Bagilah Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit Kesannya Rezeki Melimpah Hati Lebih Tenang Dan Hidup Lebih Berkat



Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa ‘terbeban’ untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit. Walaupun gaji kita tak besar mana, terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen, paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk mak ayah.Percayalah perkara kecil yang kita lakukan ini mampu beri kesan yang amat besar dalam kehidupan. Rezeki akan jadi melimpah ruah, hati lebih tenang malah hidup pun rasa lebih tenang

Meskipun adakalanya mak ayah ‘menolak’ tak mahu duit kita, sebab mereka pun dah ada duit sendiri. Namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan dan setiap rezeki kita

Semoga perkongsian daripada Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, membuka mata dan hati kita sebagai seorang anak akan tanggungjawab dan punca keberkatan dalam kehidupan

PAGI JUMAAT PENUH BARAKAH INI AKU NAK BERKONGSI SATU KISAH BENAR. KISAH YANG SEORANG KAWAN BAIK AKU SAMPAIKAN SENDIRI PADA AKU. TENTANG KEBERKATAN DUIT DAN HIDUP.AKU NAMAKAN KAWAN AKU INI ALANG SAJA.ALANG KERJA KERAJAAN. NAMUN BUKANLAH GRED BESAR. BUKAN TAHAP DEGREE, MASTER ATAU YANG LEBIH TINGGI. LULUSAN DIPLOMA SAHAJA

Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah.Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia

“AKU TAK MAMPU BERI BANYAK. SEDIKIT PUN AKU TETAP KIRIM JUGA. BUKAN SEBAB MEREKA NAK DUIT AKU. MEREKA TAK MINTA PUN.TAPI AKU NAK MEREKA RASA JUGA HASIL TITIK PELUH AKU. SELAMA INI, MEREKA TANGGUNG AKU. SEKARANG, AKU DAH KERJA. AKU NAK MEREKA RASA JUGA. LAGI PUN, KALAU IKUT ADAT, UMUR MEREKA BERAPA LAMA SAHAJA LAGI. BERAPA LAMA SAHAJA LAGI MAMPU AKU BERBAKTI DAN MENGHARGAI.”

Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga

Kehidupan Rasa Sukar
Sampai satu masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan

Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.Sejak itu, Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung. Makin banyak nak guna duit.Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga

Alang bukan lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah.Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000

Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota raya. Memang tenat la kan

Sehinggalah suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian.
‘KENAPA HIDUP AKU SUKAR. MAKAN CUKUP-CUKUP SAHAJA. BARU ADA LEBIH SIKIT, BANYAK PULA BENDA PERLU GUNA DUIT

AKU DULU, WALAU GAJI KECIL TETAPI TIDAK RASA SETENAT INI. TIDAK RASA SESESAK INI WALAU MASA TU GAJI TAK SAMPAI SERIBU

AGAKNYA DULU HIDUP AKU LEBIH BERKAT. AGAKNYA BERKAT AKU ISTIQOMAH KIRIM DUIT PADA ORANG TUA.’
Inginkan Keberkatan HidupAlang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia. Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan.Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja

Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja

Tapi Alang mendesak.
“AYAH. IBU. TERIMALAH DUIT ALANG. BIARLAH SEDIKIT, BIAR PUN DUIT AYAH IBU JAUH LEBIH BANYAK DARI DUIT ALANG, NAMUN ALANG NAKKAN KEBERKATAN HIDUP. RASA DAN GUNALAH DUIT HASIL TITIK PELUH ALANG,” KATANYA PADA KEDUA ORANG TUA

Bertahun-tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga. Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim

Walau duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua

Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu.Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan

Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata.Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk

Di situ Alang dapat rasa dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah

Rezeki Datang Tidak Disangka-Sangka
“CIKGU. AKU DULU SELALU SANGKA BILA KIRIM DUIT PADA IBU AYAH AKU AKAN MAKIN SEMPIT. MAKLUMLAH GAJI KECIK.NAMUN JIKA KITA IKHLAS, JIKA TERUS MENYANTUNI ORANG TUA, SEBENARNYA HIDUP KITA LEBIH BERKAT. YANG SEMPIT ITU ALLAH LAPANGKAN. YANG SUKAR ITU ALLAH MUDAHKAN.REZEKI YANG JAUH ITU ALLAH DEKATKAN

Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza

Jika masih ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan sekalipun.Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita. Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.”
Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan cerita itu benar belaka

Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda

Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. Sungguh

Sumber: Mohd Fadli Salleh

from Sehinggit Media https://ift.tt/2XjjWzn
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/07/bagilah-duit-pada-mak-ayah-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

Hairan Anak Lebih Dengar Cakap Ayah Berbanding Mak Kenapa Ini 7 Jawapannya

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 360 hits
Apabila berbicara tentang personaliti ibu bapa seorang ayah lebih sinonim dengan watak yang tenang dan terkawal emosinya berbanding si ibu yang lebih garang dan gemar berleter Walaupun ada pasangan yang mempunyai sifat sebaliknya rata rata ...
Penipuan Dalam Talian Meningkat Pengguna Dinasihat Lebih Berhati Hati

Penipuan Dalam Talian Meningkat Pengguna Dinasihat Lebih Berhati Hati

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 207 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 298 hits
Foto foto anak Walikota Tidore Muhammad Sinen yang bernama Muhammad Rafdi Marajabessy viral karena gaya hidupnya yang tak terduga Bukan karena pamer kemewahan Muhammad Rafdi Marajabessy justru menuai pujian karena hidup dengan sederhana Aku...
Hati Hati Kalau Nak Keluar Duit Lelaki Ini Kena Tikam Depan Mesin Atm

Hati Hati Kalau Nak Keluar Duit Lelaki Ini Kena Tikam Depan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 566 hits
Kita selalu guna mesin ATM untuk buat urusan keluar duit transfer duit bayar bil atau apa apa yang berkenaan dengan duit lah Sekarang ni banyak kejadian yang membahayakan berlaku berdekatan dengan ATM Kejadian yang dilaporkan berlaku di Chi...
Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 451 hits
Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama sama mendengar luahan hati Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini a...
Saya Nak Jumpa Mak Ayah Guru Selamatkan Murid Darjah 1 Kerana Rindukan Ibu Bapa

Saya Nak Jumpa Mak Ayah Guru Selamatkan Murid Darjah 1 Kerana Rindukan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 459 hits
Saya Nak Jumpa Mak Ayah Guru Selamatkan Murid Darjah 1 Kerana Rindukan Ibu Bapa Siapa sangka disebabkan rindu yang teramat kepada kedua orang ibu bapanya seorang pelajar lelaki darjah satu hampir membunuh diri gara gara mahu bertemu kedua i...
Bawa Gambar Arwah Mak Ayah Ke Majlis Konvo Graduan Pergigian Ini Buat Netizen Sebak

Bawa Gambar Arwah Mak Ayah Ke Majlis Konvo Graduan Pergigian Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 575 hits
SAYA tak sangka ia boleh tular kerana sekadar berkongsi apa yang terbuku di hati namun gembira jika perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain kata graduan Ijazah Pergigian Jordan University of Science and Technology Muhammad...
Mak Ayah Dia Dah Meninggal Cikgu Murid Tahun Satu Cuba Jerut Leher Sendiri Sebab Mahu Jumpa Ibu Bapanya

Mak Ayah Dia Dah Meninggal Cikgu Murid Tahun Satu Cuba Jerut Leher Sendiri Sebab Mahu Jumpa Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 617 hits
The ReporterKehilangan orang yang disayangi sangat sukar untuk diterima lebih lebih lagi kehilangan kedua ibu bapa Jika sudah mampu sudah dewasa dan mampu berdikari kehilangan itu sedikit sebanyak dapat diterima tetapi jika kehilangan itu d...
Kalau Balik Nak Sakltkan Hati Mak Tak Payah Bazir Minyak Kereta Korang Datang Sini

Kalau Balik Nak Sakltkan Hati Mak Tak Payah Bazir Minyak Kereta Korang Datang Sini

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 305 hits
Kalau balik nak SAKlTKAN hati mak tak payah bazir minyak kereta korang datang sini Kalau balik nak SAKlTKAN hati mak tak payah bazir minyak kereta korang datang sini
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah