Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka


Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup. Tanpa air, kita tidak dapat menyiram tumbuhan, memasak makanan, minum dan membersihkan diri. Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan-haiwan yang memakan tumbuhan tidak dapat hidup dengan baik.
Selain itu, ketiadaan air akan menjejaskan rutin seharian untuk bersuci seperti mandi dan beristinjak. Jika tiada air melainkan air minuman, syariat membenarkan kita bertayamum untuk berwuduk dan mandi wajib.
Dalam situasi terdesak, segala idea atau inisiatif akan kita fikirkan untuk meneruskan hidup.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ﷻ, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Air mutlak ialah air yang boleh digunakan untuk tujuan bersuci seperti mengangkat hadas dan membersihkan najis dengannya. Takrif air mutlak telah diberikan oleh Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhadzdzab:
Diharuskan untuk mengangkat hadas dan menghilangkan najis dengan air mutlak, iaitu apa yang turun dari langit atau yang membuak dari bumi. Maka, apa yang turun dari langit itu ialah air hujan, dan cairan salji dan embun. Asal tentang fakta ini ialah firman-Nya Azza wa Jalla:
وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ
Maksudnya: “Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya,”
(Surah al-Anfal: 11)
Dan apa yang membuak dari bumi ialah air laut, air sungai dan air telaga. Asal tentang fakta ini ialah sabda baginda ﷺ:
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).
Riwayat Imam al-Tirmidzi (68) dalam Sunan. Beliau berkata hadis ini hasan sahih.
Dan diriwayatkan bahawa Nabi ﷺ berwuduk dengan air telaga Budha`ah.”
Berkata Imam al-Nawawi ketika menjelaskan kewajaran menggunakan air yang murni untuk bersuci, berbanding pendapat yang mengatakan boleh menggunakan cecair suci selain air:
“Maka sesungguhnya air ialah himpunan jisim-jisim yang halus dan bukan gabungan beberapa juzuk. Itu tidak berlaku pada cecair yang lain.”
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdab (1/82-93)
Berkata Syeikh Muhammad al-Syatiri dalam Syarh al-Yaqut al-Nafis (ms. 61):
“Adapun sarana untuk bersuci, maka ia adalah air. Air itu asal semua benda. Ia adalah suatu yang turun dari langit dan membuak dari bumi, atas apa sifat pun rupanya.
Berdasarkan takrif ini sebahagian ulama muta`akhkhirin mengharuskan bersuci dengan diesel, petrol dan gas asli.
Sebahagian mereka sampaikan membuat suatu risalah khas tentang gas asli dan menganggapnya sebagai bahan bersuci, kerana sifatnya membuak dari bumi. Kenyataan ini dibantah kerana ia tidak lagi disebut pada asalnya sebagai air.
Wuduk dari air pendingin hawa Adapun apa yang meleleh daripada pendingin hawa daripada jenis air, dan apa yang dikeluarkan daripada pokok-pokok di sebahagian negara, apabila disebutkan bahawa sebahagian pokok menitis air pada waktu malam maka manusia menggali lubang di bawahnya sehingga penuh dengan air.
Berkata Ibn Qadhi dalam Muktasar al-Qadhaya al-Asyr: “Itu bukan air kerana ia tidak turun daripada langit dan tidak terbit dari bumi.”
Akan tetapi para saintis mengatakan air itu adalah suatu campuran (molekul) yang terbina daripada dua bahan (atom), iaitu oksigen dan hidrogen.
Kedua-duanya wujud dalam pada air secara mutlak, sekalipun pada cecair yang meleleh daripada pendingin hawa, maka di atas sebab ini boleh diqiyaskan dengan apa yang gugur daripada pepohon, selagi ia dipanggil air berdasarkan apa yang zahir.
Ulama dahulu kala (seperti al-Nawawi yang disebut di atas) mengatakan air itu unsur yang tidak murakkab (gabungan beberapa juzuk), dan semua benda itu murakkab kecuali empat benda – seperti kepercayaan orang dahulu kala – iaitu air, tanah, api dan angin – bahan-bahan ini bukanlah gabungan.
Akan tetapi, ilmu sains moden telah membuktikan bahawa bahan-bahan tadi juga adalah sejenis gabungan/campuran jua. Justeru, air itu – seperti yang diulas tadi – ialah molekul yang terdiri daripada atom oksigen dan hidrogen.”
Menurut Encyclopedia Britannica, air yang terhasil daripada pendingin hawa adalah dari kelembapan yang ada dalam udara yang terkondensasi pada sirip logam yang berada di sekeliling lingkaran penyejat. Proses kondensasi ini berlaku secara tabii dalam proses penghasilan awan, yang menurunkan hujan dan embun.
Apabila diteliti, sifat air daripada pendingin hawa ini menyerupai air embun yang boleh digunakan untuk bersuci.
Namun, cara bersuci dengan air embun perlulah dikumpulkan sehingga mengalir. Sekiranya titis-titip embun tidak mengalir, maka tidak boleh digunakan untuk membasuh atau mandi, sebaliknya hanya untuk sapuan.
Fakta ini diterangkan oleh Imam al-Nawawi:
“Jika salji dan embun digunakan (untuk bersuci) sebelum dicairkan; sekiranya ia mengalir di atas anggota (wuduk) kerana cuaca panas, atau kepanasan suhu badan, atau meningkatnya suhu salji, maka sah wuduknya mengikut pendapat yang sahih, dan inilah yang diputuskan secara qat’ie oleh Jumhur (ulama).
Pendapat kedua mengatakan tidak sah, kerana itu tidak dipanggil sebagai basuhan (atau mandian). Inilah pendapat yang diceritakan dari sejumlah ulama, seperti yang diputuskan oleh Qadhi Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Basri, pengarang al-Hawi, dan Abu al-Faraj Muhammad bin Abdul Wahid bin Muhammad al-Darimi, pengarang al-Istizkar.
Mereka berdua ialah ulama kibar (utama) daripada kalangan ulama (Syafieyyah). Dan disandarkan juga oleh al-Darimi kepada Abu Saied al-Istakhri. Sekiranya tidak mengalir maka tidak sah basuhan tanpa khilaf, tetapi sah sapuan pada kepala, khuf dan balutan. Inilah mazhab kami (Syafie)”.
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (1/181)
Sekiranya diterima qias air embun dengan air daripada pendingin hawa, apakah akan menjejeskan kemurnian air mutlak itu jika terdapat bau-bauan, warna yang sedikit keruh atau rasa yang agak pelik daripada air lain? Jawapannya, ia tidak memberi kesan kepada fungsi menyucikan pada air itu selama mana tidak begitu ketara.
Berkata Imam Syafi’i: “Jika sesuatu bahan masuk ke dalam air daripada jenis yang halal (suci) kemudian mengubah bau dan rasanya, tanpa menyebabkan bahan itu dengan air melarut jadi satu, maka wuduk menggunakan air yang seperti ini hukumnya tidak ada masalah (sah).
Demikian itu, apabila air dimasuki kayu atau tar kemudian baunya menyerbak, atau seumpamanya. Jika ada seseorang mengambil air, lalu dituang dengan susu, tepung atau madu sehingga airnya larut menjadi satu, maka berwuduk dengan air seperti ini hukumnya tidak sah.
Ini kerana air larut bersama bahan dan mengubah kemurnian nama air, sehingga dipanggil namanya berubah air tepung, air susu, air madu yang bercampur.” Rujuk al-Umm (1/20)
Bagaimana pula jika seseorang itu tidak pasti sama ada air itu mutlak atau bernajis?
Berkata Imam al-Syirazi: “Sekiranya tidak yakin kesucian air itu dan juga kenajisannya maka dibenarkan berwuduk dengannya kerana asal air ialah suci. Begitu juga jika seseorang mendapati air itu berubah dan dia tidak tahu punca yang mengubah air itu maka dibenarkan berwuduk dengannya kerana boleh jadi perubahannya kerana lamanya menetap.”
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (1/167)
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami berpendapat seperti berikut:
Kami cenderung mengatakan air yang keluar daripada alat pendingin hawa adalah air mutlak yang sifatnya suci lagi menyucikan, selagi mana sifatnya menyerupai air daripada sumber-sumber air mutlak yang lain. Sedikit perubahan pada bau, warna dan rasa pada air itu tidaklah menjejaskan sifatnya yang suci lagi menyucikan.
Kami juga berpendapat untuk merujuk kepada pakar berkenaan risiko kesan sampingan terhadap kesihatan, jika ada, dalam penggunaan air tadangan pendingin hawa.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Wallahua’lam.
pic.twitter.com/xDSOpGtcRY
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) January 13, 2020

Sumber: Mufti WP
The post Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa? Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/31/apa-hukum-ambil-wuduk-dengan-air-tadahan-pendingin-hawa-ini-jawapan-mufti-yang-ramai-tak-sangka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 323 hits
Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang...
Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita Ini Jawapan Mufti Wp

Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 286 hits
Sejak kecil lagi mungkin ramai diantara kita pernah dengar sekiranya telinga berdengung ia menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW sedang mengingati Perkara seperti ini berlegar dalam ingatan ramai orang sehingga hari ke hari ini Namun timbul p...
Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada Ini Jawapan Mufti

Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 402 hits
Adakah Hantu Hantu Yang Digambarkan Masyarakat Itu Wujud Ini Jawapan Mufti Sering menggunakan gambaran makhluk ghaib untuk tujuan menakut nakutkan orang lain Sesetengah orang percaya hantu datangnya dari jelmaan roh yang tidak tenang di ala...
Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 438 hits
KANGAR 3 Feb Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat memakai pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama namum umat Islam perlu m...
Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 375 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sering menghadapi fasa ketika mana si anak tidak dapat berenggang dengan mereka Jika hilang dari pandangan sebentar sahaja pun si kecil akan meraung bagaikan dipukul Hal ini pastinya menjadi dil...
Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

Mb Selangor Tidak Hasrat Henti Program Air Percuma

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 245 hits
HULU LANGAT 22 JAN Kerajaan Negeri tidak bercadang menghentikan program air percuma kepada golongan sasar walaupun kos perbelanjaannya meningkat setiap tahun kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri...
Semua Terkorban Pesawat Pengebom Air Dalam Misi Padam Hutan Terbakar Australia Terhempas

Semua Terkorban Pesawat Pengebom Air Dalam Misi Padam Hutan Terbakar Australia Terhempas

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 350 hits
3 orang dilaporkan terkorban selepas sebuah pesawat pengebom air terhempas ketika memadam kebakaran hutan yang terjadi di Australia Pesawat jenis C 130 Hercules itu tersebut telah terputus hubungan pada Khamis kira kira pukul 1 30 tengah ha...
Penampakan Sarang Tawon Seukuran Dispenser Air Di Pohon Pinggir Jalan Kota Tangsel

Penampakan Sarang Tawon Seukuran Dispenser Air Di Pohon Pinggir Jalan Kota Tangsel

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 232 hits
Sarang tawon berdiameter 50 sentimeter itu berada di pohon mahoni di Jalan Utama Bintaro sektor 3A Sarang berukuran besar itu diduga sudah menempel di dahan pohon selama 2 bulan
300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 257 hits
Siapa sangka model yang baru sahaja dilancarkan daripada jenama yang semakin naik iaitu realme berjaya terjual sebanyak 300 unit sepanjang seminit pertama promosi dilancarkan di Shopee Model yang dimaksudkan adalah realme Buds Air sebuah Tr...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah