Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan


Bila bercerita mengenai anak, bukan soal makan dan sakit anak sahaja ibu bapa perlu titik beratkan. Gigi juga amanah Allah yang perlu dijaga oleh kita. Anak tak pernah tahu mengenai giginya, kita sebagai ibu bapalah yang bertindak menjaga dan memegang tanggungjawab ini.
Perkongsian bapa yang juga seorang doktor gigi ini boleh dijadikan panduan buat semua. Satu kesilapan besar kerana terlepas pandang untuk menjaga gigi anak sulongnya, Umar dan kini, Dr Abdul Rahman Fauzi daripada Klinik Pergigian Al-Huda Balok ini menebus kegagalannya buat anak keduanya, Hanan. Jadikan tip yang dikongsikan beliau sebagai panduan kita dalam menjaga gigi si comel kita.

JANGAN BIAR ANAK TERDERA KERANA GIGI!
Ini gambar anak sulung saya Umar dan adiknya Hanan. Apa yang berbeza tentang dua² anak saya ini? Muka? Kening? Hidung? Rambut? Mata? Jawapannya terang lagi bersuluh! Gigi!
Gigi Hanan adalah manifestasi usaha saya menebus semula kesilapan saya semasa membesarkan Umar. Sewaktu Umar lahir, saya masih belajar dalam tahun 3 ijazah. Isteri pun sama. Kehidupan kami sangat sibuk dengan pelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian pada penjagaan makanan dan gigi Umar.
Kesannya, pada usia setahun lebih, gigi depan Umar mula menjadi warna coklat kekuningan dan rapuh. Sedikit demi sedikit gigi mereput dan patah. Dan beberapa kali juga bengkak bernanah kerana dah agak teruk. Akhirnya selepas Umar dah masuk 5 tahun, gigi susu pertamanya telah dicabut.

Dan masuk 6 tahun, semua gigi susu kacip atas terpaksa dicabut kerana sudah bernanah. Walaupun Umar nampak tak kisah, tapi nampak kesukarannya untuk makan dan bercakap. Dan saya berdoa moga kawan-kawannya di sekolah tidak mengejeknya kerana tiada gigi. Kesian. Disebabkan kecuaian saya, gigi susunya terpaksa dicabut lebih awal daripada waktu sepatutnya. Saya bernasib baik kerana gigi belakang dan gigi bawah lain tidak ada yang rosak.
Apabila Hanan lahir, sudah tentu antara azam saya untuk jaga giginya sebaik mungkin. Lebih² lagi saya sudah bekerja sebagai doktor gigi. Urusan penjagaan gigi anak², saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak harapkan isteri saya untuk buat. Kerana bagi saya, kalau tak jaga gigi anak, adalah seperti menzalimi anak sendiri.
Kerana kita yang beri mereka makan. Kita yang perkenalkan mereka makanan dan minuman manis. Tapi kenapa apabila bab memberus gigi, kita nak salahkan anak kita yang malas?

Anak² kita masih terlalu kecil untuk memberus gigi sendiri. Umar umur 6 tahun pun belum mampu pegang berus gigi dengan betul. Apa yang boleh kita harapkan daripada anak sekecil 2 tahun untuk jaga giginya?
Susah memang susah. Semua ibu bapa akan lalui. Umar dan Hanan, mula² nak gosok memang meraung menangis. Tapi apabila dah terbiasa, mereka akan tawarkan diri, ambil berus dan ubat gigi sendiri untuk saya berus gigi mereka. Saya tabik pada ibu bapa yang begitu konsisten menjaga gigi anak² mereka. Anda memang terbaik!
Apa tips terbaik untuk latih anak berus gigi?
1) Mulakan dari awal. Sebelum gigi tumbuh, biasakan lap gusi guna kain. Apabila gigi anak mula tumbuh, boleh bersihkan guna berus jari atau kain. Biasanya gigi susu akan mula tumbuh pada usia 6 bulan. Anak yang hanya menyusu memadai hanya dilap dengan kain. Nak berus pun biasanya saiz gigi terlalu kecil.

2) Guna berus gigi dan ubat gigi apabila mereka sudah pandai meludah. Tapi kalau keadaan gigi anak sudah ada warna coklat kekuningan(tanda² awal karies), boleh mula guna ubat gigi untuk kanak² lebih awal. Kalau risau tertelan, guna yang rendah kandungan fluorida. Jangan guna yang tiada langsung fluorida kerana ia tidak banyak membantu. Saya guna Kodomo Lion untuk Hanan dan Colgate kanak² untuk Umar. Dah habis gosok, suruh anak ludah. Kalau anak tak pandai ludah, lap sikit.
3) Berus 2 kali sehari. Semasa mereka mandi pagi sekali dan sebelum tidur. Anak saya Hanan biasa tidur dengan botol susu. Saya akan pastikan sedaya upaya untuk gosok giginya juga sebelum tidur. Kalau dia dah minum susu dulu, ambil botolnya dan gosok giginya sebelum bagi dia minum susu balik. Dan sebaiknya, apabila dah tertidur, tarik botol daripada mulutnya. Jangan bagi anak gonggong puting botol susu masa tidur kerana ia akan meningkatkan risiko karies gigi.
Jadual gigi susu tumbuh dan luruh. 4) Pergi ke mana-mana, jangan lupa bawak berus dan ubat gigi. Ini kena disiplin. Kita kadang² bila balik kampung dan melancong kita tidak disiplin dengan penjagaan gigi anak². Kalau 10 orang anak, bawaklah semua 10 berus gigi tu. Kalau tertinggal, beli je baru.
5) Anak saya juga makan dan minum yang manis. Tak salah tapi kena kawal. Bagi mereka banyak air masak. Yang penting gosok gigi tu wajib.
Jadual pertumbuhan gigi kekal. Ada yang tanya kalau gigi anak saya dah teruk macam mana? Tak sampai 4 tahun lagi.
Tak perlu rasa down. Anggaplah semua tu kekurangan kita. Mula² bawak lah anak le klinik gigi untuk buat pemeriksaan menyeluruh. Mungkin ada yang patut dirawat. Dapatkan nasihat tentang penjagaan gigi anak kita daripada doktor gigi yang bertauliah.
Tahukah anda gigi kekal pertama akan tumbuh sekitar umur 6 tahun? Berazamlah untuk jaga gigi kekal anak kita sebaik mungkin. Ini masanya untuk betulkan balik kesilapan kita.
Yang dah rosak macam mana? Teruskan jaga seperti biasa. Kalau ada masalah, jumpa doktor segera. Rajin² lah periksa gigi anak anda
sendiri.

Tengok gigi anak lengkap, bersih, tiada lubang merupakan satu anugerah tak ternilai. Mulakan dari sekarang. Biarlah gigi kita sendiri mungkin tak sempurna, tapi jangan biarkan anak kita mewarisinya.
Kerana kita mampu mengubahnya. Saya sertakan jadual pertumbuhan gigi susu, waktu gigi susu patut luruh dan jadual pertumbuhan gigi kekal untuk rujukan anda.
The post Usia Baru Setahun Lebih, Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah, Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-baru-setahun-lebih-tapi-gigi-anak-mereput-dan-patah-bapa-jaga-gigi-anak-kedua-untuk-tebus-kesilapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adem Ayem Dan Bahagianya Rumah Tangga Rain Dan Kim Tae Hee Baru Dikaruniai Anak Kedua

Adem Ayem Dan Bahagianya Rumah Tangga Rain Dan Kim Tae Hee Baru Dikaruniai Anak Kedua

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 391 hits
Di tengah maraknya perceraian artis Korea pasangan ini justru tahu betul cara menjaga keluarga mereka
7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

7 Kesilapan Besar Yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 368 hits
Mendidik anak anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah Sebagai ibu bapa kita perlu ingat anak anak adalah amanah Tu...
Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap Baru Tahu Anak Bermasalah Ambil Masa 4 Tahun Pulih

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 579 hits
Dalam tempoh usia berapa ibu ayah kena risau kalau anak lambat bercakap Kadang tu apabila orang mula membandingkan anak kita yang belum cakap dengan anak orang lain kita mula keliru dan tertanya tertanya betulkah anak kita lambat bercakap a...
Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 536 hits
Umum mengetahui pemberian makanan pejal kepada bayi adalah pada usianya 6 bulan Namun lain pula kisahnya dengan anak kesayangan Dr Say Shazril Shaharuddin dan Dr Azura Abas yang kini sudah pun dibenarkan untuk memulakan makanan pejalnya ole...
Kau Pukul Anak Aku Bapa Sepak Pembantu Rumah Pukul Bayinya

Kau Pukul Anak Aku Bapa Sepak Pembantu Rumah Pukul Bayinya

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 286 hits
Seorang pembantu rumah disepak majikan kerana berang selepas mendapati wanita itu memukul anaknya yang baru berusia beberapa bulan nbsp Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari 3 September lalu di Vietnam wanita itu terdahulu cuba...
Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 516 hits
Ibu bapa semestinya menantikan perkembangan yang positif untuk anak anak Kan Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan ada kalanya tidak mengikut aturan yang betul Menjadi kerisauan buat ibu ayah apabila anak berganjak ke tiga tah...
Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Hafiz Suip Isteri Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 251 hits
Tahniah buat penyanyi Hafiz Suip dan isteri Nureffy Jasreel Abdullah kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi Berita gembira itu The post appeared first on
You Re The Best Bonda Ayah Cuba Luangkan Masa Bersama Untuk Anak Anak Lebih Hargai Kita

You Re The Best Bonda Ayah Cuba Luangkan Masa Bersama Untuk Anak Anak Lebih Hargai Kita

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 543 hits
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak anaknya lebih lebih lagi untuk merasai kasih sayang sepenuhnya dari mereka Sibuk manapun ibu dan ayah penting untuk anda meluangkan masa bersama anak anak agar mereka tidak rasa terkongkong di...
Isteri Tak Yakin Dengan Suami Jaga Anak Rupanya Suami Ada Magic Tersendiri

Isteri Tak Yakin Dengan Suami Jaga Anak Rupanya Suami Ada Magic Tersendiri

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 854 hits
Bila perlu tinggalkan anak bawah jagaan suami susah nak gambarkan perasaan tu Pernah tak ibu ibu lalui pengalaman begini Disebabkan kita yang mengurus anak di kebanyakan masa kadang kadang kita rasa kurang yakin bila service bertukar tangan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico