Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil


Hidup sudahlah daif, seorang nenek di Sandakan, Sabah terpaksa pula menjaga empat orang cucunya yang berusia dua hingga 12 tahun selepas anaknya menghilang sejak berhijrah ke Kuala Lumpur.
Menurut Laporan, Penderitaan Bilani Mutari, 65 bermula sejak sekian lama apabila terpaksa menanggung dua anak selepas suaminya meninggal dunia. Kesulitannya itu bertambah apabila perlu pula menyara empat cucu selepas ditinggalkan ibu mereka, Tina Melda Ulyang, 28 yang berhijrah ke Kuala Lumpur.
Bilani di kediaman mereka yang serba daif dengan 4 orang cucu yang masih kecil “Mereka anak-anak kepada anak perempuan saya yang membawa diri ke Semenanjung untuk bekerja kerana tertekan dengan kehidupan rumah tangganya, dua tahun lalu.
“Ketika itu, anak bongsunya baru berusia dua bulan. Memang dia ada menghubungi kami, namun kini hilang begitu saja,” kata Bilani, “
Buat banyak kerja tampung cucu Nenek yang hidup dalam serba kekurangan ini tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja bagi menampung hidup serta menghantar cucu-cucunya ke sekolah.
Baru-baru ini, cucu saya yang pertama tidak lagi pergi ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya selain tidak mempunyai duit yang cukup disebabkan saya sakit.
“Ketika ini, saya hanya bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Pangiran Galpam, di sini, dengan bayaran RM200 sebulan selain mendapat bantuan untuk warga emas sebanyak RM300.
“Kalau dulu boleh cari banyak kerja dalam satu masa, tapi sekarang saya sudah uzur. Saya menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan banyak lagi penyakit sehingga setiap minggu terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan,” katanya.
Menurutnya, selama ini mereka sekeluarga juga sering mengharapkan ihsan jiran memberi makanan kerana tidak mempunyai dapur gas untuk memasak.
Lebih menyedihkan rumah yang didiami juga tidak mempunyai tandas dan banyak kerosakan.
“Jika hujan, rumah kami mesti dimasuki air. Kami terpaksa mencari tempat yang kering untuk berlindung. Saya tidak mampu membaikinya kerana tiada duit.
“Kehidupan kami memang susah apatah lagi saya perlu menyara semua ahli keluarga. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan,” katanya.
Menurutnya, walaupun tanggungjawabnya berat dia nekad untuk menyara semua cucunya sampai bila-bila.
“Tapi jauh di lubuk hati saya, saya harap Tina pulang ke pangkuan kami sekeluarga. Anak-anaknya sangat rindukan dia. Pulanglah Tina.
“Dua cucu saya tiada sijil lahir kerana belum diurus dan mereka hanya dinamakan sebagai Putri, 12, Amir, 9, Black, 4, dan Inggai, 2,” katanya.
Ada yang datang membantu Kisah Bilani mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik, Jaffari Waliam turut tampil menyumbangkan keperluan harian selain membaik pulih sebahagian rumah keluarga itu.
Syukur ada yang prihatin datang membantu Jaffari berkata, pihaknya mengetahui kisah kesulitan hidup keluarga itu sejak 2 September lalu selepas cerita mengenai nasib mereka tular di media sosial.
Katanya, pihaknya mengambil inisiatif dengan mengumpulkan bantuan yang diperlukan termasuk kos baik pulih rumah.
“Keadaan rumah keluarga ini amat menyayat hati dengan atap berlubang-lubang dan mereka juga terpaksa tidur berhimpit dalam bilik kecil.
“Kita akan cuba membantu dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui ketika melawat keluarga berkenaan, di sini, kelmarin.
Katanya, hasil perbincangan dengan beberapa NGO, mereka berusaha membaiki rumah keluarga ini.
“Kita secara sukarela melakukan kerja baik pulih di rumah keluarga itu dan dijangkakan rumah mereka dapat disiapkan dengan cepat.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang tampil memberi bantuan dan sumbangan dalam usaha mengurangkan bebanan yang dihadapi keluarga ini,” katanya.
“Mama Tak Larat Jaga Anak Kamu!”
Dalam satu laporan lain yang dibuat seminggu selepas kisah nenek dan empat orang cucu ini disiarkan, sekali lagi Bilani merayu kepada anaknya untuk pulang ke pangkuan mereka kerana sudah tidak betah menjaga cucu-cucunya kerana factor kesihatan dan juga faktor ekonomi yang dihadapinya.
“Kini saya sudah terlalu berusia, saya harap Tina pulang ke Sandakan segera. Pulanglah Tina jaga anak-anakmu. Mama selalu sakit sekarang ini,” katanya.
Bilani berkata, tiada siapa akan menjaga cucunya sekiranya dia sakit kuat satu hari nanti.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa Tina dua tahun lalu ketika anaknya pergi bekerja di Semenanjung.
“Apa yang kami tahu dia bekerja di bahagian pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kini saya tidak tahu dia di mana. Saya merayu dia pulang segera. Hubungilah ibu Tina. Semoga kau dilindungi Allah SWT,” katanya.
Bilani berkata, baru-baru ini ada pihak memberikan dia telefon untuk memudahkan perhubungan.
“Saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan saya telefon ini.
“Saya harap Tina dapat hubungi mama di talian 011-13359242 secepat mungkin,” katanya.
Bagi yang ingin membantu Bilani dan cucu-cucunya boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun Bank Rakyat beliau 220712162841.
Sumber: Harian Metro
The post Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung, Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hidup-daif-bersama-nenek-di-kampung-tina-dirayu-pulang-jaga-empat-anak-yang-masih-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nenek Cekal Jaga Empat Cucu Kehilangan Ibu Bapa Bernama

Nenek Cekal Jaga Empat Cucu Kehilangan Ibu Bapa Bernama

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 267 hits
JERLUN 9 Sept Empat beradik berusia antara satu hingga 12 tahun dari Kampung Matang Kong di sini yang kehilangan ibu dan bapa dalam tempoh kira kira 40 hari lalu kini terpaksa bergantung harap kepada nenek mereka untuk meneruskan kehidupan ...
Bapa Rebah Tiba Tiba Undang Trauma Pada Dua Anak Kecil Hingga Kini Keduanya Masih Terkesan

Bapa Rebah Tiba Tiba Undang Trauma Pada Dua Anak Kecil Hingga Kini Keduanya Masih Terkesan

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 332 hits
Tatkala keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Ogos yang lalu keluarga kecil milik Norashikin Md Nor dikejutkan dengan insiden yang mengubah seluruh kehidupan mereka Sekitar jam 2 pagi Muha...
Papa Boleh Hidup Balik Sayunya Pertanyaan Anak Allahyarham Mejar Zahir Hadapi Pemergian Ayah

Papa Boleh Hidup Balik Sayunya Pertanyaan Anak Allahyarham Mejar Zahir Hadapi Pemergian Ayah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 3407 hits
Kehilangan ayah yang disayangi memberikan kesan mendalam pada jiwa anak Apatah lagi jika pemergian berlaku sekelip mata Demikian perasaan yang dilalui anak kepada anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya Penularan video dan foto bapa...
Kita Dah Mengantuk Dia Masih Tahan Mata Nak Anak Tidur Awal Elakkan Buat Ini

Kita Dah Mengantuk Dia Masih Tahan Mata Nak Anak Tidur Awal Elakkan Buat Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 414 hits
Ada ketikanya mama dan papa perlu berperang untuk tidurkan bayi Susahnya mereka nak tidur apa puncanya Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas banyak perubahan yang berlaku Selain perubahan p da ketikanya mama dan papa pe...
Cara Terbaik Mengajar Anak Kecil Anda Bertudung

Cara Terbaik Mengajar Anak Kecil Anda Bertudung

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1834 hits
Bagi wanita yang berhijab pastinya anda ingin anak anda turut sama menutup aurat Tetapi persoalannya bilakah masa paling sesuai untuk memperkenalkan rutin ini kepada anak anda Cara Terbaik Mengajar Anak Kecil Anda BertudungCredit Pic Ada se...
Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 621 hits
Bila bercerita mengenai anak bukan soal makan dan sakit anak sahaja ibu bapa perlu titik beratkan Gigi juga amanah Allah yang perlu dijaga oleh kita Anak tak pernah tahu mengenai giginya kita sebagai ibu bapalah yang bertindak menjaga dan m...
Isteri Mejar Zahir Anak Mulakan Hidup Baharu Di Ipoh Isteri

Isteri Mejar Zahir Anak Mulakan Hidup Baharu Di Ipoh Isteri

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1184 hits
IPOH 6 Sept Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya Nour Shafinar Harun 31 akan membawa anak anaknya untuk memulakan hidup baharu di Ipoh Menurutnya sememangnya menjadi hasrat Allahyarham suaminya yang mahu mereka sekeluarga menetap di P...
Foto Foto Fatir Ahmad Semasa Hidup Bocah Yang Meninggal Setelah Dibully Tanah Makam Masih Basah

Foto Foto Fatir Ahmad Semasa Hidup Bocah Yang Meninggal Setelah Dibully Tanah Makam Masih Basah

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 346 hits
Beberapa waktu yang lalu sebuah video yang menunjukkan anak merintih kesakitan ramai dibicarakan di media sosial Video tersebut menunujukkan seorang anak yang disebut bernama Fatir Ahmad Dalam keterangan video anak tersebut bernama Fatir Ah...
Lama Hidup Berjauhan Isteri Tak Sangka Suami Baru Je Pulang Lepas Rindu Pergi Menghadap Illahi Ketika Tidur Di Sisi

Lama Hidup Berjauhan Isteri Tak Sangka Suami Baru Je Pulang Lepas Rindu Pergi Menghadap Illahi Ketika Tidur Di Sisi

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 421 hits
Pemergian orang yang tersayang pastinya akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita Walau bagaimanapun kita sebagai manusia biasa haruslah menerima pemergian yang telah ditakdirkan itu dengan redha kerana ianya juga adalah sebahagian...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids