Hukum Makmum Berwudhu Mengikut Imam Bertayammum



SOALAN:
Apakah hukum saya mengikut imam yang bertayammum sekiranya saya mengetahui hal tersebut? Adakah solat saya sah atau saya perlu mengulanginya semula?

JAWAPAN:
Sabda Rasulullah SAW:

إنما جعل الإمام ليؤتم به فلا تختلفوا عليه
“Sesungguhnya adanya imam adalah untuk diikuti, maka janganlah kalian menyelisihinya.” [Riwayat al-Bukhari (805) dan Muslim (411)]

Jumhur ulama’ mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menyatakan keharusan bagi makmum yang berwudhu' mengikut imam yang bertayammum. (Rujuk: Hasyiyah al-Dasuqi, 1/341; Kasysyaf al-Qina',1/465; Al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, 1/50).

Hal ini berdasarkan peristiwa yang diriwayatkan:

اِحْتَلَمْتُ فيِ لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ شَدِيْدَةِ البَرْد فَأَشْفَقْتُ إِنِ اغْتَسَلْتُ أَن أَهْلَك فَتَيَمَّمْتُ ثُمَّ صَلَّيْتُ بِأَصْحَابيِ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلىَ رَسُول اللهِ ذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ : يَا عَمْرُو صَلَّيتَ بِأَصْحَابِكَ وَأَنْتَ جُنُب؟ فَقُلْتُ : ذَكَرْتُ قَوْلَ الله تَعَالىَ -وَلاَ تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُم إِنَّ اللهُ كَانَ بِكُم رَحِيْمًا- فَتَيَمَّمْتُ ثُمَّ صَلَّيْتُ فَضَحِكَ رَسُولُ اللهِ وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا
Daripada Amru bin Al-’Ash R.A bahawa ketika beliau diutus pada perang Dzatus Salasil berkata: “Aku bermimpi basah pada malam yang sangat dingin. Aku yakin sekali sekiranya aku mandi maka aku akan ditimpa kecelakaan. Maka aku bertayammum dan solat Subuh mengimami teman-temanku. Ketika kami tiba kepada Rasulullah SAW, mereka bertanyakan hal itu kepada beliau.” Lalu beliau bertanya: “Wahai Amru, apakah kamu mengimami solat dalam keadaan junub?” Aku menjawab: “Aku mengingati firman Allah SWT: “Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu”, maka lalu aku bertayammum dan dan mendirikan solat.” (Mendengar jawapannya itu) Rasulullah SAW tertawa dan tidak berkata apa-apa.” [Riwayat Al-Hakim (1/117) dan Abu Daud (335)]

Justeru, hadith di atas menunjukkan taqrir (pengakuan) Rasulullah SAW dalam sesuatu peristiwa iaitu apabila beliau melihat sesuatu hal lalu mendiamkan serta tidak menyalahkannya.

Walau bagaimanapun, dalam mazhab Syafi’i para ulama’ menyatakan keharusan orang yang berwudhu' mengikut imam yang bertayammum pada keadaan tertentu iaitu harus mengikut imam yang bertayammum sekiranya tidak diwajibkan ke atasnya (imam) untuk mengqadha solat tersebut. Adapun sekiranya imam itu bertayammum dan diwajibkan ke atasnya mengqadha semula solat tersebut maka hal itu tidak diharuskan.

Berkata Imam al-Nawawi: “Dan diharuskan solat orang yang membasuh kaki (ketika wudhu') di belakang orang yang menyapu khuf, serta solat orang yang berwudhu' di belakang imam yang bertayammum sekiranya imam tersebut tidak diwajibkan untuk menqadha solatnya seperti keadaan orang yang bertayammum ketika musafir ataupun tayammum orang yang mukim disebabkan oleh kesakitan atau luka dan seumpamanya dan hal ini yang disepakati dalam mazhab kami. Adapun sekiranya seseorang solat di belakang imam yang bertayammum dan diwajibkan untuk menqadha semula solatnya seperti tayammum bagi orang bermukim yang tidak menemukan air dan seumpamanya, maka wajib ke atasnya (makmum tersebut) untuk mengulangi semula solatnya mengikut pandangan yang sahih kerana hukum solat imam tersebut tidak sah dan keadaannya seperti orang yang berhadas.” (Rujuk: Al-Majmu Syarh al-Muhadzzab, 4/263)

Disebut di dalam kitab Fath al-Rahman: “Tidak diharuskan (bagi makmum) untuk mengikuti imam yang bertayammum yang diwajibkan ke atasnya untuk mengqadha solatnya, seperti solat Faqid al-Thahurain (orang yang terhalang dari menggunakan air atau debu tanah), atau orang yang bertayammum disebabkan cuaca yang sejuk atau orang yang bertayammum dalam keadaan bermukim kerana tidak menemukan air.” (Rujuk: Fath Al-Rahman Syarh Zubad Ibn Ruslan, 1/355)

Adapun mengenai keumuman hadith Amru Al-Ash sebelum ini, Imam al-Syubramalsi ketika menghuraikan tentang hadis tersebut menyatakan: “Adapun Nabi tidak memerintahkannya (Amru Al-Ash) dan para sahabat baginda untuk mengulangi solat mereka, kerana hal ini termasuk dalam bab -Ta’khir al-Bayan Ila Waqt al-Hajah- yakni melambatkan penerangan sehingga waktu yang ia diperlukan -dan ia adalah diharuskan, dan berkemungkinan juga bahawa Amru al-Ash sudah mengetahui tentang kewajipan menqadha solat tersebut, adapun mengenai sahabat-sahabat baginda, hal itu adalah berkemungkinan mereka tidak mengetahui tentang keadaan Amru Al-Ash (sedang bertayammum) ketika mengimamkan mereka dalam solat tersebut.” (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj 2/168; Mughni al-Muhtaj 1/268)

Justeru, secara ringkasnya kami simpulkan masalah ini seperti berikut:

1. Hukum mengikut imam yang bertayammum yang diwajibkan ke atasnya untuk qadha solatnya adalah tidak diharuskan dan solat tersebut tidak sah serta wajib ke atas makmum untuk mengqadha solatnya. Di antara contoh bagi keadaan ini ialah:

Tayammum bagi orang yang bermukim kerana tidak menemukan air sekiranya tempat tersebut secara kebiasaannya tidak terputus bekalan air. Namun sekiranya seseorang itu tinggal dan bermukim di padang pasir atau kawasan gurun, maka hal tersebut diharuskan dan dia tidak perlu menqadha solatnya. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/268)Orang yang bertayammum kerana cuaca yang terlalu sejuk serta tidak menjumpai alat pemanas air. Hal ini kerana cuaca yang sejuk hanya berlaku dalam tempoh tertentu dan bukannya sepanjang waktu. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/268)
2. Hukum mengikut imam yang bertayammum yang tidak diwajibkan ke atasnya qadha solatnya adalah diharuskan, dan solat tersebut sah dan tidak perlu qadha. Di antara contoh keadaan ini ialah:

Orang yang bertayammum kerana tidak menemukan air ketika musafir, kecuali dia menempuh perjalanan untuk maksiat. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/268)Orang yang bertayammum kerana sakit atau luka samada ketika mukim atau musafir dan sekiranya dia berwudhu' ia boleh menyebabkan kesakitan yang lebih teruk atau melambatkan proses penyembuhan. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 1/268)
Kesimpulan

Setelah meneliti perbahasan di atas, kami cenderung mengatakan bahawa hukum makmum yang berwudhu' mengikut imam yang bertayammum adalah sah di sisi mazhab Syafi’e. Ini juga adalah pandangan jumhur ulama’.

Walau bagaimanapun, menurut Mazhab Syafi’e hukum makmum mengikut imam yang bertayammum boleh dipecahkan kepada 2 bahagian:

Sekiranya imam yang bertayammum itu diwajibkan ke atasnya untuk mengqadha solatnya maka ia tidak diharuskan dan solat tersebut tidak sah serta wajib diqadha solatnya.Sekiranya imam yang bertayammum itu tidak diwajibkan ke atasnya untuk mengqadha solatnya maka ia diharuskan, dan solat tersebut sah serta tidak perlu diqadha.
Wallahu a’lam.

Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-makmum-berwudhu-mengikut-imam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 200 hits
SOALAN Kalau saya agak terlewat untuk melaksanakan solat sunat Subuh bolehkah saya melakukannya sebaik sahaja muazzin iqamah JAWAPAN Solat sunat sebelum Subuh merupakan antara solat sunat ratibah yang amat dituntut untuk dibuat Ini berdasar...
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 575 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Apa Hukum Mempercayai Ramalan Zodiak

Apa Hukum Mempercayai Ramalan Zodiak

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 492 hits
ZODIAK atau bintang 12 adalah salah satu cabang astrologi merupakan garisan yang dilalui oleh matahari dalam masa setahun yang mana garisan itu adalah satu garisan melengkung khayalan Dalam proses berkenaan matahari dipercayai melalui 12 ba...
Hukum Terpijak Tahi Burung

Hukum Terpijak Tahi Burung

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 360 hits
SOALAN Saya ada soalan berkenaan tahi burung Kadangkala saya lihat terdapat kawasan atau tempat yang lantai nya terdapat banyak tahi burung Apakah hukum jika terpijak najis tersebut JAWAPAN Pada asalnya mazhab Syafie memandang tahi bahan bu...
Pks Heran Yasonna Bentuk Tim Investigasi Kedatangan Harun Dan Tim Hukum Pdip

Pks Heran Yasonna Bentuk Tim Investigasi Kedatangan Harun Dan Tim Hukum Pdip

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 127 hits
Dia mengatakan logika publik akan berpikir saat Menteri Hukum dan HAM Yasonna membentuk tim investigasi soal delay data kedatangan Harun ke Indonesia Sementara Yasonna sebagai Ketua DPP PDIP Bidang Hukum dan HAM membentuk tim hukum partai
Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 1859 hits
SOALAN Apakah hukum membaca bacaan rukuk ketika sujud JAWAPAN Daripada Uqah bin Amir R A berkata bahawa ketika turun ayat fasabbih bismi rabbika al azhimi Rasulullah SAW bersabda Jadikanlah ia bacaan pada rukuk kalian Dan ketika turun ayat ...
5710 Kes Tahfiz Terbakar Hukum Qisas Perlu Dikenakan Kepada Tertuduh Ppim 29 01 2020

5710 Kes Tahfiz Terbakar Hukum Qisas Perlu Dikenakan Kepada Tertuduh Ppim 29 01 2020

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 267 hits
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja berusia 19 tahun membela diri atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat pada September 2017 manakala rakannya dibebaskan atas p...
Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 322 hits
Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang...
Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 479 hits
Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup Tanpa air kita tidak dapat menyiram tumbuhan memasak makanan minum dan membersihkan diri Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan haiwan yang memakan tumbu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut