Muka Merah Hingus Meleleh Badan Berpeluh Bila Makan Makanan Pedas Ini Puncanya


Bagi penggemar makanan pedas, anda mungkin sudah terbiasa dengan kehangatan makanan yang boleh membuatkan orang lain meleleh hidung. Asal ada cabaran makanan pedas yang baru, pasti anda ingin cuba. Tomyam kaw, sambal belacan dan ayam penyet pasti pernah menjadi kegemaran anda. Kalau tak ada cili, tak sah.
Tapi tahukah anda, antara elemen yang menentukan tahap kepedasan satu-satu cili ialah capsaicin, sejenis kimia yang terkandung di dalam biji dan placenta iaitu stuktur yang memegang biji-biji tersebut.
Kredit: Pepper Scale Kepedasan tidak sama seperti perisa manis, masam, pahit dan masin yang boleh dikenal pasti melalui empat deria rasa lidah. Sebaliknya, ia merupakan rangsangan kepada reseptor kesakitan pada badan kita. Molekul capsaicin memberi sensasi sakit pada reseptor anda, membuatkan badan bertindak balas terhadap rasa pedas tersebut.
Hidung berair Seorang pakar nutrisi, Melissa Calenda berkata,
“Capsaicin menyebabkan iritasi pada membran mukus (lapisan lendir) terutamanya di dalam hidung. Jadi sebagai mekanisme pertahanan, ia akan menghasilkan lebih banyak mukus menyebabkan hidung anda berair. Jadi, lebihan lendir itu berfungsi menjauhkan bahan yang tidak diingini.”
Badan berpeluh Sensasi diberikan capsaicin menyerupai sensasi disebabkan haba yang membuatkan anda berasa panas. Oleh itu, saraf akan menghantar isyarat ke otak seolah-olah tubuh anda berada dalam situasi bersuhu tinggi yang dianggap sebagai ancaman. Hal ini mengaktifkan reaksi tubuh mengeluarkan peluh sebagai mekanisme membebaskan haba dan menyejukkan badan.
Tahukah anda, semakin kecil cili, semakin pedas? (Kredit: Taste.com.au) Muka merah Apabila berada dalam kepanasan, kulit kita akan menjadi merah. Hal ini berlaku kerana kapilari darah mengembang di bawah kulit untuk memudahkan pembebasan haba di dalam badan sebagai usaha tubuh menstabilkan suhu badan ke tahap normal kembali.
Sakit perut Dalam sesetengah keadaan, kita akan mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas terutamanya jika kita mengambil makanan tersebut ketika perut kosong.
Hal ini kerana capsaicin dianggap sebagai bahan ‘ancaman’ yang perlu disingkirkan segera oleh tubuh. Apabila perut kita kosong, molekul capsaicin akan terus mengiritasi lapisan lendir pada usus – sepertimana ia menyebabkan iritasi pada hidung.
Jadi, kelenjar di dalam usus akan menghasilkan lebih banyak cairan untuk memudahkan pergerakan makanan tersebut ke usus besar, kadangkala sehingga menyebabkan cirit berlaku.
‘Pedih ulu hati’ ketika makan pedas? Sebenarnya, ia bukanlah pedih ulu hati yang disebabkan refluks asid, tetapi sensasi hangat yang berlaku di dalam saluran esofagus. Molekul capsaicin akan merangsang reseptor TRPV1 di dalam saluran tersebut menyebabkan rasa sakit menyerupai pedih ulu hati.
Makanan kalau tak pedas, tak umph lah kan? Namun jangan dilupa, makanan pedas ini boleh merosakkan usus. Jadi, bersederhanalah ya. Beri masa untuk usus anda rehat.
Nak tahu macam mana suhu badan kita berubah bila makan makanan pedas? Jom tengok video di bawah.
Eksperimen ini dijalankan untuk memerhati perubahan suhu badan ketika memakan cili menggunakan kamera pengimejan haba.
Warna putih menandakan suhu paling panas, diikuti warna merah (panas), kuning (kurang panas) dan biru (sejuk).
Perhatikan bahagian tangan subjek yang berwarna kuning. Ini menunjukkan reaksi tubuh yang cuba menyejukkan badannya kembali.

Sumber: RS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/19/muka-merah-hingus-meleleh-badan-berpeluh-bila-makan-makanan-pedas-ini-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 453 hits
Walau apa jua pun tujuan anda bercuti sama ada untuk merasai dim sum yang asli atau menikmati pencuci mulut yang manis lagi sejuk ikuti pengembaraan jalan jalan cari makan kami selama 3 hari 2 malam di 10 tempat makan di Ipoh Kalau anda nak...
12 Makanan Yang Tidak Menggemukkan Walaupun Anda Makan Sampai Kenyang

12 Makanan Yang Tidak Menggemukkan Walaupun Anda Makan Sampai Kenyang

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 537 hits
Takutlah nak makan makanan ni nanti gemuklah Memang ramai sebenarnya yang begitu prihatin terhadap makanan yang dimakan kerana tidak mahu saiz badan terjejas apatah lagi sehingga mengganggu kesihatan Kerisauan tersebut menyebabkan anda terl...
Samyang Ramen Tak Boleh Makan Pedas Sangat

Samyang Ramen Tak Boleh Makan Pedas Sangat

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 665 hits
assalamualaikum bersiaran dari rumah dah kelmarin da selamat sampai Melaka lebih kurang jam 11 mlm hu hu hu seharian perjalanan dari langkawi 8 pagi da mulakan perjalanan hampir 15 jam perjalanan akibatnya semlm demam urat dpt la MC sehari ...
Bukan Fear Factor Ini Makanan Tak Boleh Makan Ketika Hamil Untuk Elak Jangkitan Kuman

Bukan Fear Factor Ini Makanan Tak Boleh Makan Ketika Hamil Untuk Elak Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 376 hits
Pengambilan makanan yang berkhasiat dalam kalangan ibu hamil amatlah penting bagi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan Kebanyakkan pakar menyarankan bahawa ibu hamil perlu mengelak dari ambil makanan yang tidak dimasak dengan sempurna se...
Kajian Anak Autism Berpunca Ibu Mengandung Makan Makanan Berikut

Kajian Anak Autism Berpunca Ibu Mengandung Makan Makanan Berikut

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 714 hits
Menurut Laporan Kesihatan Mental Kanak Kanak Remaja Negara Malaysia sebanyak 2 juta kanak kanak berusia 5 hingga 18 tahun mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan gangguan emosi dan tingkah laku Daripada jumlah itu ...
Boleh Cederakan Usus Doktor Tegah Makan Ayam Goreng Extra Pedas Mcd

Boleh Cederakan Usus Doktor Tegah Makan Ayam Goreng Extra Pedas Mcd

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 683 hits
UMUM mengetahui rangkaian makanan segera terkemuka McDonald s baru sahaja memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3 kali pedas bermula hari ini Sebelum ini seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalamannya mencuba...
Makan Durian Dan Panas Badan Apa Kaitan

Makan Durian Dan Panas Badan Apa Kaitan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 480 hits
Memandangkan sekarang musim durian ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan penjual Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan buah durian ialah taste...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 576 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah