Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak


“Merajuk teruk nampaknya anak aku yang seorang tu. Aku ada tersalah cakap ke masa marah dia tadi? Ish, tapi takkan marah sikit pun tak boleh. Apa tips komunikasi dengan anak supaya dia lembut hati ya?”
Sebagai ibu bapa, biasanya kita menganggap apa yang kita lakukan adalah betul dan bertujuan untuk mengajar anak-anak. Tapi sebenarnya tentu ada masa kita  terlepas pandang terhadap beberapa perkara yang mungkin memberi kesan kepada jiwa anak-anak, terutamanya dalam hal berbicara.
PAKAR PSIKOLOGI LARANG IBU BAPA GUNAKAN 7 AYAT INI PADA ANAK Mari kita semak semula dan cuba fahami kenapa para psikologis melarang ibu bapa menggunakan ayat-ayat ini.

1. “JANGAN KACAU MAMA, PERGILAH MAIN DEKAT SANA.” Sebagai ibu bapa, kita tak dapat lari daripada berasa letih. Tentulah ada masanya kita menginginkan sedikit ‘me time’ dan tidak mahu diganggu. Tetapi, seeloknya cari masa yang sesuai dan jangan asyik terus-menerus memberitahu si anak supaya menjauhi anda.
Menurut Suzette Haden Elgin, founder di Ozark Center for Language Studies, anak-anak akan mentafsirkan mesej tersebut dengan mempercayai bahawa anda tidak berminat untuk bercakap dengan mereka. Malah, sehingga mereka besar nanti lebih sukar untuk mereka meluahkan perasaan dan menganggap tiada gunanya mereka berkongsi apa-apa dengan anda.
Maka, jika anda benar-benar kesuntukan masa atau sedang stres untuk bermain dengan anak, beritahu mereka dengan baik dan set kan masa lain untuk ‘temujanji’ tersebut. Biasanya mereka boleh dilatih untuk menunggu. Tapi ingat, janji mesti ditepati ya!
2. “SIKIT-SIKIT MENANGIS. CENGENG BETUL KAMU NI.” Setiap anak mulanya belajar berkomunikasi dengan menangis. Mereka memerlukan sedikit masa untuk bertutur menggunakan perkataan dan menjelaskan emosi dengan baik kerana kebolehan tersebut perlu dilatih.
Seeloknya, jika anak menangis peluklah dia dengan erat. Sambil itu, ajarkan anak untuk menjelaskan apa yang berlaku. Terangkan padanya bahawa melalui kata-kata, anak dapat memberitahu apa yang diingini dengan lebih jelas dan cepat berbanding menangis. Dengan cara ini, mereka juga belajar mengendalikan emosi dengan lebih terkawal.
3. “JANGANLAH TAKUT-TAKUT, KAMU KAN ANAK LELAKI.” Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu faham bahawa setiap manusia mempunyai perasaan – apatah lagi anak kecil yang masih belum tahu-menahu tentang dunia luar. Mereka masih kecil dan tentulah ada banyak perkara yang mereka tak tahu. Unfamiliarity ini tentunya menimbulkan rasa curiga, bimbang, dan takut dalam banyak hal. Jadi, kenapa perlu mereka menyembunyikan perasaan sendiri dan dipaksa menjadi ‘lelaki’?
Sebuah artikel dalam Psychology Today menerangkan bahawa perbuatan menghalang anak lelaki untuk menangis, memaksa mereka menjadi ‘macho’, kuat, dan sebagainya boleh memberi implikasi buruk kepada kesihatan mental si anak. Dikhuatiri dengan cara ini, mereka akan menjadi seorang yang lebih agresif, kurang sifat empati, dan menyalahgunakan kekuatan fizikal mereka.
4. “TENGOK ANAK AUNTY TU. BARU 4 TAHUN DAH PANDAI MEMBACA. KAMU DAH NAK MASUK SEKOLAH MASIH MERANGKAK-RANGKAK.” Ibu bapa mana yang tak teringin tengok anaknya naik ke pentas, hebat di padang, menang anugerah, dan sebagainya. Kadangkala, secara tidak sedar, kita membanding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain yang lebih hebat. Walaupun tidak bertujuan membuat anak kecil hati, sebenarnya pada saat itu kita sudahpun menjatuhkan semangatnya.
Anak kita mungkin telah mencuba sedaya-upaya. Malah, segala usaha dilaburkan demi membuat kita bangga dan gembira. Apabila ayat sedemikian meluncur dari mulut orang yang paling disayangi dan dipercayai, tentulah mereka akan berasa sangat kecewa dan hilang keyakinan diri. Bahkan mereka mungkin akan takut mencuba lagi pada masa akan datang.

5. “MARI SINI BIAR MAMA BUATKAN.” Niat kita memang murni kerana kita rasa tak selesa tengok anak terkial-kial melakukan sesuatu perkara. Tapi, pertolongan ini boleh bertukar menjadi sesuatu yang buruk jika ia menjadi rutin dan kerapkali ditawarkan terlalu awal sehingga tidak memberi peluang langsung kepada anak untuk cuba menyelesaikan sesuatu hal.
Myrna Shure, seorang profesor psikologi di Drexel University dan penulis buku Raising a Thinking Child berpendapat bahawa sikap ini akan mempengaruhi sifat independence iaitu kemandirian anak. Jadi, jangan ‘curi peluang’ anak untuk mengerahkan usahanya sendiri melainkan mereka benar-benar buntu dan terpaksa meminta pertolongan.
6. “KENAPA DEGIL SANGAT NI?” Orang selalu cakap, ‘panggilan itu adalah doa’. Secara saintifiknya, penjelasannya mungkin boleh kita kaitkan dengan situasi yang dijelaskan oleh Maureen Smith menerusi Telegraph. “Apabila kita memanggil anak dengan gelaran ‘degil’ atau ‘nakal’, perkataan itu akan terakam oleh otak bawah sedarnya sehingga membuatnya percaya bahawa dia adalah anak yang benar-benar ‘degil’ atau ‘nakal’.”
Sepatutnya, apabila anak melakukan sesuatu yang salah, kita boleh katakan, “Mama tak suka cara kamu bermain dengan kasar.” Ayat sebegini lebih positif, tepat, dan tidak ‘melabel’ seseorang dengan gelaran tertentu.
7. “SIAPA BUAT KAMU MENANGIS? MARI SINI ABAH PUKUL DIA…” Biasanya ini dilakukan kepada anak-anak kecil. Contohnya anak menangis kerana bergaduh dengan adik-beradik yang lain. Atau ada juga gelagat ibu bapa yang memukul tembok atau batu kerana membuat anak jatuh.
Menurut psikologi, sebaiknya cara ini tidak diteruskan kerana sikap seperti ini hanya akan membuat anak kita mudah menyalahkan pihak lain pada setiap kejadian.
Jika anak terjatuh, katakan padanya bahawa rasa sakit yang dirasakan adalah kerana geseran kakinya dengan tanah yang keras. Dia perlu berhati-hati semasa berjalan supaya tak jatuh. Atau, berjalan di atas rumput yang lembut supaya tidak sakit apabila jatuh. Dengan ini, anak belajar untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar tanpa perlu mencari salah sesiapa.
Kesimpulannya menjadi ibu bapa sememangnya meletihkan dan memerlukan kesabaran khusus. Penting untuk ibu bapa mengajarkan anak tentang emosi dan kejujuran sejak kecil melalui bahasa yang mudah difahami.
Jika dibiasakan begini, anak akan mampu mengenalpasti pelbagai perasaan yang menimpanya sehingga mereka mampu memilih tindakan yang sesuai dengan nilai-nilai positif yang anda praktikkan sendiri.
Sumber: Nazurah Hassan
 
The post Pakar Psikologi Larang 7 Ayat Ini Mak Ayah Jangan Cakap Pada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-psikologi-larang-7-ayat-ini-mak-ayah-jangan-cakap-pada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

Jangan Cepat Kasihan Pujuk Masa Anak Mengamuk Hati Mak Ayah Kena Keras

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 460 hits
Ramai ibu bapa tak tahu cara tangani perilaku anak anak Mereka tak tahu apa perlu dilakukan terutamanya bila anak tunjuk tantrum ketika di tempat awam atau di majlis keramaian Tantrum adalah cara anak anak mengambil perhatian kita dan membe...
Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

Jangan Main Bagi Je Suplemen Periksa Dulu Sebelum Bagi Anak Dan Mak Ayah Kita Dr Izzar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 545 hits
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak anaknya Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak Begitu juga orang tua kita Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat wal...
Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

Jangan Sesuka Hati Suap Makanan Pada Anak Orang Pakar Pemakanan Cakap Ada Kesan Buruknya

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 334 hits
Tabiat suka suap makanan pada mulut anak orang lain mungkin dianggap perkara biasa di kalangan masyarakat Tapi awas sebab ia ada kesan buruknya Comelnya anak kau ni Geram aku Takpe kan aku bagi dia sikit kek ni Kesian pulak tengok dia telan...
Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 355 hits
Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya rata rata ...
Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

Kenapa Anak Meragam Bila Bersama Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 389 hits
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin Tadi masa mama belum balik kerja elok je dia tak meragam Bila nampak mama macam macam perangai dia tunjuk ya komen papa pada si kecilnya yang...
Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 403 hits
Anak kalau dengan ayah semua dengar cepat nak buat Ibu jangan rasa kecil hati atau putus asa ini mungkin puncanya Ibu dan bapa mempunyai perbezaan personaliti yang ketara Seorang bapa lebih bersahaja ringkas dan sporting manakala ibu pula l...
Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

Ketika Mendidik Anak Ibu Ayah Juga Ada Silapnya Jangan Ego Untuk Mengaku Dan Mohon Maaf Pada Mereka

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 347 hits
Ketika membesarkan anak anak kita mahukan yang terbaik buat mereka Sedarkah anda kita juga ada berbuat salah Dalam usaha membentuk sahsiah anak anak kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna Lihat senarai yang Pa Ma kongsika...
Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

Masa Kecil Bonding Kuat Ayah Jangan Berhenti Tunjuk Kasih Sayang Kepada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 518 hits
Ayah figura hebat dalam kehidupan anak perempuan dan sekali gus memberikan pengaruh besar dalam pembentukan diri si kecil Kuasa bonding semasa kecil dan diteruskan mampu membina anak yang kuat dan berkarakter luar biasa Walau sesibuk mana s...
Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

Ayah Jangan Malu Suap Anak Makan Peluklah Anak Jangan Biarkan Anak Tidur Dengan Jiwa Kosong

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 806 hits
Peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga sangat penting Jika ayah mengambil berat apa yang berlaku setiap hari dirumah pasti keluarga tersebut menjadi sebuah keluarga yang harmoni Penglibatan ayah dalam mendidik dan menjaga anak anak jug...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai