Ibu Ke Mana Anak Ke Situ Jangan Risau Ini Sebenarnya Tanda Positif


“Baru nak ke dapur pun anak dah melalak. Nak ke tandas pun rasa macam nak buat misi sulit!”
Pernah tak ibu alami situasi macam ni? Anak kecil yang tak boleh langsung berpisah walau sesaat. Nak tidur pun nak peluk, nak mandi pun ikut, nak masak pun kena ‘dukung sambil goreng’. Memang penat. Tapi… tahu tak, sebenarnya ini petanda yang sangat positif?
Anak Melekat Tandanya Anak Rasa Selamat Kalau anak asyik ikut ke mana saja ibu pergi, itu tandanya dia yakin dan percaya pada ibu. Dalam dunia kecilnya, ibu adalah zon paling selamat. Bila ada ibu, dia rasa tenang. Bila tak nampak ibu, dia rasa gelisah.
Dan itu normal. Sangat normal.
Ini Fasa ‘Separation Anxiety’ Fasa ni biasanya berlaku sekitar usia 6 bulan hingga 2 tahun. Anak dah mula sedar yang ibu dan dia bukan satu entiti. Ibu boleh hilang dari pandangan — dan itu buatkan dia rasa tak selamat.
Dia belum tahu konsep “ibu pergi kejap, tapi akan balik semula.” Jadi bila tak nampak ibu, terus fikir yang ibu takkan balik.
Jangan Risau, Fasa Ini Akan Berlalu Kalau anak melekat 24 jam, itu bukan sebab dia manja atau nak mengada. Tapi sebab dia tengah belajar membina keyakinan diri dan emosi.
Kajian pun tunjuk, anak-anak yang rapat dengan ibu dari kecil akan lebih mudah berdikari bila dah besar. Sebab dia tahu, ada tempat yang selamat untuk dia kembali bila perlukan sokongan.
Apa Yang Ibu Boleh Buat? 1. Beri masa dan ruang – perlahan-lahan.
Tak perlu paksa anak berdikari. Mulakan dengan tinggalkan anak main sekejap, sambil ibu ada berhampiran. Bila dia nampak ibu tak ke mana pun, dia makin yakin.
2. Gunakan objek kesayangan.
Bantal busuk, mainan kegemaran, selimut lembut – semua ni boleh bantu anak rasa ‘disambung’ dengan ibu walaupun ibu tak di sisi.
3. Jangan lupa diri sendiri.
Penat itu normal. Minta tolong pasangan atau keluarga untuk ambil alih sekejap. Ibu juga perlu rehat untuk terus kuat.
Anak Rapat, Tanda Hati Dia Sedang Belajar Anak ke mana, ibu ke situ bukan sebab dia manja. Tapi sebab dia tengah belajar tentang kasih sayang, kepercayaan dan keselamatan.
Suatu hari nanti, anak yang sama akan berlari masuk kelas tanpa toleh ke belakang. Dan masa tu… ibu pula yang akan rindu ‘melekat’nya dia 💗
The post Ibu Ke Mana, Anak Ke Situ. Jangan Risau, Ini Sebenarnya Tanda Positif! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ke-mana-anak-ke-situ-jangan-risau-ini-sebenarnya-tanda-positif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 164 hits
Pernah korang tak rasa macam Eh aku ni biasa biasa je kot Takde la bijak sangat Tapi dalam diam sebenarnya banyak benda yang tunjukkan korang mungkin lebih bijak daripada yang korang sangka Sebab kadang kadang kecerdasan tu tak semestinya d...
Demi Anak Saya Angkat Simen Batu Bata Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri

Demi Anak Saya Angkat Simen Batu Bata Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 134 hits
Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak anak tercinta Itulah yang dibuktikan oleh seorang ibu tunggal dari Perak Auni Hazwani Faizun 33 tahun yang sanggup memerah keringat mengangkat simen dan memasang bata seorang diri demi membin...
Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 172 hits
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan bahawa dia menerima beberapa teguran daripada netizen selepas berkongsi carta pelaburan berbentuk candlestick di media sosial Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim berkata ramai y...
Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 115 hits
nbsp Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu bapa Mungkin sebelum ni kekda memang tak pernah ambil tahu pun tentang ni tapi bila anak perempuan semakin dewasa dan akan mengalami kitaran seorang wanita sam...
Anemia Ibu Hamil Faktor Tanda Tanda Tips Pemakanan

Anemia Ibu Hamil Faktor Tanda Tanda Tips Pemakanan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 101 hits
Anemia satu keadaan di mana tubuh kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu adalah masalah kesihatan yang lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil Ketika hamil keperluan tubuh terhadap zat besi dan nut...
Mayat Ibu Bapa Dan Anak Autistik Ditemui Reput Di Seremban Ada Kesan Torehan Pisau Berdarah

Mayat Ibu Bapa Dan Anak Autistik Ditemui Reput Di Seremban Ada Kesan Torehan Pisau Berdarah

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 147 hits
Tiga mayat reput membabitkan pasangan suami isteri dan anak lelaki autistik ditemui dalam dua bilik berasingan di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal Seremban Penemuan mengejutkan ini mencetuskan tanda tanya selepas polis menjumpai empat bi...
Kebersihan Kantin Yang Dipandang Remeh Ibu Ayah Patut Risau

Kebersihan Kantin Yang Dipandang Remeh Ibu Ayah Patut Risau

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 133 hits
Bila anak anak mula melangkah ke alam persekolahan salah satu perkara penting yang sering menjadi perhatian ibu ayah ialah soal pemakanan mereka di sekolah Namun isu yang semakin meresahkan kini ialah kualiti makanan kantin yang tidak setim...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 148 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Panjang Lukanya Bahu Anak Tertoreh Ibu Tak Sangka Sofa Mewah Undang Bahaya

Panjang Lukanya Bahu Anak Tertoreh Ibu Tak Sangka Sofa Mewah Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 110 hits
Ruang tamu yang cantik dan selesa pastinya menjadi idaman setiap ibu bapa Lagi lagi bila rumah dihias dengan sofa mewah berwarna lembut lengkap dengan kemasan manik yang menyerlahkan gaya elegan Tapi siapa sangka keindahan itu boleh bertuka...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama

Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan

Cara Memasak Telur Separuh Masak