Hukum Memulakan Solat Sunat Sebaik Sahaja Iqamah Dilaungkan



SOALAN:
Kalau saya agak terlewat untuk melaksanakan solat sunat Subuh, bolehkah saya melakukannya sebaik sahaja muazzin iqamah?

JAWAPAN:
Solat sunat sebelum Subuh merupakan antara solat sunat ratibah yang amat dituntut untuk dibuat. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan semua yang terdapat di dalamnya.” [Riwayat Muslim (725)]

Hadith di atas jelas dalam menggambarkan kelebihan mendirikan solat sunat sebelum Subuh adalah amat besar dan menjadi tuntutan untuk kita sebagai umat Islam memelihara ibadah ini. Bahkan kata Ummu al-Mu’minin Aisyah R.Anha: “Aku tidak pernah melihat bahawa Rasulullah SAW lebih bersegera ke arah mengerjakan solat-solat sunat melainkan dua rakaat sebelum subuh.”

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa telah tsabit larangan daripada syarak untuk seseorang itu memulakan solat sunat sebaik sahaja solat fardhu telah didirikan. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ فَلاَ صَلاَةَ إِلاَّ الْمَكْتُوبَةُ
“Apabila solat telah didirikan maka tidak ada solat melainkan hanya solat fardhu.” [Riwayat Muslim (710)]

Maka berdasarkan hadith di atas, dapat difahami dengan dua maksud iaitu apabila imam telah mula mendirikan solat atau ketika iqamah telah dilaungkan, maka makruh untuk dimulakan kesemua solat sunat, sama ada solat sunat ratibah ataupun selainnya. Ini kerana, melaksanakan yang fardhu itu adalah lebih afdhal.

Imam Al-Nawawi rahimahullah dalam mengulas isu ini beliau berkata:

ولا يبتدىء نفلا بعد شروعه فيها
“Dan tidak boleh untuk seseorang itu memulakan solat sunat sebaik sahaja (muazzin) mula melaungkan iqamah.” [Rujuk: Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (Hlm. 41)]

Dalil yang menunjukkan bahawa larangan mendirikan solat sunat sebaik solat fardhu telah didirikan itu membawa kepada hukum makruh dan bukannya haram, adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Malik bin Buhainah R.A, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَرَّ بِرَجُلٍ يُصَلِّي وَقَدْ أُقِيمَتْ صَلاَةُ الصُّبْحِ فَكَلَّمَهُ بِشَىْءٍ لاَ نَدْرِي مَا هُوَ فَلَمَّا انْصَرَفْنَا أَحَطْنَا نَقُولُ مَاذَا قَالَ لَكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ قَالَ لِي يُوشِكُ أَنْ يُصَلِّيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ أَرْبَعًا
Rasulullah SAW pada suatu hari melewati seorang lelaki yang sedang mendirikan solat dalam keadaan solat Subuh telah bermula untuk didirikan. Lalu baginda berkata sesuatu kepada lelaki tersebut namun kami tidak ketahui apa yang baginda katakan. Sebaik sahaja kami selesai, kami mengelilingi lelaki tersebut lalu kami bertanya: “Apakah yang Rasulullah katakan kepada kamu?” Maka lelaki itu berkata: “Baginda menyatakan, takut-takut salah seorang dari kamu melaksanakan solat Subuh sebanyak empat rakaat.” [Riwayat Muslim (711)]

Maka hadith ini menunjukkan, sekiranya perbuatan tersebut adalah haram, nescaya Rasulullah SAW akan melarangnya serta menyuruh lelaki tersebut memberhentikan solat. Maka teralihlah hukum larangan daripada asalnya haram, kepada hukum makruh dalam isu ini.

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum seseorang itu memulakan solat sunat sebaik sahaja iqamah dilaungkan adalah makruh, sama ada ia merupakan solat sunat ratibah atau selainnya. Kami turut menyatakan, sekiranya anda merupakan seorang yang sentiasa melazimi solat sunat Subuh, kemudian pada keadaan tertentu anda lewat dari mengerjakannya dan solat Subuh telah pun didirikan, maka boleh sahaja anda melakukan solat sunat qabliyah Subuh sesudah solat Subuh selesai dilaksanakan. Ini kerana, perbuatan ini sabit daripada Rasulullah SAW bahawa baginda turut melakukan seperti itu.

Meskipun begitu, sekiranya seseorang itu telah pun berada di dalam solat sunat, kemudian iqamah dilaungkan, maka boleh untuk dia meneruskan solat sekiranya dia tidak risau akan terluputnya (tidak sempat) untuk solat berjemaah. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi:

فإن كان فيه أتمه إن لم يخش فوت الجماعة
“Sekiranya dia berada di dalamnya (solat sunat), hendaklah dia sempurnakannya sekiranya tidak dikhuatiri akan terlepasnya solat berjemaah.” [Rujuk: Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (Hlm. 41)]

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-memulakan-solat-sunat-sebaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja Berihram Dan Solat Seperti Lelaki Juga Pu Amin Bersangka Baik

Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja Berihram Dan Solat Seperti Lelaki Juga Pu Amin Bersangka Baik

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1050 hits
Viral Pencetus Ummah Amin berharap agar semua jemaah umrah menjaga hati dan bersangka baik terhadap usahawan kontroversi Sajat yang sedang tular ketika ini Menerusi posting di Instagram PU Amin berkata semua jemaah Malaysia juga agak
Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa

Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 952 hits
Panduan Mudah Untuk Solat Sunat Taubat Berserta Doa Setiap manusia ada melakukan dosa Bezanya ada dosa yang disedari dan sering diulangi dan ada dosa yang tidak disedari Bagi membersihkan diri bolehlah lakukan Solat Sunat Taubat bagi memoho...
Solat Sunat Hadiah

Solat Sunat Hadiah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 229 hits
SOALAN Apakah Nabi SAW pernah melakukan solat sunat hadiah JAWAPAN Sebelum kita masuk pada perbincangan yang khusus berkaitan solat sunat hadiah ini suka bagi kami untuk menjelaskan terlebih dahulu adakah orang yang telah meninggal dunia ak...
Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

Hukum Membaca Ayat Al Sajdah Bertujuan Untuk Sujud Tilawah Selain Dari Solat Subuh Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 575 hits
SOALAN Saya nak tanya berkenaan sujud tilawah Kenapa ada dikatakan tidak sah solat jika seseorang itu solat dan membaca surah yang ada ayat tilawah dan dia sujud tilawah dalam solat tersebut selain daripada solat fardhu subuh pada hari Juma...
Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 283 hits
SOALAN Masjid di tempat saya ada dua tingkat Oleh kerana bahagian bawah lebih besar maka kedudukan makmum berada di hadapan imam yang berada di atas Soalan saya adakah sah solat seperti ini JAWAPAN Dalam mazhab Imam al Syafi e ada beberapa ...
Baca Ayat Ini Sebaik Selesai Solat Insyaallah Wajah Akan Semakin Berseri Dan Orang Makin Sayang

Baca Ayat Ini Sebaik Selesai Solat Insyaallah Wajah Akan Semakin Berseri Dan Orang Makin Sayang

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1378 hits
Setiap wanita pastinya mengidamkan wajah yang berseri seri bak bidadari di syurga Lebih lebih lagi dengan wanita yang bakal menjadi raja sehari pastilah menginginkan wajah yang berseri seri di hari persandingan Dalam artikel ini dikongsikan...
Masjid Negara Anjur Solat Hajat Mohon Perlindungan Allah

Masjid Negara Anjur Solat Hajat Mohon Perlindungan Allah

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 270 hits
BERNAMA Masjid Negara Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Isyak malam ini bagi memohon agar Malaysia dilindungi Allah daripada wabak koronavirus Ketua Pengarah...
Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat

Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 275 hits
Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat Masjid masjid dan surau surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada g...
Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu

Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 570 hits
Waktu Afdhal Untuk Solat Subuh Ramai Yang Tak Tahu Sebelum kami mendatangkan hadith hadith yang berkaitan suka bagi kami untuk menerangkan terlebih dahulu maksud ghalas dan juga isfar Ghalas ialah bercampurnya cahaya waktu Subuh dengan kege...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah