Kaki Bengkak Ketika Hamil Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan


Masalah kaki bengkak ketika hamil antara yang sering dialami ramai ibu-ibu mengandung. Apabila kaki mula membengkak, mulalah ibu-ibu rasa tidak selesa. Kaki jadi berat dan susah hendak bergerak.
Awas ya mama, gejala kaki bengkak ini perlu dipantau. Bimbang terbentuknya darah beku yang boleh ke paru-paru.

RAHIM MEMBESAR & MENEKAN ORGAN SEKELILING
Semasa hamil, terutamanya semasa bayi sudah agak besar, rahim yang besar akan menekan organ-organ disekitarnya termasuk saluran darah besar yang dipanggil vena cava.
Salur darah besar ini datang dari salur darah daripada kaki dan terus ke jantung. Jadi, darah yang membawa oksigen ke kaki itu akan kembali ke jantung melalui vena dari kaki, seterusnya akan melalui vena cava dan sampai ke jantung.
WATER RETENTION MENJADI PENYEBAB
Apabila vena cava dihimpit oleh rahim yang sedang membesar ketika hamil, pengaliran darah dari kaki akan menjadi perlahan. Bila aliran darah perlahan, tekanan dalam saluran darah tadi akan meningkat dan menyebabkan air tiris keluar dari salur darah ke tisu disekitarnya. Air ini lah yang menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil water retention.
Jadi, sekiranya ibu-ibu hendak mengurangkan kaki bengkak perlu selalu tinggikan kaki supaya graviti membantu dalam pengaliran darah dari kaki ke jantung.

JADI SENTIASA PERIKSA BENGKAK KAKI ANDA, KALAU SEBELAH LEBIH BENGKAK DARI BIASA DAN SAKIT, DAPATKAN PEMERIKSAAN DOKTOR DENGAN SEGERA. SEBELAH KAKI SAHAJA BENGKAK, IA MUNGKIN DEEP VEIN THROMBOSIS
Tapi jika sekiranya satu belah sahaja kaki yang bengkak, dan disertai rasa sakit, itu mungkin tanda yang bahaya. Ia mungkin disebabkan oleh Deep Vein Thrombosis (DVT).
Perlu difahami yang kehamilan akan meningkatkan risiko berlakunya DVT. DVT ini dengan maksud mudahnya ialah darah beku yang tersumbat pada salur darah.
Apabila salur darah tersumbat, darah tidak boleh nak melalui ikut salur darah tersebut dan menyebabkan terjadinya tekanan dalam salur darah tersebut akan meningkat dan kaki akan jadi bengkak. Tapi itu belum betul-betul bahaya lagi.
DARAH BEKU PECAH & MENYEBABKAN PARU-PARU TERSUMBAT
Yang lebih bahaya ialah apabila, darah beku (thrombus) tadi pecah dan ia terus naik ke jantung dan ke paru-paru. Thrombus yang pecah dan mengalir dipanggil embolus.
Embolus tersebut boleh menyebabkan saluran dalam paru-paru tersumbat. Ini kerana saluran darah dalam paru-paru jauh lebih kecil dari saluran darah di kaki.
Jadi thrombus yang pecah kepada serpihan kecil tadi boleh tersumbat di paru-paru menyebabkan berlakunya Pulmonary Embolism (PE). PE boleh membawa maut, ia sangat bahaya.

SIMPTOM PULMONARY EMBOLISM
Simptom apabila PE berlaku adalah seperti sakit dada, sesak nafas, batuk dan pengsan.
Jadi sentiasa periksa bengkak kaki anda, kalau sebelah lebih bengkak dari biasa dan sakit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Berikut dikongsikan langkah yang boleh mama lakukan untuk mengatasi masalah kaki bengkak:
1. Pakai stoking ibu hamil
Cuba pakai stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal. Ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah. Elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.
Kredit foto: Freepik 2. Rehat secukupnya untuk elak kaki bengkak ketika hamil
Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup. Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki bengkak ketika hamil.
Kredit foto: Pexels 3. Basahkan kaki 
Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Cara ini juga dapat membantu mama mengurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas. Pastikan suhu air tidak terlalu sejuk. Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Boleh amalkan seminggu sekali.
4. Beli kasut yang muat
Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan mama mengalami kesakitan yang lebih teruk. Masalah ini boleh berlarutan selepas kelahiran. Tidak rugi jika mama berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa. Pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.
5. Jumpa pakar jika masalah kaki sembab ketika hamil semakin serius
Masalah kaki sembab ketika hamil juga boleh diselesaikan oleh pakar. Mungkin mama tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.
Pakar akan bantu selesaikan masalah kuku cengkam ini supaya ibu boleh berdiri dengan lebih selesa. Jangan biarkan kesakitan melarat. Jika tidak, anda akan alami masalah yang lebih besar, terutamanya ketika kehamilan menginjak ke trimester ke-3.
Urutan atau refleksologi pada kawasan kaki dan tangan juga mungkin dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara dan Hellodoctor.com
The post Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Langkah Yang Mama Boleh Lakukan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kaki-bengkak-ketika-hamil-ini-langkah-yang-mama-boleh-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi Nah Cuba Tip Ini

Mabuk Ketika Hamil Buat Mama Serik Nak Mengandung Lagi Nah Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 149 hits
atau loya dan muntah semasa kehamilan adalah perkara biasa semasa peringkat awal kehamilan Sekurang kurangnya 60 peratus daripada akan mengalami simptom mabuk hamil seperti hilang selera makan atau alah kepada bau persekitaran mahupun indiv...
Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 120 hits
boleh berlaku pada ibu ibu yang tidak cukup tidur ketika menjalani tempoh Ibu berpantang perlu mengambil berat tentang jumlah waktu setiap hari Umumnya orang dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam untuk berehat dan memulihkan tenaga...
Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 118 hits
Mama dan papa setiap kali membuat cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna paling penting mereka pandai mengurus diri Secara tidak langsung mama dan papa melatih untuk berdikari Tidak...
Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu

Ibu Hamil Dilarang Makan Makanan Tertentu Ada Sebabnya Ini Fakta Yang Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 190 hits
kerap kali dilarang makan makanan tertentu Ada pandangan tentang makanan yang sesuai dan perlu dielak oleh Makanan yang dikatakan panas sejuk dan tajam dianggap perlu dielakkan kerana mampu membahayakan dan kandungannya Dr Fadzilah Abdul Ja...
Tulis Nama Ada Cium Batu Pun Ada Mutawwif Kongsi Amalan Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah Boleh Jatuh Syirik

Tulis Nama Ada Cium Batu Pun Ada Mutawwif Kongsi Amalan Yang Dilarang Ketika Ziarah Jabal Rahmah Boleh Jatuh Syirik

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 124 hits
Satu perkongsian bermanfaat dikongsikan seorang mutawwif mungkin dapat membantu anda yang ingin melakukan ziarah umrah ke tanah suci tidak lama lagi Dalam hantaran yang tular itu seorang lelaki dilihat menegur pengunjung yang seakan akan me...
Kaki Bengkak Punca Simptom Dan Tips Mencegah

Kaki Bengkak Punca Simptom Dan Tips Mencegah

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 155 hits
Adakah anda atau ahli keluarga sedang alami kaki bengkak Bengkak pada kaki atau edema mungkin dilihat sebagai perkara normal terutamanya bagi warga emas dan ibu hamil Dalam kebanyakan masa ia boleh diatasi dengan beberapa langkah pencegahan...
Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi Boleh Calarkan Emosi Anak Mama Papa Jangan Abaikan

Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi Boleh Calarkan Emosi Anak Mama Papa Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 233 hits
Sindrom atau anak tengah adalah masalah besar pada hingga ada yang mengatakan sering menimbulkan masalah dan buat perangai Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah Sindrom Anak Kedua ...
Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

Ibu Hamil Berhati Hatilah Salah Posisi Tidur Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 129 hits
Ibu ibu berhati hatilah ketika tidur Jika salah mama boleh membahayakan dalam kandungan Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan k...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti