Pakai Baju Cantik Wangi Sangat Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit


“Lepas Subuh, dia dah siap elok. Pakai baju cantik, wangi sangat… padahal nak ikut kawan gali parit je…”
Kata-kata pilu ini diluahkan oleh seorang ibu, Nazihah Mahtar, 43, yang masih sukar menerima kenyataan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Azam Asmawei, 14 tahun, dalam satu kejadian tragis pagi Selasa lalu.
Dalam insiden kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, Azam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit reput semasa membantu rakannya menggali parit di kawasan tali air berhampiran kebun sawit.

Pagi Terakhir Yang Takkan Dilupakan Menurut ibu mangsa, keluarga mereka baru sahaja berpindah ke kampung ini selepas Aidilfitri lalu, meninggalkan kehidupan lama di Port Dickson demi memulakan lembaran baharu. Namun siapa sangka, di tempat baru inilah hatinya hancur luluh buat selama-lamanya.
Malam sebelum kejadian, Nazihah mengajak anak bongsunya keluar makan di gerai. Namun Azam hanya mahu makan roti canai yang dibelikan ibunya. Pagi esoknya, dia bangun awal, bersiap kemas dan wangi seperti hendak ke majlis, bukan ke kebun.
“Dari jam 6.30 pagi dia dah tunggu kawannya datang ambil naik motor. Elok betul dia siap. Saya pelik juga, tapi dia memang anak yang suka kemas dan ringan tulang,” cerita si ibu sambil menyeka air mata.
Anak Yang Tak Pernah Membantah Azam adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Menurut ibunya, dialah satu-satunya anak yang paling rajin membantu keluarga. Sama ada di rumah atau di bengkel ayahnya di Kampung Parit Panjang, Azam tidak pernah bersungut.
“Kadang-kadang dia tolong ayah bancuh cat. Kadang tolong jaga adik saudara. Pendek kata, semua kerja dia nak bantu. Dia tak pernah mengeluh,” kata Nazihah dalam nada sebak.
Rakan Sebaya Rasa Kehilangan Rakannya, Muhammad Hairey Rosli, 18, yang turut berada di lokasi kejadian, meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan pemergian Azam.
“Saya dah anggap dia macam adik sendiri. Kami rapat sangat. Hari tu dia tolong gali parit, ini kali kedua dia ikut. Saya dah pesan suruh hati-hati sebab nampak pokok sawit tu macam reput. Tapi tak sangka… waktu dia nak rehat atas jambatan tu, pokok tu tumbang terus hempap dia,” katanya dengan suara bergetar.
Hairey menjerit minta tolong, berlari mendapatkan penduduk kampung. Namun segalanya sudah terlambat. Azam ditemui berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas dari Klinik Kesihatan Benut.
Tiada Unsur Jenayah, Hanya Takdir Ilahi Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Jenazah Azam dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bunian malam hari yang sama.
Pa&Ma yakin, Azam sedang berlari riang di taman syurga, bebas daripada kesakitan dan dunia yang penuh ujian ini.

The post ‘Pakai Baju Cantik, Wangi Sangat…’ – Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakai-baju-cantik-wangi-sangat-ibu-sebak-anak-maut-dihempap-pokok-kelapa-sawit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Berehat Atas Jambatan Maut Dihempap Pokok Sawit

Remaja Berehat Atas Jambatan Maut Dihempap Pokok Sawit

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 115 hits
Remaja berehat atas jambatan maut dihempap pokok sawit Remaja berehat atas jambatan maut dihempap pokok sawit PONTIAN Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut dihempap pokok sawit di Parit Katik Sanglang Ayer Baloi di sini pagi tadi Ketu...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 352 hits
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 menjadi mangsa buli kejam oleh dua rakan sebaya dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani Kedah bbaru baru ini Menurut laporan Harian Metro pelajar berusia 13 tahun itu...
Warga Pakistan Maut Dihempap Pokok Akibat Ribut

Warga Pakistan Maut Dihempap Pokok Akibat Ribut

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 136 hits
Warga Pakistan maut dihempap pokok akibat ribut Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut di Kampung Penat Mukah malam tadi Foto BOMBA KUCHING Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut dan hujan leb...
Tragedi Sungai Korok Tak Sanggup Lihat Wajah Anak Ibu Luah Rasa Sebak

Tragedi Sungai Korok Tak Sanggup Lihat Wajah Anak Ibu Luah Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 162 hits
Saya dah siapkan semua bahan nak meniaga pagi tu tunggu anak balik je itulah kata terakhir yang sempat diluahkan oleh Roswati Zainol 52 tahun seorang ibu yang kini hanya mampu menatap sunyi rumah yang dulunya riuh dengan suara anak dan cucu...
Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

Bibir Bertukar Warna Ibu Sebak Kongsi Detik Cemas Anak Sakit Dalam Pesawat Tindakan Kru Airasia Dipuji

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 149 hits
Tiada apa yang lebih mendebarkan hati seorang ibu selain melihat anak kecil kesayangan tiba tiba jatuh sakit lebih lebih lagi ketika berada ribuan kaki di udara Itulah detik cemas yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu apabila bayi perempua...
Selepas Ibu Si Anak Pula Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Isnin Lalu

Selepas Ibu Si Anak Pula Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Isnin Lalu

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 162 hits
Selepas ibu si anak pula meninggal dunia akibat kemalangan Isnin lalu Kemalangan Isnin lalu antara motosikal dan kereta di Jalan Kulim Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob menyebabkan seorang ibu maut di tempat kejadian manakala anakny...
Anak Tak Meragam Ibu Anak Lima Kongsi Amalan Doa Zikir Lepas Subuh

Anak Tak Meragam Ibu Anak Lima Kongsi Amalan Doa Zikir Lepas Subuh

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 116 hits
Perkongsian seorang ibu yang mempunyai anak lima Iman Zulta berkongsi beberapa amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh bagi memastikan si kecil menjadi anak yang bijak dan paling penting tidak meragam Antara amalan mudahnya ad...
Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 125 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran hari lahir yang dimuat naik oleh ibu mentuanya Siti Hafiza Basharahil yang ditujukan khas buat dua orang cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana Menurut Bella atau...
Ibu Aliff Aziz Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Dua Cucu

Ibu Aliff Aziz Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Dua Cucu

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 142 hits
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz Siti Hafiza Basharahil tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya beliau pernah menyatakan bahawa anaknya mempunyai hak untuk mengambil kembali cucu cucunya Mohamed Ayden Adrean dan Ara A...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upah Haji Untuk Orang Tua Yang Sakit Bila Ia Dibenarkan

Bermula Fasa Baru Tanpa Ibu Dan Babah

Kenapa Kaki Mudah Kebas Bila Duduk Bersila

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak