Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu


Ibu hamil kerap kali dilarang makan makanan tertentu. Ada pandangan tentang makanan yang sesuai dan perlu dielak oleh ibu hamil. Makanan yang dikatakan panas, sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan ibu hamil dan kandungannya.
Dr Fadzilah Abdul Jalil, doktor di Klinik O&G, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi menjelaskan sememangnya, ada sesetengah jenis makanan yang diambil sewaktu hamil berkemungkinan boleh menjejaskan kandungan dan diri ibu itu sendiri. Namun, perlu diingatkan tidak semua makanan menyebabkan hal sedemikian.

Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan-makanan yang dikatakan panas, sejuk atau tajam sehingga boleh menjejaskan kandungan dan kehamilan itu adalah berdasarkan pandangan dan maklumat yang disampaikan oleh orang tua-tua terdahulu. Kebanyakannya tidak pernah menjalani kajian saintifik. Maka, tiada satu pun yang dibuktikan benar melalui hasil kajian saintifik.
Perlu diketahui bahawa terdapat sesetengah jenis makanan tidak boleh diambil semasa hamil terutamanya di awal usia kandungan disebabkan faktor-faktor tertentu.
Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu Contohnya makanan berasid. Ia boleh menyebabkan gastrik. Jika ibu hamil sememangnya mempunyai masalah alahan pada awal kandungan seperti loya, mual, muntah dan sebagainya, maka makanan yang mempunyai kandungan asid yang tinggi akan menyebabkan alahan lebih teruk. Dalam keadaan tertentu, boleh menyebabkan alahan lebih parah dan anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Makanan bersifat panas atau sejuk mahupun tajam merupakan persepsi masyarakat sahaja. Memang ada makanan yang boleh beri kesan sampingan kepada kandungan dan anda sendiri, tetapi secara saintifiknya, tidak ada kategori bagi setiap makanan itu. Ia lebih kepada respons dan tindak balas seseorang ibu hamil terhadap makanan yang diambil. Perlu diingatkan juga, bahawa setiap orang berbeza dan tidak mengalami respons yang sama  antara satu sama lain. Malah, ada ketikanya, ia tiada kaitan pun dengan makanan-makanan  tersebut.

Faktor alahan terhadap makanan berkenaan juga mungkin menyumbang kepada masalah yang mungkin dialami. Apa-apa pun, ia bergantung kepada individu itu sendiri. Makanan yang diambil akan beri kesan berbeza kepada seorang individu kepada individu yang lain. Sama ada makanan itu panas, sejuk atau tajam, ia bersifat subjektif.
Makanan dan mitos
Durian
Kredit foto: Freepik Fakta sains menjelaskan bahawa durian sangat kaya dengan potassium, zat besi, serat dan vitamin.  Pada masa yang sama, kandungan gulanya juga yang amat tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, kecenderungan paras gula meningkat adalah sangat tinggi dan ia amat tidak baik untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.
Sebab itulah, anda tidak digalakkan makan terlalu banyak durian. Bukan kerana ia panas tetapi berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Seulas durian mempunyai 54 kalori. Jika teringin, cukuplah sekadar satu atau dua ulas.
Dalam banyak keadaan, potensi anda untuk mengambil lebih daripada dua ulas durian adalah sangat besar. Sebab itulah ia boleh mendatangkan mudarat dan meninggalkan kesan sampingan.
Air tebu

Dalam cuaca yang panas, air tebu sangat bagus diminum. Ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Ada mitos menyatakan ia boleh menjadi punca pendarahan dan menyebabkan keguguran. Mungkin orang tua-tua kata ia tajam tetapi sebenarnya ia bersifat sejuk untuk ibu mengandung. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.
Nanas
Kredit foto: Freepik Buah ini kaya dengan vitamin C, tinggi potassium, beta karotena dan serat. Ia bagus, cuma anda tidak boleh mengambil nanas muda sebagai santapan disebabkan banyak kandungan asid hingga boleh mengganggu sistem penghadaman. Kesannya, anda boleh mengalami cirit-birit dan sakit perut.
Di dalam nanas terdapat kandungan bromelain yang berperanan mencerna protein. Ia sering digunakan untuk menjadi pelembut daging. Berkemungkinan bahan ini dipercayai menyebabkan masalah pendarahan dan keguguran. Namun ia tidak benar. Untuk mencetuskan masalah sebegini, anda perlu makan dua biji nenas. Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya mentah.
Tumbuhan menjalar
Kredit foto: Freepik Sayur-sayuran sebegini sering dikatakan sebagai sejuk. Contohnya, kacang dan timun. sebenarnya tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan, sayur-sayuran menjalar boleh menjadi penyebab kembung perut, sakit sendi, otot atau urat dan sebagainya. Ia sama seperti sayur-sayur yang lainnya yang mempunyai tinggi vitamin.
Pesan Dr Fadzilah, apa-apa sahaja jenis makanan boleh diambil oleh wanita hamil. Namun, pastikan ia tidak diambil dalam jumlah yang banyak. Sama juga halnya dengan makanan yang dikatakan baik untuk kandungan dan kehamilan. Jika diambil berlebihan akan menimbulkan kesan sampingan itu bersederhana dan makan ala kadar.
Artikel berkaitan: Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin. Cuba Senaman Mudah Ni!
“Nak Ambil Bau Saja” Seminggu Mengidam Bau Tayar, Ibu Hamil Lega Dapat Cium Bau Tayar Di Kedai!
Bahaya Ibu Hamil Ada Masalah Kencing Kotor, Cepat-Cepat Atasi!
The post Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya, Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-dilarang-makan-makanan-tertentu-ada-sebabnya-ini-fakta-yang-mama-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asid Folik Bila Waktu Sesuai Nak Makan Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu

Asid Folik Bila Waktu Sesuai Nak Makan Ini Fakta Mama Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 143 hits
Asid folik penting untuk membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf Asid folik adalah suplemen vitamin B yang perlu diambil oleh wanita yang ingin hamil dan juga ketika hamil Asid folik membantu badan untuk ...
Selera Makan Perkembangan Otak Anak Terjejas Bila Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

Selera Makan Perkembangan Otak Anak Terjejas Bila Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 189 hits
Selera makan dan perkembangan otak anak berkait rapat dengan selera makan Anak yang tidak selera makan tentu akan jejaskan perkembangan fizikal dan otak anak Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat makanan ...
Ibu Hamil Terpaksa Induce Waktu Nak Bersalin Ni Puncanya

Ibu Hamil Terpaksa Induce Waktu Nak Bersalin Ni Puncanya

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 137 hits
Terpaksa bersalin melalui proses induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau peng...
Kaki Bengkak Ketika Hamil Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan

Kaki Bengkak Ketika Hamil Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 131 hits
Masalah kaki bengkak ketika hamil antara yang sering dialami ramai ibu ibu mengandung Apabila kaki mula membengkak mulalah ibu ibu rasa tidak selesa Kaki jadi berat dan susah hendak bergerak Awas ya mama gejala kaki bengkak ini perlu dipant...
Berat Tak Mahu Naik Masa Hamil Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

Berat Tak Mahu Naik Masa Hamil Ni Cara Sihat Naikkan Berat Mama

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 94 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat...
Takut La Mama Anak Menjerit Menangis Ketakutan Dibawa Ke Kedai Makan Dikelilingi Hantu

Takut La Mama Anak Menjerit Menangis Ketakutan Dibawa Ke Kedai Makan Dikelilingi Hantu

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 126 hits
nbsp Pelbagai tarikan dibuat peniaga untuk menarik minta pelanggan datang ke restoran dan salah satunya menampilkan pengalaman seram iaitu dengan kehadiran 8216 hantu 8217 buat pengunjung Terbaru tular sebuah video di mana dua orang kanak k...
Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 85 hits
Ibu ibu berhati hatilah ketika tidur Jika salah mama boleh membahayakan dalam kandungan Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan k...
Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi Nah Cuba Tip Ini

Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi Nah Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 98 hits
atau loya dan muntah semasa kehamilan adalah perkara biasa semasa peringkat awal kehamilan Sekurang kurangnya 60 peratus daripada akan mengalami simptom mabuk hamil seperti hilang selera makan atau alah kepada bau persekitaran mahupun indiv...
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan Banyak Kebaikan Untuk Tubuh

Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan Banyak Kebaikan Untuk Tubuh

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 109 hits
Ibu yang boleh makan kerana durian banyak manfaatnya untuk kesihatan Menurut pakar perubatan janin Dr Patrick Chia durian boleh dimakan oleh tetapi dalam kuantiti terhad sahaja yang didiagnos dengan perlu elakkan makan kerana kandungan gula...
Innovative Pool Repair Solutions For Modern Pools

Insyaf Menjelang Ajal Introspeksi Untuk Diri Sendiri

Umno Mula Mati Zaman Dr Mahathir

Balik Raub Satu Malam

Tempat Penginapan Jauh Sangat Sesuai Tunai Umrah Selepas Solat Subuh Santai Dan Tidak Meletihkan

Golongan Dapat Pengecualian Diesel

Terkejut Hasil Pancingan Peti Besi Berisi Duit Hampir Rm500 000

Court Rules Mbsb S Non Confirmation Of Branch Manager In Bad Faith



Siapa Teme Abdullah Ini Biodata Penulis Buku Yang Sering Mengaburkan Mukanya Ini

Biodata Sofea Shra Personaliti TikTok Terkenal

10 Fakta Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah 2024 Yang Ramai Tak Tahu Gandingan Pelakon Erysha Emyra MK K Clique Siaran TV3 Malaysia Tonton

5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21


15 Small Space Mediterranean Home Bar Designs For Maximum Impact

Aquavillas Aparthotel By Babayants Architects In Gagra Abkhazia

Zizan Feat Sonaone Chentaku Official Lyric Video

Myhrmis Mobile Login Tak Boleh

Lawyer Hits Back What S Untrue Confusing About My Post

Selangor Amanah Wants Swap If Coordinator S Post Given To Umno