Bapa Rebah Tiba Tiba Undang Trauma Pada Dua Anak Kecil Hingga Kini Keduanya Masih Terkesan


Tatkala keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Ogos yang lalu, keluarga kecil milik Norashikin Md Nor dikejutkan dengan insiden yang mengubah seluruh kehidupan mereka.
Sekitar jam 2 pagi, Muhammad Khairul Abdullah, 38 suami kepada Norashikin tiba-tiba muncul di depan pintu bilik sambil mengadu mulutnya sukar bergerak dan badannya kebas.
“Tak sampai seminit dia mengogoi, dia rebah dan tidak boleh bergerak. Sebaik mengiringkan dia ke sisi, suami terus muntah segala isi perut.Tanpa berlengah saya terus hubungi ambulan dan maklumkan adik ipar. Dalam situasi mencemaskan itu, saya sempat menyambar beberapa dokumen penting walaupun ketika itu kaki dan tangan menggigil mencari kekuatan.

“Anak kedua kami, meraung ketakutan melihat situasi panik itu. Setibanya ambulan di hospital, suami terus dihantar ke zon merah. Doktor mengesahkan suami diserang strok akibat tekanan darah tinggi. Dalam keadaan kritikal itu, doktor terpaksa koma kan suami bagi mengelakkan keadaan lebih serius.
Setelah melalui pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ditemukan ketulan darah besar di dalam teras otak, letaknya betul-betul di belakang tengkuk (tempat suami selalu mengadu sakit),”cerita Norashikin Md Nor ketika dihubungi menerusi emel tempoh hari.
Keputusan terbesar pernah dibuat dalam hidup Bukan mudah untuk kita membuat satu keputusan besar yang impaknya meninggalkan kesan yang bukan kecil. Doktor memaklumkan tiada rawatan atau pembedahan boleh dibuat bagi meredakan kondisi si suami. Jika perpisahan itu, lebih baik…meskipun nyawa terpaksa berpisah dari jasad, Norashikin nekad melepaskan sang suami ‘pergi’ dari terus melihatnya terseksa.
“Tiada rawatan atau pembedahan boleh dibuat. Boleh on-tube untuk dua minggu tetapi pengakhirannya tetap sama. Ketika menandatangani surat keizinan untuk membuka mesin pernafasan itu, fikiran ketika itu kosong sambil mengenangkan anak-anak yang masih kecil. Kemudian suami dimasukkan ke dalam wad dan menggunakan bantuan pernafasan manual yang dipam oleh jururawat bergilir-gilir. Kami kemudian menghubugi ambulan persendirian untuk menguruskan membawa pulang suami ke rumah. Ketika di dalam ambulan itu, air mata saya tidak lagi mengalir. Ketika itu macam-macam perkara berkenaan kehidupan saya dan anak-anak selepas ini bermain di fikiran.
“Setibanya di rumah ibu mertua, saya sempat bisikan ke telinga suami, “abang pergilah…saya redha. Saya akan jaga anak-anak kita sebaik mungkin, abang jangan risau”. Selepas selesai mengajar dia mengucap, suami terus ‘pergi’ dengan linangan air matanya membasahi di pipinya, petanda dia faham pesanan terakhir yang didengari.
Lukis Ambulan, Pusara dan Kereta Jenazah Air mata ternyata bukan lagi pilihan untuk tenangkan diri sendiri. Demi meredakan emosi dua puterinya; Khayla (5) dan Keisha (2), Norashikin berjanji dengan dirinya jangan sesekali menumpahkan air matanya di hadapan mereka.
Kedua-dua si kecil ini masih trauma dengan kehilangan tiba-tiba papa mereka “Saya tekadkan hati dan berjanji untuk tidak lagi menangis di depan anak-anak kerana bimbang mereka ketakutan. Sebaik melihat jenazah papa mereka, kedua-duanya trauma dan tidak mahu mendekati arwah. Khayla masih keliru dan hingga kini memaklumkan yang papanya sakit, papa tidur, papa tak bangun tidur lagi. Ada ketikanya dia minta saya buat video call untuk dia bercakap dengan papanya…katanya rindu nak tengok papa.
“Paling sayu apabila melihat hasil lakarannya yang pastinya berkaitan dengan momen akhirnya bersama papanya. Sebagai contoh lakaran stetoskop yang dilihat digunakan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan ke atas papanya. Ada juga lakaran yang berkisar mengenai ambulan, kereta jenazah dan pusara papanya. Saya biarkan dia melakar apa saja yang terlintas di kepalanya, dengan harapan medium itu mampu merawat emosinya.
“Keisha pula masih terlalu kecil untuk memahami. Ada ketikanya dia menangis tak keruan, menunggu waktu petang waktu lazim papanya pulang dari kerja. Kadang deruan motorsikal yang melepasi hadapan rumah kami, membuatkan anak-anak ini bertempiaran lari menuju ke pintu.. ternanti-nanti kemunculan papanya. Sebagai ibu, saya tahu mereka terlalu rindukan arwah papanya. Mereka juga perlu masa untuk membiasakan diri dengan kehidupan baru tanpa papa yang begitu memanjakan mereka,”kongsinya yang dalam proses berpindah ke Melaka, memandangkan sekarang mereka kini masih menetap di Johor.
Kehilangan yang tiada galang gantinya Mengenang kembali memori tentang suaminya. Menurut Norashikin lagi, arwah merupakan lelaki yang mendahulukan keluarga dalam kehidupannya. Ibunya adalah sosok yang paling dia sayangi. Bekerja menguruskan pemasangan jalur lebar, menjadikan gaji yang diterimanya tidaklah sebesar mana bagi menampung keluarga kecil kami.
“Dia seorang lelaki yang ‘family man’. Apa-apa saja dia buat, keluarga akan diutamakan dahulu. Paling dia sayang ibu dia. Nak pergi ke mana-mana atau nak buat apa-apa aktiviti dia mesti pelawa ibu n adik-beradik join sekali. Pesan arwah lagi, dia bimbang nanti ada yang kecil hati kalau tak diajak.
“Bab menjaga hati orang sekeliling juga salah satu sikap murninya. Kehilangannya yang mengejut membuatkan ramai kenalan, pelanggan yang pernah menggunakan khidmatnya dan ahli keluarga jauh dan dekat masih terkejut mendengar perkhabaran pemergiaanya. Itu sebabnya ramai yg terasa dgn kehilangannya secara tiba-tiba.
“Lagi satu dia juri tetap bila saya memasak. Apa saja menu baru yang saya masak dia akan makan tanpa banyak soal. Kalau sedap nanti dia minta kita masakkan lagi.”
Sebelum menutup bicara Norashikin juga menitipkan luahan bagaimana mengharungi saat perpisahan tak di duga ini.
“Tak menangis bukan bererti tak sayang. Meraung dan meratap bukan menyelesaikan masalah tapi cuma akan membebankan jiwa. Jangan biarkan diri terlalu lama dibalut emosi kesedihan. Pepatah ada juga berkata…ikut hati mati, ikut rasa binasa. Positifkan diri adalah pegangan saya kini. Pastinya rasa sedih itu akan datang dan pergi. Tanpa adanya Khayla dan Keisha, saya tak akan sekuat ini. Sesukar mana pun hari yang mendatang nanti, saya berjanji akan mendidik kedua amanah terbesar Allah ini sebaik mungkin. Doakan kami kuat mengharunginya,”kongsinya menutup bicara.
sumber: Mingguan Wanita
The post Bapa Rebah Tiba-tiba, Undang Trauma Pada Dua Anak Kecil, Hingga Kini Keduanya Masih Terkesan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bapa-rebah-tiba-tiba-undang-trauma-pada-dua-anak-kecil-hingga-kini-keduanya-masih-terkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Degil Sampai Dipulau Ibu Bapa Lelaki Ini Tekad Buktikan Mampu Berjaya Hingga Terkenal Seluruh Dunia

Anak Degil Sampai Dipulau Ibu Bapa Lelaki Ini Tekad Buktikan Mampu Berjaya Hingga Terkenal Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 369 hits
Korang percaya tak pada keajaiban Mungkin ada yang percaya atau sebaliknya Tapi magik yang sebenar akan betul betul wujud bila korang yakin tiada satu manusia pun yang akan gagal sekiranya berusaha Jangan kata benda ni klise sebab ia bukan ...
Hiburan Ambil Anak Angkat Sufian Suhaimi Kini Bergelar Bapa

Hiburan Ambil Anak Angkat Sufian Suhaimi Kini Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 423 hits
Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram memaklumkan bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq Berkongsi foto momen mesra bersama kanak kanak lelaki itu Sufian meluahkan rasa syukur dengan nikmat dan ...
Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 375 hits
Hidup sudahlah daif seorang nenek di Sandakan Sabah terpaksa pula menjaga empat orang cucunya yang berusia dua hingga 12 tahun selepas anaknya menghilang sejak berhijrah ke Kuala Lumpur Menurut Laporan Penderitaan Bilani Mutari 65 bermula s...
Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 583 hits
Putik kapas atau cotton bud adalah sejenis alat yang digunakan untuk membersihkan telinga Ianya banyak digunakan oleh golongan dewasa malahan ada ibu bapa yang menggunakannya pada bayi mereka Namun tahukah anda bahawa putik kapas ini tidak ...
Ibu Di Bogor Tega Aniaya Anak Tiri Hingga Tewas

Ibu Di Bogor Tega Aniaya Anak Tiri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 221 hits
Penganiayaan dilakukan setiap hari Namun puncaknya satu minggu sebelum kasus ini terungkap kata Hendri
Akhlak Penonton Bolasepak Indonesia Dulu Hingga Sekarang Jokowi Juga Masih Gagal Membentuk Disiplin Rakyatnya

Akhlak Penonton Bolasepak Indonesia Dulu Hingga Sekarang Jokowi Juga Masih Gagal Membentuk Disiplin Rakyatnya

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 356 hits
Dan pembangkang yang dulunya kerajaan sangat pakar dalam menangguk di air yang keroh Meroyan kalah belum habis ISU akhlak PENONTON Indonesia bukan perkara baru sudah lama Apakah di era BN rusuhan mereka di sebabkan Syed Saddiq juga Di blog ...
Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

Masih Ingat Ustadz Guntur Bumi Puput Melati Sempat Bikin Heboh Begini Nasib Mereka Kini

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 335 hits
Masih ingat Ustadz Guntur Bumi dan istrinya Puput Melati Sempat bikin heboh publik begini nasib mereka kini Ya sempat wara wiri di televisi Ustadz Guntur Bumi dan Puput Melati kini jarang muncul di layar kaca Nama Ustadz Guntur Bumi atau bi...
Kita Doa Peneman Hidup Sorang Je Tapi Allah Bagi Dua Niena Azman Akui Hidup Makin Sibuk Sejak Ada Anak

Kita Doa Peneman Hidup Sorang Je Tapi Allah Bagi Dua Niena Azman Akui Hidup Makin Sibuk Sejak Ada Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 528 hits
Bergelar ibu membuatkan hari hari seorang ibu menjadi semakin sibuk Balik sahaja daripada kerja di pejabat masa dan tumpuan difokuskan kepada anak pula Tiada istilah masa untuk diri sendiri namun menggembirakan kerana punya permata hati Ini...
10 Ikan Prasejarah Yang Masih Hidup Sehingga Kini

10 Ikan Prasejarah Yang Masih Hidup Sehingga Kini

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 447 hits
10 HagfishAccording to the fossil record hagfish have existed for over 300 million years which means they were already old when dinosaurs took over the world Found in relatively deep waters these animals are sometimes called slime eels but ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025