Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya


Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya. Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya. Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang isteri pulang ke rumah keluarganya dengan mendalam, ada yang menyebabkan hukum syarak menjadi haram.
Apa-apaun, mari kita semua fahami penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum melarang isteri pulang ke rumah keluarganya supaya menjadi teladan kepada kita semua.
Soalan:
Assalamualaikum W.B.T Dr. Sejak berkahwin suami saya melarang saya untuk bertemu dengan keluarga saya. Saya tersangat rindu pada keluarga saya. Adakah saya wajib mentaati suami saya dan adakah saya berdosa sekiranya saya bertemu dengan keluarga saya secara sembunyi?
Jawapan:
Waalaikumussalam W.B.T. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.Anha:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ:” أُمُّه
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah R.A bahawasanya aku bertanya kepada Nabi S.A.W “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang isteri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang lelaki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”
Sunan Al-Kubra (9099)
Ulama’ bersepakat bahawa di antara perkara yang menjadi kewajipan isteri untuk mentaati suaminya ialah melayani suaminya dan sentiasa tinggal di rumah suaminya. Pada asalnya isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya iaitu bait al-zaujiyah (rumah kehidupan suami dan isteri) tanpa sebab yang syar’ie melainkan dengan keizinan suaminya. Hal ini sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang menyebutkan:
إِذَا اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ بِاللَّيْلِ إِلَى المسْجِدِ، فَأْذَنُوا لَهُنَّ
Maksudnya: “Apabila isteri-isteri kamu meminta keizinan kamu untuk ke masjid pada waktu malam maka izinkanlah mereka”.
(Riwayat al-Bukhari)
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan hadis ini menjadi dalil bahawa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya (sekalipun ke masjid) tanpa keizinan daripada suaminya. (Rujuk: Fath al-Bari, 2/347).
Justeru, isteri hendaklah memohon keizinan suaminya untuk keluar daripada rumah suaminya sekalipun dengan tujuan untuk menziarahi kedua ibubapanya. Hal ini sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Nabi S.A.W dalam peristiwa hadis al-ifk (peristiwa fitnah kepada ‘Aisyah) iaitu ketika ‘Aisyah R.anha meminta izin kepada baginda untuk pulang ke rumah ibubapanya.‘Aisyah berkata kepada Nabi S.A.W:
أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَيَّ؟ قَالَتْ: وَأُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا، قَالَتْ: فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Adakah engkau mengizinkanku untuk mendatangi kedua ibubapaku? Lalu berkata ‘Aisyah ketika meriwayatkan peristiwa itu : Hal ini disebabkan aku ingin mendapatkan kepastian berita tersebut daripada kedua mereka”. Maka Rasulullah S.A.W mengizinkan daku.
Riwayat al-Bukhari (4141) dan Muslim (2770)
HUKUM SUAMI MELARANG ISTERI BERJUMPA DENGAN KELUARGANYA
Para ulama’ Hanafi dan Maliki menyatakan larangan mengenai suami yang menghalang isterinya untuk menziarahi ahli keluarganya. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 4/212; Al-Taj wa al-Iklil,5/549).  Manakala ulama’ mazhab Syafi’e dan Hanbali menyatakan harus bagi suami untuk melarang isterinya untuk menziarahi keluarganya tetapi yang lebih baik adalah tidak menghalangnya. (Rujuk: Asna al-Matalib, 3/239; Al-Insaf, 8/362).
Disebut dalam kitab Al-Fiqh al-Islami: “Adapun makruh bagi suami – sebagaimana pendapat dalam mazhab syafi’i- melarang isterinya untuk menziarahi ibu bapanya sekiranya mereka dalam keadaan sakit yang tenat dan menghadiri majis pengebumian kedua ibu bapanya ketika mereka meninggal dunia, kerana larangan tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim”. (Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 7/324)
Berkata Shaikh Mahmoud Al-Shalabi: “Adalah tidak diharuskan syarak seorang suami yang menghalang isterinya untuk menziarahi keluarganya atau menghalang keluarganya untuk menziarahi isterinya kerana perbuatan ini adalah haram dan boleh menyebabkan terjejasnya hubungan kekeluargaan dan terputusnya silaturrahim”. Hal ini kerana perbuatan memutuskan silaturrahim sangat dimurkai oleh Allah sebagaimana firmanNya:
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ # أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ
Maksudnya: “(Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah tuhan) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan –jika kamu dapat memegang kekuasaan- kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah, ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya”.
(Surah Muhammad: 22-23)
Berkata Shaikh Islam Al-Nawawi: “Adapun larangan suami kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya adalah tidak diharuskan dan itu bukanlah termasuk dalam hak suami, dan dia menanggung dosa daripada perbuatan tersebut kerana telah menyebabkan terputusnya silaturrahim”.
Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Tidak dibolehkan bagi seorang suami yang Muslim melarang isterinya untuk berjumpa dengan ibu bapa isterinya yang Nasrani, hal ini kerana Islam menyuruh manusia untuk berlaku ihsan kepada kedua orang tuanya”. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”.
(Surah Al-Isra’: 23)
Hal ini jelas menunjukkan sekiranya ibu bapa Nasrani perlu dijaga haknya maka adalah utama bagi seseorang untuk berlaku ihsan kepada ibu bapanya yang Muslim. Demikian juga antara hak yang paling besar dan utama bagi seseorang manusia selepas haknya kepada Allah ialah hak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Islam jugak menganggap al-musaharah (persemendaan) ialah salah satu ikatan yang mengikat hubungan manusia dengan manusia selain daripada ikatan nasab sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا
Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikanNya mempunyai titisan nasab (baka) dan pertalian keluarga (persemendaan)”.
(Surah Al-Furqan: 54)
Justeru tidak diharuskan bagi para suami menindakkan ikatan ini, dan ke atas para suami untuk berbuat baik kepada ibu dan ayah mertuanya serta kaum kerabat isterinya. (Rujuk: www.alqardhawi.net)
Oleh itu jelaslah bahawa hukum suami melarang isterinya untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab yang munasabah di sisi syarak adalah haram.
Namun, sekiranya suami menghalang isterinya untuk menziarahi kaum kerabatnya kerana bertujuan untuk mengelakkan kemudaratan ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 3/432; Kasysyaf al-Qina’, 3/117).
ADAKAH WAJIB ISTERI MENTAATI PERINTAH TERSEBUT?
Para ulama’ menyatakan wajib bagi isteri untuk mentaati perintah suaminya selagi mana perintah tersebut tidak bercanggah dengan syarak. Begitu juga ketika mana suami menghalangnya untuk menziarahi kedua ibu bapanya kerana kedudukan suami lebih tinggi daripada kedua ibu bapa sebagaimana hadis tentang ‘Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini.
Namun begitu, sekiranya larangan tersebut boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan terputus, atau ibu bapa yang uzur dan memerlukan khidmat anak, maka sesetengah ulama’ menyatakan ia diharuskan bagi isteri untuk keluar sekalipun tanpa keizinan suaminya.
Disebut di dalam kitab Al-Bahr al-Raiq: “Jika bapa isteri sedang sakit atau seumpamanya, dan dia berhajat kepada khidmatnya (anak) sedangkan suaminya melarang untuk menziarahinya, maka hendaklah isteri melanggar larangannya”. Menurut pendapat yang sahih menyatakan ialah isteri boleh keluar menziarahi kedua ibubapanya setiap Jumaat iaitu (seminggu sekali) samada dengan keiizinan suaminya ataupun tidak. Dia juga boleh menziarahi mahramnya setiap tahun sekali samada dengan izin suami ataupun tidak. Adapun keluar menziarahi keluarga melebihi dari yang demikian itu maka hendaklah mendapat keizinan”. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq, 4/212).
Berkata Shaikh Ali Jum’ah: “Tidak dibolehkan ke atas suami untuk melarang isterinya melakukan kewajipan yang diwajibkan ke atasnya (isteri) iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, sebagaimana tidak diharuskan untuk melarangnya (isteri) daripada melakukan kewajipan-kewajipan lain seperti solat dan puasa, dan tidak diwajibkan ke atas isteri untuk mentaati perintah suaminya itu, kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim dan perlakuan tidak baik kepada kedua ibu bapanya samada secara langsung atau tidak langsung, kerana ketaatan kepada suami hanya berlaku dalam perkara yang makruf”. (Rujuk: www.masrawy.com)
Berkata Dr Abd al-Karim al-Zaydan: “Jika suami melarang isteri tanpa alasan yang diterima syarak sedangkan adanya keperluan untuk menziarahi, maka boleh bagi isteri untuk tidak mentaatinya dalam larangan tersebut”. (Rujuk: Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, 7/295).
Kesimpulan
Setelah meneliti perbahasan di atas dapat kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:
Diharuskan bagi isteri untuk keluar menziarahi keluarganya sekalipun tanpa izin suaminya sekiranya ada hajat yang penting seperti menziarahi ibu bapanya yang sakit atau memberi khidmat kepada mereka sekiranya mereka sangat memerlukan dengan tujuan untuk menyelesaikan hajatnya sahaja. Adapun pada keadaan yang lain maka ia tidak diharuskan kerana kewajipan isteri kepada suami adalah lebih besar daripada kedua orang tuanya. Diharamkan bagi para suami melarang isteri mereka untuk menziarahi ahli keluarganya tanpa sebab-sebab yang munasabah di sisi syarak kerana hal tersebut boleh membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan. Adapun sekiranya larangan tersebut adalah kerana khuatir akan mudarat ke atas isteri atau perkahwinan mereka maka hal tersebut diharuskan. Wallahu a’lam. Kami juga menasihatkan para suami supaya bergaul dengan isterinya dengan cara yang makruf (baik) sebagaimana firman Allah S.W.T:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْروفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka (yakni isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang makruf yakni baik”.
(Surah Al-Nisa’:19)
Larangan kepada isteri untuk menziarahi keluarganya apatah lagi ibu bapa yang telah membesarkannya bukanlah satu bentuk pergaulan dengan cara yang makruf kerana hal itu boleh menyakiti pihak isteri dan kaum keluarganya. Para suami seharusnya membantu para isteri untuk menyambung silaturrahim dengan kaum kerabatnya kerana hal tersebut boleh memasukkan kegembiraan ke dalam hati isteri. Hal ini juga adalah kerana menyambung tali silaturrahim adalah sebesar-besar ketaatan kepada Allah S.W.T.
Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.
 
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/30/mufti-jelas-hukum-suami-melarang-isteri-ziarah-ahli-keluarganya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersentuhan Dengan Isteri Batalkah Wudhu Suami Ini Hukum Dan Dalilnya

Bersentuhan Dengan Isteri Batalkah Wudhu Suami Ini Hukum Dan Dalilnya

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 325 hits
Pertanyaan ini hampir selalu ditanyakan Dan jawaban setiap ustadz hampir semua berbeda Mengapa Sebab dalam hal ini para ulama fiqih lintas madzhab memang berbeda pendapat Akar perbedaannya ada pada berbedanya ulama dari empat madzhab dalam ...
Kegiatan Suami Isteri Ipar Disyaki Aktif Curi Pecah Masuk Masjid Tumpas

Kegiatan Suami Isteri Ipar Disyaki Aktif Curi Pecah Masuk Masjid Tumpas

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 336 hits
LUMUT 31 Jan Kegiatan sepasang suami isteri dan seorang ipar dipercayai ahli kumpulan Geng Wira yang aktif melakukan jenayah curi serta pecah masuk masjid dan surau di beberapa daerah di Perak tumpas selepas polis menahan ketiga tiga suspek...
50 Hari Kahwin Ibarat 50 Tahun Bahagia Isteri Kenang Arwah Suami

50 Hari Kahwin Ibarat 50 Tahun Bahagia Isteri Kenang Arwah Suami

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 388 hits
Perkahwinan seorang wanita Ateng selama 50 hari sebelum suaminya meninggal dunia Foto ihsan Facebook AtengKUALA LUMPUR 31 Jan Masih terkenangkan arwah suami selepas hampir tiga tahun pemergian seorang wanita mengakui masih rindu walaupun ha...
Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami

Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 512 hits
Nafkah Bukan Bebanan Tetapi Pemberian Dari Hati Dan Jiwa Seorang Suami Andai suami tiada duit boleh berbincang dan bertolak ansur dengan isteri Nescaya rezeki seorang suami akan berlimpah limpah kerana pemberian yang diberikan Ini soal nafk...
Isteri Tak Minta Lebih Suami Jaga Kebajikan Waktu Pantang Sediakan Tilam Hebat Pun Isteri Sayang Ketat Ketat

Isteri Tak Minta Lebih Suami Jaga Kebajikan Waktu Pantang Sediakan Tilam Hebat Pun Isteri Sayang Ketat Ketat

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 577 hits
Anak adalah anugerah yang paling bernilai buat semua pasangan suami isteri Dikurniakan anak selepas berkahwin terasa kehidupan makin lengkap Sempurna dalam serba serbi Mana mana ibu bapa pun pastinya menginginkan sebuah kehidupan dan member...
Isteri Diterajang Suami Kerana Air Ketum

Isteri Diterajang Suami Kerana Air Ketum

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 425 hits
Demi memuaskan ketagihan minum air ketum seorang suami sanggup menerajang dan memulas tangan isterinya Suami berkenaan bertindak sedemikian selepas isterinya cuba menghalang dia keluar dari rumah di Taman Terkukur Kuala Terengganu pagi 27 J...
Suami Bacalah Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Untuk Isteri Dalam Labour Room

Suami Bacalah Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Untuk Isteri Dalam Labour Room

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 693 hits
Dalam setiap urusan kita kebergantungan pada Allah adalah kunci utama selepas cuba berusaha dan melakukan apa yang sepatutnya Itu sebab orang selalu kata doa usaha dan tawakal perlu seiring Kalau setakat berdoa tetapi tiada usaha yang perna...
Seksi Habis Tengok Suami Main Isteri Puji Da I Farhan Macho

Seksi Habis Tengok Suami Main Isteri Puji Da I Farhan Macho

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 1338 hits
Sejak mendirikan rumah tangga semakin kuat 8220 aura cinta 8221 Da 8217 i Farhan dan isterinya Erin Hampir setiap hari wanita itu akan berkongsi momen bahagia bersama Baru baru ini dia ada memuji keunggulan suaminya beraksi di padang bola s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu