Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat



SOALAN:
Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah. Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Jumaat? Adakah dalil yang melarangnya?

JAWAPAN:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.A bahawa beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأ عَلَيْنَا السُورَةَ فِيهَا السَجْدَةُ فَيَسْجُدَ وَنَسْجُد
“Pada satu ketika, Rasulullah SAW membacakan kepada kami satu surah yang mempunyai ayat Sajdah, maka Baginda SAW pun sujud lalu kami pun ikut sujud juga.” (Rujuk: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 2:556)

Hadith di atas menceritakan tentang sujud tilawah. Sujud tilawah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang membaca atau mendengar ayat-ayat yang terdapat padanya tempat sujud tilawah. Jumhur ulama’ menyatakan hukumnya ialah sunat dan bukannya wajib. Inilah juga pendapat Umar ibn al-Khattab, Ibn Abbas, Imran bin Husain, Imam Malik, Imam al-Auza’ie, Imam Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur, Daud dan lain-lain.

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, ulama’ Syafi’ieyyah ada menyatakan larangan membaca satu atau beberapa ayat daripada ayat Sajdah dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) sama ada di dalam solat fardhu atau sunat.

Larangan tersebut telah dinyatakan dalam beberapa kitab mazhab Syafie, antaranya seperti berikut:

ويسجد مصل لقراءته ، أي لا بقصد السجود في غير صبح الجمعة
“Dan hendaklah orang yang melakukan solat itu bersujud (tilawah) ketika membacanya (ayat Sajdah), yang demikian itu bukanlah bertujuan untuk melakukan sujud (tilawah) itu pada hari selain Jumaat.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh al-Minhaj, 1/472-473)

Hal ini turut dinyatakan oleh Imam Al-Ramli ketika mensyarahkan kitab Minhaj:

ولو قرأ في الصلاة آية سجدة أو سورتها بقصد السجود في غير ألم تنزيل في صبح يوم الجمعة بطلت صلاته على المعتمد إن كان عالما بالتحريم
“Dan apabila seseorang membaca ayat Sajdah atau surahnya di dalam solat (selain surah as-Sajdah) pada waktu Subuh di hari Jumaat dengan tujuan untuk melakukan sujud maka solatnya terbatal mengikut pandangan yang muktamad sekiranya dia mengetahui larangan tersebut.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh Al-Minhaj, 1/472-473)

Pandangan ini turut dinukilkan oleh Imam Al-Ghamrawi:

ولا تستحب قراءة آية سجدة في الصلاة بقصد السجود ، فإن قرأ بقصد ذلك وسجد بطلت الصلاة إلا في صبح يوم الجمعة فتسن فيه قراءة ألم تنزيل
“Dan tidak disunatkan untuk membaca ayat Sajdah di dalam solat dengan tujuan untuk sujud (tilawah), sekiranya dia membaca ayat (Sajdah) dengan tujuan tersebut lalu dia sujud (tilawah) maka batal solatnya, kecuali ketika solat Subuh pada hari Jumaat, lalu hal itu sunat baginya untuk membaca surah as-Sajdah.” (Rujuk: Siraj al-Wahhaj ‘ala Syarh Al-Minhaj, hlm 63)

Daripada perbincangan di atas, dapat kami simpulkan masalah ini kepada beberapa keadaan seperti berikut:

1. Hukum membaca ayat atau surah Sajdah selain dari solat Subuh pada hari Jumaat dengan sengaja.

Para ulama’ Syafi’ieyyah menyatakan larangan membaca ayat atau surah Sajdah di dalam solat sama ada fardhu atau sunat dengan tujuan untuk melakukan sujud. Hal ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan penambahan satu rukun fi’li di dalam solat iaitu sujud. Sekiranya dia melakukannya dengan sengaja, maka batal solatnya. Adapun bagi mereka yang terlupa atau jahil mengenai hukum tersebut, maka hal tersebut dimaafkan.

2. Hukum membaca ayat atau surah Sajdah di dalam solat Subuh pada hari Jumaat dengan sengaja.

Disunatkan membaca surah al-Sajdah ألم تنزيل di dalam solat Subuh pada hari Jumaat sekalipun dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) kerana hal tersebut terdapat dalam sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةَ، وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ حِين من الدهر
“Adapun Nabi SAW membaca pada hari Jumaat di dalam solat Fajar dengan surah al-Sajdah الم تَنْزِيلُ dan surah al-Insan هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا.” [Riwayat al-Bukhari (891)dan Muslim (879)]

Kesimpulan

Justeru, hukum membaca mana-mana ayat Sajdah di dalam solat dapat diringkaskan seperti berikut:

Membaca ayat Sajdah dengan tujuan untuk tilawah semata mata, maka perkara tersebut diharuskan.Membaca ayat Sajdah dengan tujuan untuk tilawah berserta sujud, maka hal ini juga diharuskan. (Rujuk: I’anah al-Tolibin, 1/246). Dan keadaan ini yang menjadi kebiasaan kebanyakan masyarakat di negara kita.Membaca mana-mana ayat Sajdah dengan tujuan untuk sujud semata-mata, justeru hal ini yang ditegah oleh para ulama’ dan boleh membatalkan solat.
Seterusnya, solat seseorang terbatal apabila dia membaca ayat Sajdah dengan sengaja lalu dia melakukan sujud tilawah, namun sekiranya dia membaca ayat Sajdah dengan sengaja tanpa melakukan sujud (tilawah), maka solatnya tetap sah. (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal ‘ala Syarh al-Minhaj, 1/472-473)

Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa solat seseorang terbatal sekiranya dia membaca mana-mana ayat Sajdah di dalam solat secara sengaja, semata-mata dengan tujuan untuk melakukan sujud (tilawah) dan bukan pada keadaan yang lain. Wallahua’lam.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang benar dan memandu kita dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-membaca-ayat-al-sajdah-bertujuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 1861 hits
SOALAN Apakah hukum membaca bacaan rukuk ketika sujud JAWAPAN Daripada Uqah bin Amir R A berkata bahawa ketika turun ayat fasabbih bismi rabbika al azhimi Rasulullah SAW bersabda Jadikanlah ia bacaan pada rukuk kalian Dan ketika turun ayat ...
Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 283 hits
SOALAN Masjid di tempat saya ada dua tingkat Oleh kerana bahagian bawah lebih besar maka kedudukan makmum berada di hadapan imam yang berada di atas Soalan saya adakah sah solat seperti ini JAWAPAN Dalam mazhab Imam al Syafi e ada beberapa ...
Budak Lain Pergi Dengan Ayah Rita Galas Tanggungjawab Hantar Tunggu Anak Solat Jumaat

Budak Lain Pergi Dengan Ayah Rita Galas Tanggungjawab Hantar Tunggu Anak Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 542 hits
Bukan mudah bergelar ibu tunggal seperti pelakon Rita Rudaini dua orang anak lelakinya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sentiasa menjadi keutamaan buat dirinya Baru baru ini satu muat naik di IG milik Rita telah mengundang emosi r...
Kiamat Akan Berlaku Pada Hari Jumaat

Kiamat Akan Berlaku Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 344 hits
SOALAN Apakah terdapat hadith yang menyatakan bahawa benar Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat JAWAPAN Beriman dengan hari Kiamat adalah termasuk di dalam rukun rukun Iman Justeru wajib ke atas kita untuk beriman dengannya Akan tetapi Alla...
Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi Ramai Kagum Lihat Tenangnya Bapa Ini Urus Anak

Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi Ramai Kagum Lihat Tenangnya Bapa Ini Urus Anak

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 497 hits
Tindakan seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan mengundang pelbagai reaksi netizen Tangkap layar aksi tersebut yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Mala...
Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 201 hits
SOALAN Kalau saya agak terlewat untuk melaksanakan solat sunat Subuh bolehkah saya melakukannya sebaik sahaja muazzin iqamah JAWAPAN Solat sunat sebelum Subuh merupakan antara solat sunat ratibah yang amat dituntut untuk dibuat Ini berdasar...
Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 285 hits
Tentera Israel sekali lagi bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu Menerusi video yang dikongsikan di Twitter pihak Israel dikatakan tela...
Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi

Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 384 hits
AIMAN SADIQ ABDULLAH 17 Januari 2020 KUALA LUMPUR Tindakan seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini mengundang pelbagai reaksi netizen Tangkap layar aksi tersebut yang dis...
Jumaat Penghulu Hari 9697

Jumaat Penghulu Hari 9697

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1200 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah In Syaa Allah Jumaat Penghulu Hari menceriakan hidup kita dengan limpahan rezeki Allah redha Allah dan Rahmat Allah Aamiin Yaa Allah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah