Panjang Lukanya Bahu Anak Tertoreh Ibu Tak Sangka Sofa Mewah Undang Bahaya


Ruang tamu yang cantik dan selesa pastinya menjadi idaman setiap ibu bapa. Lagi-lagi bila rumah dihias dengan sofa mewah berwarna lembut, lengkap dengan kemasan manik yang menyerlahkan gaya elegan. Tapi siapa sangka, keindahan itu boleh bertukar menjadi perangkap bahaya – lebih-lebih lagi jika ada si kecil yang sedang aktif membesar!
Itulah yang berlaku kepada seorang ibu, Puan Anis, apabila anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun mengalami luka panjang di bahu hanya kerana tertoreh pada manik tajam di sofa kegemaran mereka.

“Semalam bahu anak saya tertoreh… panjang lukanya. Trauma betul bila tengok darah dan kesan torehan tu,” luahnya dalam nada sebak.
Sofa Mewah, Tapi Bahayakan Anak Segalanya berlaku sekelip mata. Si kecil ketika itu sedang bermain-main seperti biasa. Namun, tanpa disedari, bahagian manik pada sandaran sofa yang terkeluar sedikit telah menyebabkan torehan yang dalam pada kulit bahu anaknya.
Apa yang lebih menyedihkan, Puan Anis tidak pernah menyangka bahawa hiasan manik kecil itu boleh bertukar menjadi ‘senjata’ yang mencederakan anak tersayang.

“Saya terus cabut semua manik kat sofa tu. Biarlah nampak pelik atau kurang cantik, asalkan anak saya selamat…” katanya nekad.
Jangan Pandang Ringan Bahaya Manik & Hiasan Tajam Sofa jenis bermanik atau berhiaskan perincian keras seperti kancing besi, kristal, dan stud hiasan memang nampak mewah. Tapi bagi rumah yang ada anak kecil, ia boleh jadi punca kecederaan seperti:
Luka tercalar atau tertoreh
Kesan lebam akibat terhantuk
Risiko tercabut dan tertelan manik
Bahaya pada mata atau muka jika terkena

“Tak Nak Dah Rumah Cantik Tapi Anak Luka” Selepas kejadian itu, Puan Anis akui beliau serik dan trauma. Kini, soal hiasan rumah bukan lagi keutamaan. Apa yang penting baginya hanyalah keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.
“Cantik macam mana pun perabot tu, kalau tak selamat untuk anak… saya memang takkan ambil risiko lagi.”
Beliau turut menitipkan nasihat penuh kasih buat para ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati bila memilih perabot rumah.
Tip Pilih Sofa Selamat Untuk Anak 💡 Pilih rekaan ringkas dan lembut – Elakkan hiasan keras seperti manik, butang besi atau rekaan bersegi tajam.
💡 Periksa bahagian tersembunyi – Pastikan tiada paku, kayu atau bahan tajam terdedah.
💡 Lapisan fabrik & span tebal – Lebih selamat dan selesa untuk anak.
💡 Letak sarung tambahan – Jika sudah ada sofa bermanik, tutup dengan sarung pelindung sementara.
💡 Ajarkan anak guna sofa dengan betul – Elak melompat atau bermain kasar di sofa.
Ingat mama, rumah kita adalah syurga buat anak-anak. Biarlah sederhana asalkan selamat, biarlah tidak terlalu mewah asalkan si kecil gembira membesar tanpa bahaya.
Jika mama sedang merancang untuk ubah suai rumah atau beli perabot baru, semoga kisah ini menjadi pengajaran yang sangat bermakna. 💖
Sumber: Anis Abdullah
The post ‘Panjang Lukanya…’ Bahu Anak Tertoreh, Ibu Tak Sangka Sofa Mewah Undang Bahaya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/panjang-lukanya-bahu-anak-tertoreh-ibu-ini-tak-sangka-sofa-mewah-undang-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Sungai Korok Tak Sanggup Lihat Wajah Anak Ibu Luah Rasa Sebak

Tragedi Sungai Korok Tak Sanggup Lihat Wajah Anak Ibu Luah Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 163 hits
Saya dah siapkan semua bahan nak meniaga pagi tu tunggu anak balik je itulah kata terakhir yang sempat diluahkan oleh Roswati Zainol 52 tahun seorang ibu yang kini hanya mampu menatap sunyi rumah yang dulunya riuh dengan suara anak dan cucu...
Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 149 hits
Tiada apa yang lebih mendebarkan hati seorang ibu selain melihat anak kecil kesayangan tiba tiba jatuh sakit lebih lebih lagi ketika berada ribuan kaki di udara Itulah detik cemas yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu apabila bayi perempua...
Saya Dah Maafkan Nd Lala Malangya Kawan Anak Pula Yang Ambil Suami Kita Ibu Shila Amzah

Saya Dah Maafkan Nd Lala Malangya Kawan Anak Pula Yang Ambil Suami Kita Ibu Shila Amzah

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 143 hits
Fauziah Sarman ibu penyanyi terkenal Shila Amzah nyata terkejut apabila diberitahu bahawa lagu terbaru Shila berjudul Pernah Punya Aku diinspirasikan oleh pengalaman peribadi tentang kecurangan dalam rumah tangganya Dia tidak menjangka anak...
Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 165 hits
Satu lagi kes penderaan kanak kanak yang menyayat hati telah berlaku di Taman Malkop Silibin Ipoh apabila seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya Mangsa Baru Dua Bulan Bersama I...
Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 134 hits
nbsp Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu bapa Mungkin sebelum ni kekda memang tak pernah ambil tahu pun tentang ni tapi bila anak perempuan semakin dewasa dan akan mengalami kitaran seorang wanita sam...
Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 199 hits
Pempengaruh dan usahawan terkenal Kieda Crepe sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas dia mengakui bahawa isu yang melanda dirinya kini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perniagaannya Menerusi satu sesi siaran langsung Kieda berkata...
Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap Sebagai ibu saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin kata Norizan Mat 48 ibu kepada Muhammad Firdaus Mohammad Zamri 22 yang maut kemalangan di persimpangan lampu isyarat di J...
Anak Lambat Bercakap Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Anak Lambat Bercakap Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 124 hits
Anak lambat bercakap sering menjadi kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa terutamanya apabila anak tidak menunjukkan perkembangan bahasa mengikut usia Menurut anggaran kira kira 10 peratus daripada 400 000 kanak kanak di negara ini meng...
Ibu Ayah Sebagai Cerminan Perbuatan Dan Percakapan Dalam Membentuk Karakter Anak

Ibu Ayah Sebagai Cerminan Perbuatan Dan Percakapan Dalam Membentuk Karakter Anak

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 131 hits
Anak anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat dengar dan rasakan daripada ibu bapa mereka Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi kasih sayang tetapi mereka juga bertanggungjawab dalam membentuk nilai moral da...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Simple Trim Healthy Mama Recipe Book

Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari