Makna Hutan Simpan Kuala Langat Buat Orang Asli


Annabelle Lee    Memandu ke Kampung Busut Baru, anda pada mulanya akan disambut satu demi satu projek perumahan mewah.

Semua projek ini 'menjual' satu ciri yang serupa - kelebihan hidup dekat dengan alam sekitar tetapi pada masa sama tidak terlalu jauh dengan bandar raya seperti Shah Alam, Putrajaya dan Subang Jaya.

Bagaimanapun tidak jauh daripada kediaman berpagar mewah ini, masyarakat Orang Asli Temuan bimbang mereka bakal kehilangan kawasan hutan yang sangat dihargai mereka, demi memberi laluan kepada projek pembangunan yang serupa.

Malaysiakini berkunjung ke kampung Orang Asli di sana pada tengah hari Jumaat.

Kanak-kanak sudah pun menukar seragam sekolah untuk bermain di luar, orang lelaki pula mengayuh basikal menuju ke ladang untuk mengait buah kelapa sawit.

Kampung ini cukup dengan kemudahan asas seadanya. Untuk 85 keluarga, dengan kira-kira 600 orang, ia dilengkapi padang, sekolah, tadika, dewan komuniti, jalan bertar, serta bekalan air dan elektrik.

Banyak kawasan di kampung terletak bersebelahan dengan pinggir Hutan Simpan Kuala Langat Utara, yang menjadi tempat untuk Bonet Baba, 70 tahun, memetik sayuran untuk makan malam atau buluh untuk kegunaan.

Ada kala dia ke sana untuk memetik tumbuhan herba seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali atau apa yang dipanggil mereka sebagai Tunjang Bumi, untuk keluarga dan penduduk yang memerlukan.

"Biasanya kami rebus herba, daun dan akarnya sekali, untuk diminum perempuan yang baru beranak.

"Tumbuhan ini hanya ada dalam hutan saja kerana keadaannya yang sejuk," katanya ketika ditemui Malaysiakini di sebuah kedai di kampung itu.
Bonet BabaSelain menjadi tempat mencari sumber, hidup di samping pokok-pokok di hutan simpan mengingatkannya kepada kampung lamanya - Kampung Busut

"Masuk tengok suasana hutan, rasa macam kampung lama. Kampung lama kan banyak hutan," katanya mengimbas kembali.

Pada 1993, masyarakat Kampung Busut terpaksa berpindah daripada tempat tinggal asal mereka di Sepang - di mana mereka hidup selama banyak generasi - untuk memberi laluan kepada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan memberikan mereka tanah seluas 1,000 ekar di satu kawasan yang terletak kira-kira 40 km dari situ sebagai pampasan. Dan disitulah mereka tinggal sehingga hari ini.

Bercakap tentang kampung lamanya, Bonet hampir mengalirkan air mata. Dia menyatakan kekesalannya kerana tidak akan dapat menunjukkan tempat tinggalnya kepada lima cucunya.
Tunjang BumiDia bagaimanapun sekurang-kurangnya dapat mewariskan pengetahuan tentang hutan apabila membawa mereka ke hutan simpan itu.

Maka dia berharap kerajaan Selangor akan menimbang semula cadangan untuk membatalkan pewartaan hutan simpan terhadap 97.1 peratus (930.93 hektar) kawasan hutan itu untuk projek pembangunan bercampur.

Lepas terbakar, lahir semula

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mencadangkan kawasan itu dibangunkan kerana menurutnya 40 peratus kawasannya sudah menjadi hutan rosot akibat kebakaran yang pernah berlaku.

Dia juga berkata hutan simpan itu berdepan risiko kegiatan pembakaran haram dan memberi ancaman kepada projek perumahan yang bakal dibina di sekitarnya

Bagi Tok Batin Kampung Busut Baru Sari Senin, dia melihat hutan itu kembali 'hidup semula' selepas kebakaran yang berlaku pada 2015.

Kumpulan alam sekitar seperti Global Environmental Centre (GEC) telah bekerjasama dengan pelajar dari sekolah di kampung itu untuk menganjurkan program rehabilitasi hutan di mana pokok-pokok ditanam semula.

"Sudah lima tahun tak ada kebakaran," kata Sari kepada Malaysiakini.
Sari SeninSari yang masuk ke hutan simpan beberapa kali seminggu, berkata di pernah melihat tupai pigmi, beruang madu, tapi dan malah harimau kumbang di dalamnya.

Sebagai hutan paya gambut, dan Sari menegaskan ia banyak membantu untuk mengelakkan kampung mereka dilanda banjir ketika hujang lebat.

"Kalau kawasan dibangunkan dan permukaannya ditutup, di mana air hujan akan pergi?

"Pastinya air akan turun di kawasan kampung," katanya lagi.

Tambahan pula, katanya, haiwan liar juga akan masuk ke kampung dan menjadi ancaman kepada penduduk jika hutan itu dibangunkan.
Aniza GangMalaysiakini kemudian dibawa oleh Aniza Gang ke kawasan hutan simpan yang terjejas akibat kebakaran lima tahun lalu.

Wanita berusia 28 tahun itu menunjukkan pokok-pokok Mahang yang meninggi dengan dahan dan daun yang membentuk kanopi, melindungi tumbuhan di bawah daripada sinaran matahari secara terus.

"Saya tak rasa ini hutan rosot.

"Hutan dulu yang terbakar pun sekarang nampak bersemangat. Sudah nampak anak-anak pokok dulu sudah membesar," katanya.

Aniza (bawah) hanya berusia setahun ketika keluarganya berpindah dari kampung lama. Inilah satu-satunya hutan yang dikenalinya dan sejak kecil lagi sering ke hutan bersama-sama ibu bapanya.
Buka mata nampak pokok, bukan konkrit

Sebelum ini, Amirudin memberi jaminan bahawa cadangan pemansuhan status hutan simpan tidak akan menjejaskan mana-mana kampung Orang Asli serta kawasan rayau mereka.

Ia bagaimanapun gagal meyakinkan masyarakat Orang Asli, dan empat kampung - termasuk Kampung Busut Baru - telah bersama-sama membantah rancangan itu.

Semalam (5 Mac) adalah hari terakhir untuk para pemegang taruh menghantar maklum balas daripada sesi pendengaran awam rancangan itu, dan NGO Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor memberitahu The Malaysia Insight bahawa pihaknya sudah menghantar sejumlah 13,000 surat bantahan.

Selepas ini Jabatan Perhutanan Selangor akan menilai semua maklum balas dan menggabungkannya kepada satu laporan untuk dihantar kepada kerajaan negeri.
Sesi bersama pemegang taruh akan diadakan kemudian.

Sari sendiri telah menghantar dua surat bantahan bagi pihak kampungnya, menegaskan bantahan mereka kepada projek pembangunan bercampur dan juga cadangan landasan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melalui sebahagian kawasan kampung.

 

ECRL sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mahu "mengelak" pembatalan status hutan simpan dan lebih cenderung untuk memohon permit pengguna untuk menggunakan sebahagian daripada kawasan yang dilindungi itu.

Selain kembimbangan bahawa pembatalan status akan memberi kesan kepada kehidupan dan keselamatan Orang Asli, Sari juga tidak mahu lima anaknya membesar dalam 'hutan konkrit'.

Berjauhan dengan hutan akan menghakis identiti Temuan mereka.

"Apabila mereka sudah besar nanti, mungkin mereka tak akan selalu tengok hutan.

"Bila bangun dari tidur, mereka hanya tengok batu-batu," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/makna-hutan-simpan-kuala-langat-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Asli Berdemo Mohon Mb Selamatkan Hutan Kuala Langat

Orang Asli Berdemo Mohon Mb Selamatkan Hutan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 361 hits
YASMIN RAMLAN Lebih 200 masyarakat Orang Asli hari ini berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan Hutan Simpan Kuala Langat Menurut...
Waytha Kuala Langat Forest Reserve Not Worth Keeping Orang Asli Don T Think So

Waytha Kuala Langat Forest Reserve Not Worth Keeping Orang Asli Don T Think So

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 372 hits
Minister in the Prime Minister s Department P Waythamoorthy has rebuffed claims by certain quarters who reportedly believe that the Kuala Langat forest reserve is no longer suitable for keeping On the contrary Waythamoorthy whose portfolio ...
Orang Asli Deliver Protest Note To Mb Over Kuala Langat Forest

Orang Asli Deliver Protest Note To Mb Over Kuala Langat Forest

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 320 hits
A group of more than 200 Orang Asli gathered today in front of the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah building to voice their objections to the state government s to degazette the Kuala Langat Forest Reserve According to community leader tok...
Video Pantai Kelanang Kuala Langat

Video Pantai Kelanang Kuala Langat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 442 hits
Macam biasa video tidak dilupakan Sambil sambil mengayuh sempat la juga ambik video video pendek untuk simpanan dan koleksi Yang mana malas nak baca kalau tulisan panjang panjang tu boleh tengok video ni Dah jangan pulak gatai ada nak minta...
Hampir 50 Peratus Hutan Simpan Yang Terbakar Berjaya Dipadam Bomba

Hampir 50 Peratus Hutan Simpan Yang Terbakar Berjaya Dipadam Bomba

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 236 hits
KUALA LANGAT 3 Mac Hampir 50 peratus daripada keseluruhan 50 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sini yang terbakar lebih lima hari lepas berjaya dipadam setakat ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor No...
Kuala Kemaman

Kuala Kemaman

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 930 hits
Assalammualaikum and Have a Blessing Day AheadEsok Sabtu Eh harini dah sabtu kalau ikut jam Sekarang dah jam 0059 Kira sabtu dah kan Dah ada plan ke untuk pagi nanti Pergi jamuan kahwin ke Marilah kita pergi penuhi undangan orang Mak selalu...
Ke Kuala Lumpur

Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 227 hits
DALAM PERJALANAN KE KUALA LUMPUR UNTUK MENDAPAT GAMBARAN JELAS MALAM INI SAMA ADA KAK WAN ATAU DSAI DIKERUSI TPM
Pengalaman Pendakian Gunung Angsi Kuala Pilah

Pengalaman Pendakian Gunung Angsi Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1147 hits
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos lepas kami dua beradik telah berjaya mendaki Gunung Angsi dari awal hingga ke puncaknya dengan melalui trek Bukit Putus Bergambar di mercu tanda Gunung Angsi sebelum mendakiLagipun cuti cuti ...
Kedai Sejuk Beku Kepunyaan Orang Muslim Kuala Lumpur

Kedai Sejuk Beku Kepunyaan Orang Muslim Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 929 hits
Kedai Sejuk Beku kepunyaan Orang Muslim Kuala LumpurKedai Runcit dan Sejuk Beku Nur Rahman di Medan Niaga Rampai 53300 Kuala Lumpur bersebelahan Restoran Nasi Ayam Dara My Nur Byk barang dan berasaskan product muslim harga amat berpatutan O...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities