Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara



(FMT) – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.
Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada Isnin adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Tan Sri Idrus Harun, Peguam Negara semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan,” katanya.
Kenyataan itu menegaskan, Perkara 150 (2B) yang dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan Darurat terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
Istana Negara memaklumkan, baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, Agong menzahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan di atas pelaksanaan persidangan Parlimen yang bermula pada Isnin lalu dan sejajar dengan saranan Raja-raja Melayu dalam Perbincangan Khas diadakan pada 16 Jun lalu supaya Parlimen dapat diadakan sebelum tamatnya darurat.
Menurutnya, Agong menegaskan Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah dihadapi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/07/29/agong-tak-perkenan-kerajaan-batal-ordinan-darurat-kata-istana-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Ordinan Darurat Senyap Senyap Perundangan Negara Dalam Kedudukan Cacamarba Kata Zahid

Batal Ordinan Darurat Senyap Senyap Perundangan Negara Dalam Kedudukan Cacamarba Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 313 hits
Batal ordinan darurat senyap senyap perundangan negara dalam kedudukan cacamarba kata Zahid Tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin membatalkan ordinan darurat secara senyap senyap menyebabkan perundangan negara dalam kedudukan cacamarb...
Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 375 hits
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin PETALING JAYA Walaupun diasak berkali kali oleh pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ...
Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 343 hits
Jawab Isnin depan Pembangkang asak Takiyuddin soal ordinan daruratSebagai rakyat dan warganegara kita tentunya ada hak untuk berasa malu dengan kerajaan dan perangai pemimpin PN yang ada sekarang berhubung isu pembatalan proklamasi darurat ...
Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 347 hits
Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Has...
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 278 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Jk Bebas Darurat Melapor Kepada Agong Bukan Kerajaan Kata Ahli

Jk Bebas Darurat Melapor Kepada Agong Bukan Kerajaan Kata Ahli

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 290 hits
Menurut Loke kali terakhir jawatankuasa itu bermesyuarat adalah dua minggu lalu Setiausaha Organisasi DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook Gambar Bernama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke hari ini menegaskan Jawatankuasa ...
Batal Ordinan Darurat Sewenang Wenang Bukti Kerajaan Haprak

Batal Ordinan Darurat Sewenang Wenang Bukti Kerajaan Haprak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 298 hits
1 GERAK menggesa seluruh tumpuan mesti ke arah menggantikan kerajaan hari ini 2 Apa yang berlaku di Parlimen hari ini amat jelas memperlihatkan bukan sahaja kerajaan ini gagal tetapi terdesak dan sanggup melanggar tertib dan asas moral nega...
Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 297 hits
July 26 2021Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin perlu menjelaskan mengapa tiada pemakluman tentang pembatalan ordinan darurat seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan Ketua Pembangkang Da...
Kerajaan Putuskan Tidak Akan Nasihat Agong Sambung Darurat Enam Ordinan Di Batalkan

Kerajaan Putuskan Tidak Akan Nasihat Agong Sambung Darurat Enam Ordinan Di Batalkan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan juga memutuska...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi