Hukum Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya



SOALAN:
Apakah hukum membaca bacaan rukuk ketika sujud?

JAWAPAN:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْعَلُوهَا فِي رُكُوعِكُمْ فَلَمَّا نَزَلَتْ سَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى قَالَ اجْعَلُوهَا فِي سُجُودِكُم
Daripada Uqah bin Amir R.A berkata bahawa ketika turun ayat fasabbih bismi rabbika al-‘azhimi, Rasulullah SAW bersabda: “Jadikanlah ia bacaan pada rukuk kalian!” Dan ketika turun ayat sabbihisma rabbik al-a’la, Rasulullah SAW bersabda: “Jadikanlah ia bacaan pada sujud kalian!” [Riwayat Abu Daud (689)]

Membaca Tasbih Ketika Rukuk Dan Sujud

Jumhur ulama’ mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi menyebutkan bahawa bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah sunat dan bukannya wajib. Apabila seseorang tidak membaca atau meninggalkannya samada secara sengaja atau tidak, maka dia sama sekali tidak membatalkan solat. Bersalahan dengan mazhab Hanbali yang menyatakan bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah wajib. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/414)

Berkata Imam Al-Nawawi: “Bacaan tasbih dan zikir-zikir yang lain ketika rukuk dan sujud dan perkataan “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَرَبَّنَا لَكَ الْحَمْد” dan takbir-takbir selain dari takbiratul ihram adalah sunat dan bukannya wajib. Maka sekiranya seseorang meninggalkannya maka dia tidak berdosa dan solatnya tetap sah sama ada dia meninggalkannya secara sengaja atau tidak, tetapi makruh baginya meninggalkan bacaan tersebut secara sengaja.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 3/414)

Imam Al-Nawawi ketika menyenaraikan sunat-sunat haiat di dalam solat, yang mana salah satunya ialah bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud. Apabila seseorang terlupa atau meninggalkannya, maka hal itu tidak menyebabkan batalnya solat dan tidak perlu menggantikannya dengan sujud sahwi. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 4/427)

Membaca Bacaan Rukuk Ketika Sujud Atau Sebaliknya

Berbalik kepada persoalan di atas, hal ini termasuk dalam bab memindahkan bacaan pada bukan tempatnya. Dalam hal ini ulama’ membahaskan di antara sebab-sebab sujud sahwi ialah mengulangi rukun qauli (bacaan) pada bukan pada tempatnya. Sebagai contoh; membaca bacaan al-Fatihah ketika rukuk. (Rujuk: Al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi'i, 1/107)

Berkata Imam Sulaiman Al-Jamal: “Adapun sekiranya seseorang mengulangi rukun qauli pada bukan tempatnya, maka dia perlu menggantikannya dengan sujud sahwi. Dan sekiranya seseorang memindahkan bacaan sunat-sunat haiat pada bukan tempatnya, maka dia tidak perlu menggantikannya dengan sujud sahwi.” (Rujuk: Hasyiyah al-Jamal, 1/451)

Berkata Imam al-Bujairimi dan Imam al-Jawi: “Adapun sekiranya seseorang memindahkan bacaan sunat-sunat haiat (pada bukan tempatnya) maka dia tidak perlu menggantikannya dengan sujud sahwi kecuali pada masalah membaca surah (selain al-Fatihah) pada keadaan selain qiyam.” (Rujuk: Hasyiyah al-Bujairimi, 1/258; Nihayah al-Zain, 1/84)

Justeru dapatlah difahami bahawa bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah bukan rukun qauli kerana termasuk dalam sunat haiat, maka jika seseorang yang memindahkan bacaan tasbih rukuk atau sujud pada bukan tempatnya maka solatnya tetap sah dan dia tidak perlu menggantikannya dengan sujud sahwi.

Kesimpulan

Setelah meneliti perbahasan di atas, dapatlah kami simpulkan bahawa bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud adalah sunat haiat dan bukannya rukun qauli. Justeru, seseorang yang membaca bacaan rukuk ketika sujud atau sebaliknya, maka hal tersebut tidak membatalkan solat dan tidak perlu menggantikannya dengan sujud sahwi.

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-membaca-bacaan-rukuk-ketika-sujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 619 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

Doa Ketika Memulakan Pekerjaan Atau Perniagaan Habis Kerja

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 5453 hits
Sebelum memulakan kerja tugas berniaga keluar rumah buat sesuatu atau pun selepas solat kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada ...
Bawa Beg Berisi Kasut Ketika Tawaf Sah Atau Tidak

Bawa Beg Berisi Kasut Ketika Tawaf Sah Atau Tidak

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 386 hits
SOALAN Saya ada kemusykilan mengenai umrah Ketika mengerjakan umrah kali pertama saya membawa kasut dalam uncang setiap kali saya masuk ke Masjidil Haram sama ada untuk tawaf sa ie ataupun sekadar solat Pendek kata saya membawa kasut ke man...
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 427 hits
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat Pertanyaan Suara wanita aurat bukan ya Ketika sholat jamaah saya mendengar wanita yang keluar suaranya sangat keras membetulkan bacaan imam shalat Bagaimana hukumnya Jawaban Bismillah Al...
Hukum Membaca Wirid Dan Dzikir Pagi Dan Petang Tanpa Berwudhu

Hukum Membaca Wirid Dan Dzikir Pagi Dan Petang Tanpa Berwudhu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 477 hits
Pertanyaan Apakah saya boleh membaca doa sore pagi dan wirid tanpa berwudhu Jawaban BOLEH membaca wirid doa pagi dan sore tanpa wudhu berdasarkan ucapan Aisyah Bahwa Rasullullah senantiasa berdzikir kepada Allah pada setiap keadaannya Petun...
Nasdem Pilih Riza Patria Atau Nurmansjah Lubis

Nasdem Pilih Riza Patria Atau Nurmansjah Lubis

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 277 hits
Sekretaris fraksi NasDem Abdul Aziz memastikan partainya akan satu suara dalam memilih calon Wakil Gubernur DKI Jakarta Namun Aziz masih menutup rapat siapa yang bakal dipilih antara Ahmad Riza Patria dari Gerindra dan Nurmansjah Lubis dari...
Saya Tak Kata Sajat Tak Boleh Dikecam Atau Kritik Mufti Perlis

Saya Tak Kata Sajat Tak Boleh Dikecam Atau Kritik Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 467 hits
MALAYSIAKINI Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyanggah laporan media berhubung kenyataannya membabitkan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat yang memakai pakaian menyerupai wanita ketika menjalani ibadah umra...
Bekerja Atau Suri Rumah Semua Isteri Tetap Hebat Suami Hargailah

Bekerja Atau Suri Rumah Semua Isteri Tetap Hebat Suami Hargailah

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 326 hits
Setiap ibu sangat mementingkan keluarganya Jika perlu keluar bekerja pasti setiap keperluan suami dan anak anak akan disediakan terlebih dahulu Biar sepenat mana pun tetap akan dibuat Melalui perkongsian di laman Instagram dia berkongsi ras...
Anak Pelat Atau Lambat Cakap Aktiviti Jenis Ini Sangat Membantu Berkesan

Anak Pelat Atau Lambat Cakap Aktiviti Jenis Ini Sangat Membantu Berkesan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 674 hits
Anak masih tidak pandai bercakap Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham Lagi satu anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikata...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

Makan Makan Di Camden Market

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Lelaki Pejuang Limfoma Sebuah Kisah Nyawa Harapan