Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir
Misi Bantuan Ai-Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir
Sepanjang hujung minggu yang lalu, ribuan pek bantuan diagihkan kepada keluarga yang terkesan akibat banjir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Inisiatif kebajikan yang dijalankan selama dua hari pada 5 dan 6 Disember itu merupakan sebahagian daripada misi bantuan banjir Ai-CARE yang disokong oleh Ai-CHA, jenama minuman dari Indonesia yang sedang berkembang pesat dan terkenal dengan aiskrim serta teh berkualiti pada harga mampu milik, melalui pasukan mereka di Malaysia.
Lebih 6,000 pek bantuan dengan anggaran nilai RM100,000 yang mengandungi mi segera, uncang teh dan baucar tunai Ai-CHA diedarkan ke 12 lokasi termasuk sekolah, rumah kebajikan, masjid dan pusat komuniti.
Antara penerima sumbangan termasuk SK Kampung Bahagia, SK Sultan Abdul Aziz, Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Masjid Zahir, Masjid Al-Bukhari, Rumah Teduh Perlis, Superkids Care Centre serta beberapa institusi komuniti tempatan yang lain.

Misi banjir ini bukan sekadar untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan, malah turut menjadi platform untuk Ai-CHA menghulurkan bantuan kepada pengusaha-pengusaha cawangan yang turut dilanda bah.
Syarikat tersebut berkata sekurang-kurangnya lima cawangan di utara melaporkan pelbagai tahap kerosakan.
Oleh yang demikian, pihak ibu pejabat memutuskan untuk menyumbang bekalan asas bernilai lebih RM13,000 untuk semua 92 cawangan di negeri-negeri terlibat serta baucar tunai sebanyak RM15,000 untuk lima cawangan yang mengalami kerosakan akibat banjir bagi membantu pengusaha membuka premis mereka semula, selain RM5,000 untuk kos logistik dan RM10,000 bagi kakitangan yang turut terkena tempias banjir sepanjang tempoh tersebut.
Bagi membantu pengusaha-pengusaha kembali bangkit daripada musibah banjir dan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menikmati semula minuman kegemaran mereka, Ai‑CHA memperkenalkan promosi istimewa 15 hingga 21 Disember khusus untuk cawangan-cawangan Ai-CHA di utara dengan menawarkan minuman Passion Fruit dan Hawaiian Nut pada harga RM3.

Di samping itu, ibu pejabat Ai-CHA turut menyumbangkan bekalan bahan iaitu jem buah markisa ke semua 92 lokasi agar mereka boleh beroperasi semula tanpa dibebani kos tambahan, sambil mengekalkan harga mesra poket bagi pelanggan-pelanggan setia yang masih dalam fasa pemulihan.
Segala urusan logistik sepanjang misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut ditangani sepenuhnya oleh pasukan dalaman Ai-CHA sendiri. Seramai 15 sukarelawan dikerahkan untuk mengatur penghantaran dan memastikan bantuan diterima setiap keluarga di daerah-daerah terjejas.
Operasi terbabit diterajui sendiri oleh Pengurus Besar Wilayah kumpulan syarikat itu, Vincent Ong Wei Ho yang turun padang bersama-sama Pengurus Negara bagi Semenanjung Malaysia dan Singapura, Low Hon Yau.

Menurut Ong, Ai-CARE mencerminkan pegangan asas Ai-CHA bahawa setiap rezeki yang diterima, sebahagiannya wajar dikembalikan kepada masyarakat sebagai tanda kesyukuran. “Apabila komuniti kita ditimpa musibah, kita tidak boleh sekadar melihat tanpa berbuat apa-apa,” katanya.
“Penduduk di negeri-negeri ini sentiasa menyokong perniagaan kami, dan melalui misi ini, kami mahu mereka tahu bahawa kami menghargai kesetiaan mereka dan kami cuba bantu sekiranya mereka memerlukan,” tambahnya lagi.
Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh adik-beradik Lie dari Indonesia, Ai-CHA telah berkembang pesat dan kini beroperasi di 31 negara merentas dua benua, Asia dan Afrika.

Sejak pembukaan cawangan pertamanya di Malaysia pada 2024, jenama tersebut telah memperluas kehadirannya dalam negara dan kini mempunyai 600 cawangan tempatan.
Ai-CHA bukan sahaja menitikberatkan pengalaman pelanggan yang bermutu, tetapi turut menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat melalui inisiatif Ai-CARE, sebuah program yang telah memberi manfaat kepada lebih 50,000 individu di seluruh negara setakat ini dan terus menghulurkan bantuan di mana-mana sahaja diperlukan.
Untuk mengikuti perkembangan terkini berkenaan aktiviti-aktiviti Ai-CARE, ikuti laman media sosial Ai-CHA Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok (@aicha.officialmalaysia). Untuk mengetahui cawangan Ai-CHA terdekat di lokasi anda, sila layari aichamy.com/our-store.
The post Misi Bantuan Ai-Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/16/misi-bantuan-ai-cha-santuni-keluarga-dan-cawangan-terjejas-banjir/