Hampir 50 Peratus Hutan Simpan Yang Terbakar Berjaya Dipadam Bomba


KUALA LANGAT, 3 Mac (Bernama) — Hampir 50 peratus daripada keseluruhan 50 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sini yang terbakar lebih lima hari lepas berjaya dipadam setakat ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menganggarkan tempoh masa pemadaman bagi keseluruhan kawasan hutan simpan yang terjejas itu akan berlarutan hingga 10 hari lagi.
Ini kerana katanya, keadaan cuaca yang panas dan kering ditambah dengan faktor angin kuat menyebabkan kebakaran hutan tanah gambut itu mudah merebak setiap hari.
“Kebakaran disyaki berlaku seminggu lebih awal daripada laporan yang kami terima pada Jumaat lepas dan kini telah merebak kira-kira 50 hektar melibatkan enam ‘compartment’ kawasan hutan simpan ini,” katanya dalam sidang media di lokasi kebakaran hutan simpan berkenaan, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim, Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof dan wakil Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta Agensi Pengurusan Bencana Negara.
Norazam berkata hasil siasatan pihaknya mendapati punca kebakaran bermula akibat pembakaran haram oleh petani yang menceroboh hutan simpan kekal berkenaan bagi menjadikannya tapak tanaman kontan.
“Kita mempunyai gambar daripada dron menunjukkan kawasan ini telah diceroboh untuk ditanam pelbagai jenis tanaman seperti lengkuas, halia, keledek, nanas dan pisang.
“Tanaman kontan ini apabila tiba masanya untuk penanaman semula, petani akan bersihkan dengan cara membakar kawasan itu dan ini menyebabkan kebakaran terbuka tanah gambut. Kebakaran sama di sini pernah terjadi juga tahun lepas,” katanya.
Justeru kata beliau, pihaknya akan membangkitkan isu berkenaan kepada kerajaan negeri Selangor supaya agensi penguatkuasaan terlibat dapat mempertingkat kawalan keselamatan bagi mengelakkan pencerobohan kawasan hutan simpan kekal itu terus berulang pada masa hadapan.
Sementara itu, Mohammad Rosli berkata sebanyak 285,000 liter air telah dilepaskan secara pengeboman air oleh pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi lima penerbangan sejak Ahad lepas bagi membantu operasi memadam kebakaran hutan berkenaan.
Dalam pada itu, Ahmad Fairuz berkata walaupun kebakaran hutan simpan itu telah berlarutan hampir seminggu lepas, namun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencatatkan bacaan di bawah 100, iaitu masih berada pada paras sederhana.
“Kawasan hutan simpan ini yang terjejas akibat kebakaran hanyalah 50 hektar daripada keseluruhan 9,061 hektar kawasan berkenaan. Kita menggunakan 12 unit dron supaya dapat memantau perebakan kebakaran ini setiap masa.
“Maklumat ini akan disalurkan kepada bomba dan APMM supaya operasi yang dijalankan tepat pada kawasan sepatutnya dan dapat mengawal api daripada terus merebak,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Hampir 50 Peratus Hutan Simpan Yang Terbakar Berjaya Dipadam – Bomba appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/04/hampir-50-peratus-hutan-simpan-yang-terbakar-berjaya-dipadam-bomba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kira Kira Satu Hektar Hutan Terbakar Di Bukit Bendera

Kira Kira Satu Hektar Hutan Terbakar Di Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 317 hits
GEORGE TOWN 24 FEB Kira kira satu hektar kawasan hutan berhampiran landasan kereta api funikular Bukit Bendera antara stesen bawah dan tengah dekat sini mengalami kebakaran malam tadi Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubon...
Makna Hutan Simpan Kuala Langat Buat Orang Asli

Makna Hutan Simpan Kuala Langat Buat Orang Asli

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 414 hits
Memandu ke Kampung Busut Baru anda pada mulanya akan disambut satu demi satu projek perumahan mewah Semua projek ini menjual satu ciri yang serupa kelebihan hidup dekat dengan alam sekitar tetapi pada masa sama tidak terlalu jauh dengan ban...
Jangan Gelojoh Mansuh Hutan Simpan

Jangan Gelojoh Mansuh Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 267 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari digesa tidak gopoh dalam isu cadangan pemansuhan status Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara Setiausaha Agung Otai Reformis 98 Abdul Razak Ismail berkata cadangan untuk memansuhkan status hutan berkena...
Mb Penggantian Hutan Simpan Lebih Luas 121 Hektar

Mb Penggantian Hutan Simpan Lebih Luas 121 Hektar

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 286 hits
SHAH ALAM 21 FEB Kerajaan Negeri melaksana proses pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan menggantikan kawasan baharu berkeluasan lebih 121 4 hektar berbanding jumlah asal 930 7 hektar kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Ment...
Mb Selangor Diberi Amaran Selepas Cadang Mansuh Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Mb Selangor Diberi Amaran Selepas Cadang Mansuh Hutan Simpan Kuala Langat Utara

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 376 hits
Otai Reformis menyerahkan memorandum membantah cadangan mansuh status Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada kerajaan Selangor hari ini SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dinasihatkan tidak gopoh berhubung cadangan pemansuhan H...
Mb Bantahan Warta Hutan Simpan Kuala Langat Sehingga 5 Mac

Mb Bantahan Warta Hutan Simpan Kuala Langat Sehingga 5 Mac

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 570 hits
SHAH ALAM 20 FEB Proses pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 930 hektar masih dalam peringkat cadangan atau bantahan sehingga 5 Mac kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata proses bantahan selama sebulan i...
Kepala Anak Kucing Tersekat Di Sinki Hampir Seharian Nasib Baik Ada Bomba

Kepala Anak Kucing Tersekat Di Sinki Hampir Seharian Nasib Baik Ada Bomba

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 740 hits
Kenakalan seekor anak kucing membawa padah apabila kepalanya tersekat di sinki dapur dan tidak dapat dikeluarkan Kejadian yang berlaku di perumahan Taman Pulai Indah Johor Bahru itu juga menyebabkan anak kucing tersebut terpaksa menahan der...
Pkns Nafi Selangor Business Capital Dibangun Di Rizab Hutan Simpan

Pkns Nafi Selangor Business Capital Dibangun Di Rizab Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 21 FEB Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan dakwaan sebuah portal berita hari ini mengenai pembangunan Selangor Business Capital akan dijalankan di atas rizab Hutan Simpan Kuala Langat Utara kata pengurus komunikasi korpo...
Kerajaan Ph Hampir Berjaya Laksana Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Kata Guan Eng

Kerajaan Ph Hampir Berjaya Laksana Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ptptn Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 375 hits
Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional namun tumbang sebelum pengumuman rasmi dibuat Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan ...
Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Singgah The Sheep Sanctuary

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Nasi Ambeng Porsi Besar