Hentikan Trend Menu Makanan Pedas Ia Tidak Bagus Untuk Kesihatan Doktor


The Reporter


Trend makan makanan pedas kini semakin menjadi-jadi. Bermula dari mee segera dari luar negara, diikuti pula kedai atau restoran yang mahu menarik pelanggan lebih ramai dengan memperkenalkan menu pedas tak ingat dunia. 
Namun, tidakkah anda sebagai pengguna terfikir bahawa trend ini boleh menjejaskan kesihatan jika pengambilan makanan pedas tidak dikawal? 
Menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, kerap makan makanan pedas adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia boleh menjejaskan penghadaman dan pencernaan. Bagaimana ia boleh berlaku? Baca penjelasan beliau:
SAYA rasa dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau dan cabaran makan makanan pedas. Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan

Makanan pedas memang sedap dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya? Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah

Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan

Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hati dan sendawa berasid

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya

Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlampau pedas ni?Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool

Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi. Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah

Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha

Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

July 31, 2019 at 07:54AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/07/hentikan-trend-menu-makanan-pedas-ia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trend Suka Makan Pedas Boleh Menjejaskan Kesihatan

Trend Suka Makan Pedas Boleh Menjejaskan Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 515 hits
Oleh Saya rasa dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau dan cabaran makan makanan pedas Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan Makanan pedas memang sedap dan menyelerakan Namun bila dah terlalu pedas mana datang n...
6 Makanan Cegah Gout Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

6 Makanan Cegah Gout Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 574 hits
Gout aduhai sakitnya hanya penderitanya aje yang tahu Ia menyebabkan denyutan rasa yang perit dan rasa yang teramat sakit Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh Kredit foto curearthritis...
Kerap Makan Makanan Pedas Setiap Hari Boleh Menyebabkan Anda Hilang Ingatan Kajian

Kerap Makan Makanan Pedas Setiap Hari Boleh Menyebabkan Anda Hilang Ingatan Kajian

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 377 hits
Bagi kebanyakan orang hidangan yang dimakan tidak lengkap tanpa disertakan dengan sambal cili sos cili dan yang sewaktu dengannya Tetapi menurut satu kajian baru ini anda mungkin akan berfikir sama ada nak makan pedas lagi atau tak selepas ...
Boleh Cederakan Usus Doktor Tegah Makan Ayam Goreng Extra Pedas Mcd

Boleh Cederakan Usus Doktor Tegah Makan Ayam Goreng Extra Pedas Mcd

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 692 hits
UMUM mengetahui rangkaian makanan segera terkemuka McDonald s baru sahaja memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3 kali pedas bermula hari ini Sebelum ini seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya mencuba...
Muka Merah Hingus Meleleh Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas Ini Puncanya

Muka Merah Hingus Meleleh Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 346 hits
Bagi penggemar makanan pedas anda mungkin sudah terbiasa dengan kehangatan makanan yang boleh membuatkan orang lain meleleh hidung Asal ada cabaran makanan pedas yang baru pasti anda ingin cuba Tomyam kaw sambal belacan dan ayam penyet past...
Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng Mcdonald S Extra Spicy 3x Ini

Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng Mcdonald S Extra Spicy 3x Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 639 hits
McDonald s jika sebelum ini memperkenalkan menu baru bagi Burger Ayam Portugues yang mendapat sambutan baik dari rata rata rakyat Malaysia Kini McDonald s kembali lagi dengan rasminya memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu Ayam Goreng Ext...
Aneka Menu Makanan Laut Dan Tradisi Melayu Di Restoran Sisik Ikan Bakar

Aneka Menu Makanan Laut Dan Tradisi Melayu Di Restoran Sisik Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 899 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua Sejak berhijrah sementara di Selangor ni belum ada Zumal review kedai makan dan restoran kan Baru baru ni Zumal terima peluang untuk bersama rakan rakan blogger lain ke food review di sebua...
Jangan Buat Main Ini Tujuh Makanan Manusia Boleh Membunuh Kesihatan Kucing

Jangan Buat Main Ini Tujuh Makanan Manusia Boleh Membunuh Kesihatan Kucing

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 310 hits
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat digemari oleh kebanyakan daripada kita Selain dijadikan haiwan peliharaan kucing juga dianggap sebagai sahabat setia yang selalu menemani tuannya Ketika makan kucing gemar menghampiri dengan ha...
Trend Makan Pedas Berapi Tak Bahaya Ke

Trend Makan Pedas Berapi Tak Bahaya Ke

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 1298 hits
Trend Makan Pedas Berapi Tak Bahaya Ke Zaman sekarang tengok makin menjadi jadi trend makan pedas Ayam lah mee segera lah ramen lah macam macam lagi Macam macam trademark pengeluar makanan pedas Pedas gilerr Pedas berapii dan pelbagai lagi ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice