Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan



Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, perisytiharan darurat dan Ordinan Darurat yang dibuat dengan nama Yang di-Pertuan Agong wajib dimansuhkan atas nama Yang di-Pertuan Agong juga, bukan oleh kabinet Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin.
“Pembatalan Ordinan Darurat ini terletak dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Permasyhuran Proklamasi Darurat dan semua Ordinan Darurat sebelum ini dibuat atas nama Yang di-Pertuan Agong. Persoalannya kenapakah tidak ada permasyhuran pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong?
“Saya berharap pada sesi petang semalam, PM selaku Ketua Jemaah Menteri akan menjawab dan memberi penjelasan tentang kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu. Tetapi PM tidak muncul di Dewan Rakyat pada sesi petang. Mengapa pengumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang penting itu tidak dilakukan sendiri oleh PM? Jika tiada penafian daripada PM, ia membawa makna kenyataan Menteri Takiyuddin Hassan itu adalah benar.
“Soalan selanjutnya, adakah Agong telah dimaklumkan oleh PM akan hasrat Kabinet untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat?
“Adakah PM telah menasihati Agong supaya membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?
“Kalau jawapannya Ya, persoalannya adakah Agong telah menandatangani sebarang dokumen atau surat memberi perkenan terhadap pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Jelas Hassan, sekiranya benar Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 12 Januari 2021 itu telah dimansuhkan pada 21 Julai lalu maka rakyat seluruh negara yang ditangkap, dilokap, dihantar ke penjara, disaman, dikompaun, dikurantin, dan segala macam sekatan serta larangan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ordinan Darurat selepas 21 Julai, perlu mendapat penjelasan dari PM dan Kabinetnya, apakah tindakan ke atas mereka itu sah.
“Jika sejak 21 Julai Ordinan Darurat telah dibatalkan tetapi dirahsiakan pembatalannya, apakah punca kuasa yang ada pada Kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan pentadbirannya dari tempoh 21 Julai 2021 sehingga 1 Ogos 2021?
“Apakah implikasi undang-undang terhadap tindakan, perlakuan, keputusan yang kerajaan atau pegawai-pegawainya, kakitangan awam, atau agensi-agensi kerajaan yang diambil di bawah Ordinan-Ordinan Darurat sejak 21 Julai itu hingga hari ini, tetapi hakikat sebenarnya Ordinan itu telah dibatalkan? Adakah tindakan kerajaan itu sah? Ini semua menutut jawapan daripada PM.
“Kalau sesungguhnya benar semua Ordinan Darurat itu telah dibatalkan sejak 21 Julai 2021, maka saya ingin bertanya kenapa tidak ada dokumen pembatalan ordinan-ordinan darurat dibentangkan di Parlimen?” tanyanya lagi.
Bagi Hassan, isu pembatalan Ordinan Darurat merupakan hal yang amat besar. Darurat juga menyangkut isu teras dalam Perlembagaan yang telah disumpah oleh setiap Menteri dan Ahli Parlimen untuk menjaga dan mempertahankannya.
Namun, kata Hassan, jika Menteri Takiyuddin sengaja menimbulkan soal penamatan darurat untuk menghindari lebih banyak soalan berhubung sidang Parlimen semalam maka beliau telah mengelirukan dewan dan perlu meletakkan jawatan kerana pemansuhan Ordinan Darurat bukan soal ‘main-main’.
“Jika Takiyuddin didapati mengelirukan Parlimen, maka beliau perlulah mengambil tindakan terhormat dan bermaruah dengan meletakkan jawatan. Jika enggan maka, paling tidak de facto Menteri Undang-Undang itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk diambil tindakan.
“Sebaliknya jika apa yang dikatakan oleh Takiyuddin itu benar, maka ia adalah satu kesilapan besar Jemaah Menteri dan PM di bawah undang-undang Perlembagaan.
“Dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak dimaklumkan, tidak dirundingi, tidak diminta perkenan Baginda untuk pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat tersebut, maka ini suatu perbuatan pelanggaran Perlembagaan oleh PM dan seluruh Jemaah Menteri,” kata Hassan.
Justeru, seandainya benar PM dan jemaah menteri telah melakukan pelanggaran Perlembagaan maka cara terbaik bagi PM dan kabinetnya adalah meletak jawatan beramai-ramai bagi mengambil tanggungjawab di atas kesilapan tersebut.
“Jika itu yang sebenarnya berlaku, maka di bawah prinsip tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, jalan terhormat dan bermaruah yang perlu diambil oleh mereka tidak lain dan tidak bukan, hanya satu, iaitu meletakkan jawatan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32648

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 354 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 332 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 462 hits
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin PETALING JAYA Walaupun diasak berkali kali oleh pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ...
Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

Kerajaan Yang Memalukan Apakah Perkenan Agong Batal Darurat Baru Mahu Dipohon Jumaat Nanti

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 479 hits
Jawab Isnin depan Pembangkang asak Takiyuddin soal ordinan daruratSebagai rakyat dan warganegara kita tentunya ada hak untuk berasa malu dengan kerajaan dan perangai pemimpin PN yang ada sekarang berhubung isu pembatalan proklamasi darurat ...
Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 320 hits
HASSAN ABDUL KARIMBeberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat semalam untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri M...
Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

Bila Ordinan Darurat Dibatalkan Sudah Dapat Perkenan Agong Soal Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 366 hits
July 26 2021Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin perlu menjelaskan mengapa tiada pemakluman tentang pembatalan ordinan darurat seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan Ketua Pembangkang Da...
Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 516 hits
Dewan Rakyat sesi pagi digemparkan dengan pembacaan kenyataan daripada Yang di Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S...
Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

Jika Mahiaddin Enggan Letak Jawatan Agong Boleh Pecat Pm

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 643 hits
Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat Bagaimanapun sekiranya beliau berd...
Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 300 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9371 KOS PENGURUSAN VAKSIN MELAMBUNG SIAPA KAUT UNTUNG 2 PONTENG SESI PARLIMEN ITU POLITIK ISLAM KAH 3 PENJUALAN VAKSIN JENAYAH TERHADAP KEMANUSIAAN 4 AHLI PARLIMEN DILARANG BUAT KERJA TAMBAHAN
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026