Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar
BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha penyasaran subsidi minyak yang dilaksanakan melalui inisiatif BUDI95 membuktikan keberanian serta komitmen Kerajaan MADANI demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, isu penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih dua dekad lalu oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah. Namun, tiada pihak sebelum ini yang benar-benar berani melaksanakannya.
“Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap Kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya,” katanya.
Menurut Anwar, pelaksanaan langkah itu penting bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak. Ini sekali gus mengelakkan ketirisan kepada lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.
“Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani menerusi BUDI95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” tambah beliau.
Hasilnya kembali kepada rakyat
Hasil inisiatif tersebut, negara berjaya menjimatkan kira-kira RM800 juta setakat ini.
Perdana Menteri menjelaskan, setiap penjimatan itu disalurkan semula kepada rakyat melalui bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Selain itu, dana berkenaan turut digunakan untuk menaik taraf kemudahan kesihatan termasuk klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara bagi manfaat jangka panjang rakyat.
“Alhamdulillah,” katanya menzahirkan kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan dasar tersebut.

Sumber: Anwar Ibrahim/FB
The post BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/21/budi95-jimat-rm800-juta-sebulan-ke-mana-perginya-pm-anwar/