Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi Nah Cuba Tip Ini


Mabuk ketika hamil atau loya dan muntah semasa kehamilan adalah perkara biasa semasa peringkat awal kehamilan. Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu.
Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini. Ada juga yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami.
APA ITU MABUK HAMIL?
Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.
Kredit foto: Pexels BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?
Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.
Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.
Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda.
BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?
Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
CARA MENGATASI MABUK HAMIL
Kredit foto: Pexels JUMPA DOKTOR DAHULU
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya.
Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.
HIDU BAU LIMAU
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.
MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya.
Kredit foto: Pexels ELAKKAN PERUT KOSONG
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.
MINUM TEH HALIA
Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi.
Kredit foto: Pexels MAKAN VITAMIN
Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.
Kredit foto: Freepik Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
The post Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi, Nah Cuba Tip Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mabuk-ketika-hamil-buat-mama-serik-nak-mengandung-lagi-nah-cuba-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaki Bengkak Ketika Hamil Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan

Kaki Bengkak Ketika Hamil Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 213 hits
Masalah kaki bengkak ketika hamil antara yang sering dialami ramai ibu ibu mengandung Apabila kaki mula membengkak mulalah ibu ibu rasa tidak selesa Kaki jadi berat dan susah hendak bergerak Awas ya mama gejala kaki bengkak ini perlu dipant...
Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 120 hits
boleh berlaku pada ibu ibu yang tidak cukup tidur ketika menjalani tempoh Ibu berpantang perlu mengambil berat tentang jumlah waktu setiap hari Umumnya orang dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam untuk berehat dan memulihkan tenaga...
Ibu Hamil Ramai Yang Alami Masalah Pedih Ulu Hati Cegah Sebelum Makin Teruk Boleh Cuba Tip Ini

Ibu Hamil Ramai Yang Alami Masalah Pedih Ulu Hati Cegah Sebelum Makin Teruk Boleh Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 153 hits
adalah masalah yang sering dialami oleh pada masa masa tertentu ketika mereka Situasi ini berlaku terutama semasa trimester kedua dan ketiga ketika hamil Keadaan ini juga dikenali sebagai pencernaan asid Ia merupakan kerengsaan atau sensasi...
Suhun Tak Kembang Masak Jadi Elok Ikut Tip Ni Barulah Sedap Nak Menghirup

Suhun Tak Kembang Masak Jadi Elok Ikut Tip Ni Barulah Sedap Nak Menghirup

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 167 hits
Menu menu ringkas seperti sayur suhun sememangnya cukup sedap dan senang di masak Apa lagi kala dimakan bersama sepinggan nasi panas Memang terlajak sedapnya Pun begitu sifat suhun yang mudah kembang membuatkan sup suhun seakan diserap dan ...
Ditegur Badan Berisi Janna Nick Tertekan Masih Belum Hamil Dah Cuba Bermacam Cara

Ditegur Badan Berisi Janna Nick Tertekan Masih Belum Hamil Dah Cuba Bermacam Cara

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 127 hits
Pelakon Janna Nick akui sedih dan tertekan apabila hasratnya untuk hamil belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan baru baru ini Janna Nick sedih tertekan belum hamil Pemilik nama Nur Jannah Muner 29 berkata dia sudah mencuba pelbaga...
Bagaimana Saya Cari Idea Perniagaan Dan Buat Pilihan Nak Bisnes Apa Ketika Makan Gaji

Bagaimana Saya Cari Idea Perniagaan Dan Buat Pilihan Nak Bisnes Apa Ketika Makan Gaji

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 255 hits
Ini sambungan dari artikel yang saya tulis sebelum ini berkenaan cara mencari dan tentukan bisnes apa yang nak dibuat bila berhenti kerja makan gaji Kalau masih belum baca boleh baca di Makan gaji semulaSaya berhenti kerja untuk menceburkan...
Nak Pastikan Kesuburan Tip Top Pantang Larang Ni Bakal Ibu Kena Jaga

Nak Pastikan Kesuburan Tip Top Pantang Larang Ni Bakal Ibu Kena Jaga

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 219 hits
Perkataan subur menjadi satu kebimbangan bagi yang telah berumah tangga Lebih lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri Buntu bila memikirkan mengapa masih tidak dianugerahkan zuriat ...
Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu

Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 190 hits
kerap kali dilarang makan makanan tertentu Ada pandangan tentang makanan yang sesuai dan perlu dielak oleh Makanan yang dikatakan panas sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan dan kandungannya Dr Fadzilah Abdul Ja...
Mama Ini Cara Elak Garang Macam Singa Bila Nak Suruh Anak Buat Sesuatu

Mama Ini Cara Elak Garang Macam Singa Bila Nak Suruh Anak Buat Sesuatu

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 230 hits
Mama kalau nak elak jadi macam singa terutama sekali bila tiba masa meminta anak buat sesuatu kerja ada caranya Nak menyuruh anak ini kena betul gayanya Baru mahu ikut cakap kita Kalau tak kena gaya habis tenaga kita terbazir sebab terpaksa...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp