Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya


Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa, seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter.
Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya, rata-rata kaum ibu sendiri bersetuju bahawa mereka lebih mudah tergugat emosi berbanding si ayah.
Seorang pengguna Facebook, Siti Suryani Yaakop berkongsi hasil ‘perbincangan’ bersama kaum-kaum ibu di tempat kerjanya. Berikut ialah perkongsian tersebut.
Topik kali ni tentang kenapa anak-anak kalau bapak cakap sekali, terus dia dengar. Tapi kalau mak cakap, sampai berbuih mulut, mata terjegil, telinga berasap pun dia belum tentu nak ikut.
1.Bapak suka main dengan anak. Betul tak? Yang suka layan anak main siapa? Bapak. Suami kami orang ni la.
Walau garang macam mana pun bapak, dia juga lah yang sabar layan anak main. Dari main lasak-lasak sampailah ke main masak-masak. Bapak yang main.
Mak pergi mana masa ni?
Buat kerja rumah.
Dikala bapak layan anak main beyblade, mak jemur baju. Dikala bapak layan anak main Saidina, mak lipat baju. Dikala bapak layan anak main cikgu-cikgu, mak cuci jamban.
Jadi, siapa best?
Bapak!
Agak-agak kalau balik rumah, siapa yang kena tarik telinga dulu? Gambar hiasan. (Kredit: More Bees) 2. Selalu dengan bapak apa nak pun dapat, dengan mak semua tak boleh. Suami aku jenis bawa anak pergi kedai DIY, kemudian keluarkan pekeliling, “Ambik mainan yang bernilai RM20 ke bawah. Abah tunggu sini. 10 minit lagi jumpa kat sini semula”.
Maka, anak aku dengan penuh gembira akan cari mainan seperti yang diluluskan bajet poket abah dia. Tapi diiringi rasa tanggungjawab juga.
“Bawah 20 ringgit”.
“Jumpa lagi 10 minit”.
Diberi kepercayaan adalah satu perasaan besar dan bangga dalam diri anak-anak. Anak suka orang percaya dia. Dia akan balas kembali dengan rasa percaya yang sama. Cuba kalau mak~~
“Eh, tu dah ada”.
“Mahal sangat tu”.
“Tu takda faedah”.
“Tak payah, baik bagi mak beli sayur”.
Habis, siapa best?
Bapak!
3. Bapak nikmati setiap saat, mak fikir 20 tahun akan datang. Ayah tak banyak fikir akibat.
Sekarang, masa sekarang.
Anak nak tolong bakar sampah, jom!
Anak nak mandi lambat, takpa.
Anak nak makan megi, sekali sekala.
Anak tidur pakai seluar jeans, ok.
Kalau mak ni~~
Bila anak memanjat, kita takut jatuh kepala pecah. Karang anak perempuan nak main beyblade, kita takut dia jadi tomboi. Jap lagi anak nak main basikal kat luar rumah, kita takut nanti kena langgar.
Serba tak boleh.
Jadi, siapa best?
Bapak!
4. Bapak jarang marah, sebab tu sekali sekala marahnya berkesan. Budak-budak ni adalah sejenis makhluk yang bijak. Dia pandai latih diri ikut keadaan.
Kalau dah hari-hari mak marah, anak pun imun dah. Tak kisah. Dah biasa. Ayah-ayah ni kan jarang nak marah. Sesekali marah, anak memang la takut. Sebabnya, ada impak.
Jadi, siapa best?
Bapak!
Gambar hiasan. 5. Bila marah, bapak tak membebel. Mak kalau boleh nak bagi ceramah sampai malam. Bapak ni lelaki. Lelaki ni vocab dia sikit. Cakap yang perlu je. Jadi, arahan dia ringkas dan tepat. 10 kali kena ulang pun, tetap masih ringkas lagi. Dah dia memang jenis tak banyak cakap.
“Pergi mandi”.
“Meh makan”.
“Jom solat”.
“Bila nak buat?”.
Mak pun gitu juga. Tapi, biasanya cuma sampai suruhan ke 3. Kalau ke 4, haaaa… tunggulah kau. Cair la taik telinga kau lepas tu.
Jadi,siapa best?
Bapak!
6. Emosi bapak konsisten. Jarang kita dengar bapak naik angin kalau dia cakap dengan anak. Dengan muka kering-kering macho, bapak masih boleh berada di fasa emosi yang sama. Dia mampu tenang sampai ke sudah.
Mak cepat nak naik angin. Pasalnya satu la aku rasa, kita ni banyak benda lain nak buat. Nak cepat. Payah nak tunggu-tunggu ni. Tak sabor!
Gambar hiasan. (Kredit: Harvard Extension School) 7. Bapak tak banyak drama. Mana ada pernah dengar bapak kata~~
“Kamu ni tak kesian kat abah ke?”.
“Sampai hati kamu tak dengar”.
“Kamu tak sayang abah ke?”.
Mana ada!
Dia bukan kisah pun.
Kita la tu yang banyak drama tu. Sikit-sikit nak kecik hati. Sikit-sikit nak touching. Sikit-sikit nak merajuk. Anak taknak makan ikan goreng kita pun nak sedih.
Ceit!
Jadi, siapa best?
Bapak!
Dan secara psikologinya~~
Budak-budak ni akan dengar, ikut, patuh dan taat pada sosok yang dia senangi dan menyenangi dia. Yang main dengan dia, layan dia, boleh kawtim dengan dia, boleh bagi apa dia nak, boleh berlebih kurang, boleh buat dia seronok.
Sebab tu di usia begini~~
Dia dengar cakap cikgu.
Dia suka nak main dengan kawan.
Sebab golongan ni tak macam mak.
Lebih dari guru disiplin kadang tu.
Jadi salahkah kita? Tak!
Kita adalah penstabil keadaan.
Yin-Yang.
Kalau semua boleh, tak bagus juga.
Kalau semua sporting, rosak juga.
Kalau semua nak ikut, bahaya juga.
Jadi adakah kita tak best?
Tak!
Kitalah mak yang best dalam tak best!
Asal jangan jadi naga selalu sangat dah la mak. Takut lubang idong kau berasap. Hodoh tau!

Sumber: Siti Suryani Yaakop


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/09/hairan-anak-lebih-dengar-cakap-ayah-berbanding-mak-kenapa-ini-7-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 410 hits
Anak kalau dengan ayah semua dengar cepat nak buat Ibu jangan rasa kecil hati atau putus asa ini mungkin puncanya Ibu dan bapa mempunyai perbezaan personaliti yang ketara Seorang bapa lebih bersahaja ringkas dan sporting manakala ibu pula l...
Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 441 hits
Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi Ish tapi takkan marah sikit pun tak boleh Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya Sebagai ibu bapa biasanya kita menganggap apa...
Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 396 hits
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang...
Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 552 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak anaknya Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak Begitu juga orang tua kita Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat wal...
Bagilah Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit Kesannya Rezeki Melimpah Hati Lebih Tenang Dan Hidup Lebih Berkat

Bagilah Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit Kesannya Rezeki Melimpah Hati Lebih Tenang Dan Hidup Lebih Berkat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 912 hits
Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa terbeban untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit Walaupun gaji kita tak besar mana terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk m...
Dengar Cakap Esok Bawa Jalan Kerap Berjanji Tak Buat Kita Ajar Anak Menipu

Dengar Cakap Esok Bawa Jalan Kerap Berjanji Tak Buat Kita Ajar Anak Menipu

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 428 hits
Mummy janji kalau abang dengar cakap nanti mummy beli aiskrim Pernah tak anda dalam situasi ini apabila berjanji dengan anak Janji adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang Kita tidak boleh cakap janji sahaja sedangkan tak me...
Cubaan Seludup 788 Anak Pokok Nilai Rampasan Lebih Rm70 000

Cubaan Seludup 788 Anak Pokok Nilai Rampasan Lebih Rm70 000

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 311 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kenapa Minyak Kereta Lambat Turun Bila Lebih Dari Separuh Dan Cepat Turun Bila Kurang Dari Separuh Ini Jawapannya

Kenapa Minyak Kereta Lambat Turun Bila Lebih Dari Separuh Dan Cepat Turun Bila Kurang Dari Separuh Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 390 hits
Setiap pemandu kereta sudah pastinya menjadikan jarum minyak yang terdapat di meter bagi setiap kenderaan yang mereka pandu sebagai perhatian utama Perkara ini supaya mereka dapat menganggarkan sejauh manakah kereta mereka mampu bergerak da...
Kajian Saintifik Dakwa Anak Kedua Lebih Nakal Dari Anak Sulung

Kajian Saintifik Dakwa Anak Kedua Lebih Nakal Dari Anak Sulung

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 312 hits
Kelahiran anak dalam dunia ini adalah satu anugerah yang paling terindah untuk ibu bapa Tidak kiralah anda anak ke berapa Jika diberi pilihan anak ke berapa anda pilih untuk dilahirkan Mesti akan kata nak jadi anak sulung anak kedua atau an...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut