR? Ya, pegawai yang meletak jawatan secara sah (bukan dibuang kerja) layak dibayar Award Wang Tunai GCR berdasarkan baki terkumpul mereka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/penebusan-gcr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penebusan-gcr