Jangan Gelojoh Mansuh Hutan Simpan



Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari digesa tidak gopoh dalam isu cadangan pemansuhan status Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara.
Setiausaha Agung Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail berkata, cadangan untuk memansuhkan status hutan berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan khazanah alam serta penduduk orang asli di sini.
“Apa Otai Reformis nak cakap pada menteri besar adalah supaya beliau tidak gopoh kerana kamu sudah pecah rekod.
“Sewaktu pentadbiran UMNO-BN, cadangan pewartaan dikeluarkan adalah dengan keluasan 404.69 hektar namun pada zaman menteri besar kini, beliau cuba untuk mansuh 930.93 hektar.
“Kita sarankan beliau agar tak gopoh dan jangan sebab isu ini akan jatuhkan dia nanti,” katanya Abdul Razak.
Tambah Abdul Razak lagi, cadangan pemansuhan hutan simpan itu dilihat bakal memusnahkan khazanah alam di dalamnya yang berusia kira-kira 8,000 tahun.
Beliau sebelumnya menyerahkan memorandum bantahan cadangan pemansuhan status Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara kepada Exco Alam Sekitar,Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Selangor mengeluarkan notis cadangan bagi memansuhkan pewartaan status hutan simpan berkenaan menerusi ruangan iklan di akhbar tempatan.
Amirudin pada 4 Dis 2018, dilaporkan memberitahu bahawa kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan mengenai penyahwartaan sebahagian kawasan Hutan Simpang Bukit Lahong, Gombak bagi membolehkan projek perumahan dijalankan di kawasan itu.
Malah, katanya, mana-mana pihak boleh menyatakan bantahan ketika proses pendengaran awam dijalankan nanti.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) semalam menggesa kerajaan Selangor supaya tidak memansuhkan status hutan simpan kekal itu kerana ia kaya dengan sumber biodiversiti unik termasuk tupai pygmy yang hanya boleh ditemui di sana.
Naib Presiden 1 Peka, Saha Deva berkata sekiranya cadangan pemansuhan itu diteruskan, ia bukan sahaja akan memusnahkan keadaan semula jadi hutan tetapi juga menjejaskan habitat flora dan fauna serta mata pencarian penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.
Difahamkan, kawasan tersebut juga merupakan hutan gambut dan bakau kedua terpenting di Selangor selepas Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor.
Dalam perkembangan sama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor turut mendesak kerajaan negeri menolak cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Khairool Ngadon, berkata AMK Selangor membuat ketetapan membantah cadangan itu memandangkan ia kawasan hutan gambut dan bakau kedua terpenting di Selangor selepas Hutan Simpan Raja Musa.
“Justeru, Pemuda PKR Selangor mendesak agar Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Amirudin Shari menolak cadangan penyahwartaan ini,” tegas mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26437

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Selangor Diberi Amaran Selepas Cadang Mansuh Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Mb Selangor Diberi Amaran Selepas Cadang Mansuh Hutan Simpan Kuala Langat Utara

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 358 hits
Otai Reformis menyerahkan memorandum membantah cadangan mansuh status Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada kerajaan Selangor hari ini SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dinasihatkan tidak gopoh berhubung cadangan pemansuhan H...
Mb Bantahan Warta Hutan Simpan Kuala Langat Sehingga 5 Mac

Mb Bantahan Warta Hutan Simpan Kuala Langat Sehingga 5 Mac

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 559 hits
SHAH ALAM 20 FEB Proses pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 930 hektar masih dalam peringkat cadangan atau bantahan sehingga 5 Mac kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata proses bantahan selama sebulan i...
Mb Penggantian Hutan Simpan Lebih Luas 121 Hektar

Mb Penggantian Hutan Simpan Lebih Luas 121 Hektar

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM 21 FEB Kerajaan Negeri melaksana proses pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan menggantikan kawasan baharu berkeluasan lebih 121 4 hektar berbanding jumlah asal 930 7 hektar kata Dato Seri Amirudin Shari Dato Ment...
Jangan Simpan Pakaian Yg Tidak Dipakai Kerana Akan Dihisab

Jangan Simpan Pakaian Yg Tidak Dipakai Kerana Akan Dihisab

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 572 hits
Peringatan utk semua keluarga dan sahabat2 Mari renung2kan Adakah kita termasuk dalam golongan ini Mungkin ada yg tidak tahu dan ada yang sudah tahu Semoga ilmu yg disampaikan dapat kita manfaat dgn sebaik2nya Keluarkan semua baju2 yg bersu...
Pkns Nafi Selangor Business Capital Dibangun Di Rizab Hutan Simpan

Pkns Nafi Selangor Business Capital Dibangun Di Rizab Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM 21 FEB Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan dakwaan sebuah portal berita hari ini mengenai pembangunan Selangor Business Capital akan dijalankan di atas rizab Hutan Simpan Kuala Langat Utara kata pengurus komunikasi korpo...
Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

Pemimpin Jangan Gelojoh Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 271 hits
Selepas fiasco yang berlaku semalam ia mula bersambung hari ini apabila pelbagai spekulasi terus hangat diperkatakan khususnya melalui laman media sosial Pelbagai pandangan diberikan dari beberapa sudut Bukan tak setuju Bukan juga tidak men...
Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Portuguese Man O War

Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Portuguese Man O War

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1406 hits
Jangan Gatal Tangan Nak Sentuh Obor Obor Jenis Ini Sengatan Berbisa Menyebabkan Kesakitan Melampau Obor obor beracun yang biasa menghuni Lautan Atlantik Lautan Hindi serta Lautan Pasifik hanyut ke perairan Terengganu dengan 11 ekor ditemui ...
Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 329 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook meminta semua pihak tidak lagi mempersoalkan keperluan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak susulan kemalangan budak berusia 2 tahun yang tercampak di lebuh raya Isnin lalu Foto Sinar Harian ...
Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 295 hits
Data dari Kementerian kesihatan menunjukkan peninkatan kes influenza 2019 Kes kes di hospital swasta seluruh negara juga menunjukkan lebih ramai lagi kes influenza Menurut Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail Consultant Paediatrician Paediatric Ca...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Rekod Kepimpinan Cemerlang Amk Wp Sokong Kamil Munim Terajui Amk

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Pesakit Psoriasis

Jalur Laluan Keretapi Terpanjang Di Dunia

Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes