Gambar Ibu Gendong Anak Hantar Makanan Undang Sebak Warganet Tular Tapi Jangan Sampai Jatuh Fitnah


Tular baru-baru ini dengan gambar dan cerita seorang ibu penghantar makanan yang menggendong anaknya. namun lapor sebuah akhbar wanita tersebut menyatakan yang dia sebenarnya hanya membantu suaminya dengan menggalas beg yang berisi makanan sementara suaminya mengambil pesanan pelanggan di sebuah restoran makanan segera.
Menurut Nur Fatin Mohd Yusof, 24 dia sebenarnya tidak senang dengan perkongsian yang dibuat secara membuta-tuli sebegitu. Ujarnya orang yang menyebarkan gambarnya itu sepatutnya bertanya perkara sebenar terlebih dahulu bukannya terus berkongsi dan membuat andaian sendiri.
Gambar Gendong Anak Undang Sebak Warganet Gambar berkenaan mengundang sebak warganet yang rata-ratanya mendoakan dan memuji kesungguhan Nur Fatin mencari rezeki tetapi tidak kurang juga yang meluahkan simpati dengan nasib wanita itu.
“BUKAN saya tetapi suami yang bekerja sebagai penghantar makanan, ramai salah sangka dan membuat penilaian sendiri selepas melihat gambar berkenaan,” itu reaksi Nur Fatin yang merupakan ibu kepada dua anak ketika ditanya mengenai kesahihan gambar tersebut.

Dalam gambar tersebut Nur Fatin dilihat memakai topi keledar dengan menggalas beg sandang GrabFood sambil mengendong seorang kanak-kanak di hadapan sebuah restoran makanan segera.
Menceritakan perkara sebenar, Nur Fatin mengakui terkejut selepas gambar berkenaan tular dan hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakannya, Syahmi Hakimi, 24, menerusi kiriman WhatsApp semalam.
“Sejak semalam, ramai yang menghubungi dan menghantar kiriman WhatsApp kepada saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu termasuk saudara di kampung kerana kasihankan saya selepas melihat gambar berkenaan.
“Malu juga kerana apa yang tular itu tidak betul dan membuatkan ramai keliru hingga menyangka saya bekerja penghantar makanan untuk menyara keluarga.
“Sedangkan saya hanya membantu suami menggalas beg sementara dia mengambil pesanan pelanggan di dalam restoran makanan segera di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Jadi, cerita yang tular itu tidak benar dan saya sendiri tidak sedar bila gambar berkenaan diambil,” katanya.
Tanya Dulu Perkara Sebenar Bukan Terus Kongsi di Laman Sosial Menurut Nur Fatin, secara peribadi, dia berasa tidak senang dengan tindakan individu berkenaan kerana mengambil gambarnya secara senyap-senyap dan memuat naiknya di media sosial.
“Sepatutnya, individu berkenaan datang kepada saya untuk bertanyakan perkara sebenar dan bukannya dengan mengambil gambar tanpa izin.
“Disebabkan perkongsian gambar itu, ada yang mempersoalkan tindakan saya membawa anak bersama sedangkan suami yang menunggang motosikal dan kami hanya membonceng di belakang.
“Suami juga sebenarnya bekerja sendiri dan hanya menjadi penghantar makanan secara sambilan pada waktu lapang sejak enam bulan lalu,” katanya.
Tidak Berniat Hanya Mahu Beri Inspirasi Sementara itu, Norazwan Azmi, 30, yang bekerja sebagai perunding unit amanah berkata, dia tidak berniat buruk sebaliknya mengambil dan berkongsi gambar Nur Fatin di media sosial bagi memberi inspirasi kepada mereka yang mengikutinya di platform berkenaan.
“Gambar itu diambil pada awal pagi Isnin lalu secara spontan ketika saya berada di hadapan restoran berkenaan dengan tujuan untuk menyuntik semangat rakan sekerja dan sesiapa saja yang melihat perkongsian berkenaan.
“Namun, saya tidak sangka pula gambar itu tular di media sosial dan membuatkan ramai salah tafsir mesej sebenar yang ingin cuba saya sampaikan.
“Apa pun, saya akui tindakan mengambil gambar dan memuat naik gambar tanpa izin itu adalah satu kesalahan dan berharap mereka (Nur Fatin dan suaminya, Mohamad Hafifie) memaafkan perbuatan saya,” katanya.
Sumber:Harian Metro 
The post Gambar Ibu Gendong Anak Hantar Makanan Undang Sebak Warganet, Tular Tapi Jangan Sampai Jatuh Fitnah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gambar-ibu-gendong-anak-hantar-makanan-undang-sebak-warganet-tular-tapi-jangan-sampai-jatuh-fitnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Aqil Sayang Gambar Suami Isteri Tidur Sebelah Arwh Undang Sebak Dari Orang Ramai

Selamat Tinggal Aqil Sayang Gambar Suami Isteri Tidur Sebelah Arwh Undang Sebak Dari Orang Ramai

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 384 hits
GAMBAR suami isteri tidur bersebelahan jnz4h anak sudah cukup menggambarkan kasih sayang mereka terhadap insan tersayang selepas kanak kanak terbabit meniinggaI dunia akibat lem4s di kolam renang di hotel di Melaka Sabtu lalu Selamat tingga...
Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

Kita Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam Sejuk Perut Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 442 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Mungkin Tak Secepat Anak Normal Tapi Jangan Pandang Ringan Semangat Juang Si Manja Istimewa

Mungkin Tak Secepat Anak Normal Tapi Jangan Pandang Ringan Semangat Juang Si Manja Istimewa

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 461 hits
Semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak anak Tiada seorang pun minta untuk dilahirkan tak sempurna Anak yang dilahirkan istimewa ini sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa untuk hidup Itulah luahan Dr Atiyah Azmi anak kepada P...
Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 425 hits
Hati mana yang tegar apabila mendengar perkhabaran cahaya mata yang disayangi sepenuh jiwa dan raga tiba tiba disahkan menghidap penyakit serius yang sering menjadi igauan ngeri setiap orang Tambah pilu ia adalah penyakit yang boleh membawa...
Kurang Tidur Malam Handphone Penuh Gambar Anak Berlaku Pada Anda Maknanya Anda Seorang Ibu

Kurang Tidur Malam Handphone Penuh Gambar Anak Berlaku Pada Anda Maknanya Anda Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 552 hits
Untuk ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata pastinya masih dalam proses pembelajaran Masih bingung dan buntu apa yang perlu dibuat jika si manja menangis dan sebagainya Untuk ibu berpantang pula sudah tentu menghitung hari supaya ...
Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 266 hits
Nama Salmafina kerap menjadi pembicaraan publik Mulai dari isu perceraiannya hingga pindah agama Terakhir Salmafina menjadi perbincangan lantaran berseteru dengan ayahnya Sunan Kalijaga
Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka

Anak Nombor Dua Sering Dilabel Bermasalah Tapi Perkongsian Ibu Ini Ubah Persepsi Pasal Mereka

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 427 hits
Anak nombor dua memang sering dipandang bermasalah banyak karenah dan mempunyai personaliti yang agak berbeza daripada anak anak yang lain Namun sebagai ibu bapa jangan pernah memandang mereka dengan pandangan yang lain kerana setiap anak a...
Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 530 hits
Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Ingui...
Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 407 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice