Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng Mcdonald S Extra Spicy 3x Ini
McDonald's jika sebelum ini memperkenalkan menu baru bagi Burger Ayam Portugues yang mendapat sambutan baik dari rata-rata rakyat Malaysia.
Kini McDonald's kembali lagi dengan rasminya memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X. Jika sebelum ini hanya disediakan dibeberapa cawangan sahaja, tetapi kini semua cawangan sudah boleh anda dapati Ayam Goreng terbaru ini.
Seperti diberi tahu oleh pihak McDonald's, menu Ayam Goreng Extra Spicy 3X hanya ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Jadi kepada yang ingin rasa menu ini cepat dapatkannya di mana-mana cawangan diseluruh Malaysia
Berbalik kepada ayam goreng ini, dengan menggunakan nama Spicy 3X, betul ke ayam ni pedas daripada biasa? Sedia maklum, ayam goreng McD ini sebenarnya sudah pedas dengan tambahan 3X ini adakah ianya lebih pedas? Pedas ke?
Dengan amaran diberi : Eat At Your Own Risk
Review Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3XSebelum masuk ke bahagian review utama, anda perlu tahu berapa harga yang ditetapkan? Secara rasmi, Ayama Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini dijual dengan set dengan tanda harga RM13.99.
Tetapi sebelum ini aku telah dapatkan tawaran yang disediakan di aplikasi McDonald's anda boleh dapatkan dengan tanda harga RM14.99 dengan set berserta Cempedak Mcfluffy. Tetapi dengan bayaran menggunakan BigPay aku dapat jimat RM10 untuk 1 set Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X. Di akhir nanti aku cerita
Menu baru ini sama sahaja dengan set Ayam Goreng Mcd yang disediakan seperti biasa, cuma hanya berbeza pada rasa ayam tu sahaja. Dalam set anda akan dapat 2 ketul ayam goreng + kentang goreng dan juga air berkarbonat. Ayamnya juga warna lebih kepada merah gelap sedikit tidak seperti cerahnya ayam goreng spicy biasa
Pergi ke bahagian rasa, bagi pendapat aku, rasa ayam goreng extra spicy 3x ini lebih pedas daripada biasa tetapi tidak sepedas yang seperti yang digembar-gemburkan di iklan sampai 3X pedas. Tetapi mungkin ianya berbeza mengikut daya ketahanan pedas individu
Ada juga memberi tahu ayam goreng extra spicy ini pedas gila sampai nak makan pun tak habis, dan ada juga warganet melontarkan komen dimana ayam goreng ini sama pedasnya ketika ayam goreng spicy mula diperkenalkan dahulu
Ada juga mengatakan, iainya tidak pedas dimulut tetapi pedas diperut sehingga ada mengatakan sakit perut dan pelbagai lagi.
Bagi aku, ianya pedas daripada ayam goreng spicy tetapi boleh makan seperti biasa dan mungkin perlukan air sedikit ketika makan. Rasa lain masih sama seperti ayam goreng biasa
Selain daripada menu ayam goreng extra spicy 3X, anda boleh dapatkan mcflurry cempedak. Sama seperti durian D24 sebelum ini, rasa cempedak seakan cempedak betul. Mungkin nampak pelik, sebenarnya rasanya sedap bila aiskrim vanila bercampur dengan campuran cempedak. Anda patut cuba
Bagi aku menu baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini lebih pedas daripada biasa dan rasanya masih sedap dan boleh dimakan. Juga pada mcflurry cempedak, ianya juga sedap untuk dirasa. Untuk itu, menu ini patut rasa dan juga boleh dicuba sekali lagi
Jimat RM10 Beli Ayam Goreng McD Dengan BigPayAku nak kongsikan macam mana aku jimat RM10 bila beli Ayam Goreng McD yang berharga RM15 ini menggunakan BigPay.
Secara ringkas, BigPay ini seakan e-wallet tetapi diberikan debit kad secara fizikal. Anda topup duit masuk kedalam kad BigPay anda dan berbelanja seperti debit kad. Yang paling best, setiap perbelanjaan RM20 anda diberi mata atau point. Anda kumpul point, anda boleh tebus ganjaran antaranya adalah tiket flight.
Jadi nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke https://www.bigpayme.com/
Sekiranya anda pengguna baru BigPay, bila anda mohon untuk daftar (secara percuma) dan masukkan kod ini 0LMZHKVZ3T ketika daftar baru, anda akan diberi RM10 secara percuma. Ianya hanya untuk pelanggan baru sahaja.
Muat turun aplikasi BigPayAndroid : Muat TuruniOS : Muat Turun
Jadi dengan RM10 tersebut anda boleh gunakan untuk beli secara debit di mana-mana cawangan McDonald's dan dapatkan Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X dengan tambahan RM5 lagi sahaja. Jimat bukan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/07/pedas-sangat-ke-menu-baru-ayam-goreng.html